Saturday, March 5, 2011

Jalan Jalan Kereta Orang

CEO aku ajak pegi semayang Jumaat dengan dia hari tu.

Apa lagi, aku dengan member pun senyum melirik. Konon la bangga nak pose pose berharta naik kereta orang. Tapi sebab lambat, tak sempat nak turun ambik selipar dalam kereta, pinjam la selipar bebudak pompuan. Yang menyedihkan, member aku dapat selipar kaler purple. Aku dapat selipar kaler biru ada bunga matahari !

Oh no !!!!!!!!!!!!!!!

Merasa pegi semayang jumaat hari ni pakai selipar berbunga matahari. Hilang macho abang.

Nak naik kereta pun lawak. Member aku dengan CEO aku duduk belakang, aku duduk depan dengan driver dia.

Masuk masuk je, aku pun apa lagi, nak adjust la kerusi tu sebab macam kedepan sangat. Puas aku pulas kiri kanan.

"Kau buat apa tu? Sandar je, dia adjust sendiri"

Hahaha. Aku malu sendiri. Member aku gelak sama. Tapi memang jakun la. Nak tutup kereta pun tak reti sebab tak jumpa cari pemegang dia. Kaler sama je semua. Finishing sangat bagus sampai tak leh nak beza.

Kampung gila.

Jakun la kami berdua.









Syok gila dapat naik 7 series. Senyap sunyi je walaupun bergerak laju. Nak batuk pun takut. Berdehem dehem manja je. Sambil tu dok BBM dengan member kat belakang. CEO aku baca surat khabar.

Dok gelak gelak jakun. Member aku lagi la. Nak tutup pintu macam nak baling peti sejuk. Padahal kereta ni dia boleh vacuum pintu tu sendiri kalau tak rapat. Bijak betul.

Kalau naik bukit tu, walaupun driver tekan minyak,bunyi smooth je. Rasanya beburung pun tak terganggu di tepi tepi tu dengan deruman kereta dan engine yang kedengaran sungguh enak sebegitu.

Cuba kalau kereta aku?

Silap silap, terbunuh burung burung kat pepokok tu sakit jantung dengar kereta aku mengaum.

Kekeke.

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...