Tuesday, June 14, 2011

Backpacking Surabaya Ke Jogjakarta - Episode 2

Hari ke dua aku bangkit awal jugak. Walaupun tak de tingkap tapi aku dah set alarm aku tak leh tidur lama lama sebab ada agenda penting aku nak buat hari ni.

Beli tiket keretapi ke Jogja.

Tak betah dah aku nak duduk kat Surbaya ni. Tak de apa yang menarik. Kalau aku dapat tiket, memang aku akan chow hari tu jugak. Lantak la burn RM60 aku dah bayar untuk hotel malamnya. Yang penting, aku tau Jogja lebih menjanjikan sesuatu yang lebih hebat dari tempat ni.

Bangkit pagi, aku terus keluar lepas mandi dan bersiap. Stasiun ketapi Gubeng tu letaknya dekat je dari hotel penginapan aku. 

Tapi apa aku buat dulu?

Aku pegi hotel Syahid kat depan tu dan aku breakfast kat sana. 

Haha. Feeling feeling tak? Hotel tu nampak proper sikit plus aku tak jumpa tempat makan yang aku rasa sesuai. Otak aku fikir situ je. At least aku tahu tempatnya bersih dan makanannya pasti OK.

"Kamar berapa Pak?"
"Saya nggak nginap di sini. Berapa ya harga breakfastnya?"
"50 ribu Pak"
"OK. Untuk satu orang ya !"

Pantas je aku bersetuju.


Senang kan? Ada buffet dan aku melantak sesuka hati aku. Makan sampai kenyang !

Berani kau tido di hotel murahan dan sarapan di hotel berbintang bintang?

Dan aku melantak la sesuka hati. Menu macam biasa, ada nasik goreng, bihun goreng dan macam macam lagi. At least aku akan kenyang. Harga pun berpatutan lah, lebih kurang RM17 sajork.

Makan dan melantak. Sempat aku online guna iPhone aku pakai wifi hotel tu. Kan dah dapat password semalam kan? Hiks.

Aku riki apa yang patut. Dan kat hotel ni rupanya ada juga servis untuk tour pakej. Aku dah check, tapi kalau nak ke Bromo tu makan masa. Aku tak de banyak masa sebab nak ke Bromo tu dah 4 jam. Kalau nak ke Ijen tu 8 jam !

Aku cuma ada satu hari je kat Surabaya ni sebab plan aku, esok walau macamana pun aku kena bergerak ke Jogja dah.

Lepas makan dengan kenyang, aku ke Stasiun Gubeng yang terletak bersebelahan je dengan Hotel Syahid ni.

Aku melangkah dengan bersemangat. Kalau ada train petang tu, petang tu jugak aku akan ke Jogja.

Sudah ! Aku merajuk dengan Surabaya nih.


Sepanjang jalan terdapat deretan becak becak menanti pelanggan.

"Pak. Becak Pak?"

"Mas?"

Aku buat bodo je. Masalahnya aku nak naik becak ni nak pegi mana?

Stasiun Keretapi Gubeng ni adalah station terbesar di Surabaya yang menghubungkan Surabaya ke bandar bandar besar di Pulau Jawa ini. Aku masuk tu riki jugak, kot buleh naik keretapi ke Malang, tapi ikut pada timing macam tak sempat. Jadi cancel. Lain kali la aku datang semula dan pergi ke tempat tempat lain tu. Buat masa ni aku dah tak sabar nak blah !

Stasiun Gubeng ada 2 entrace. Yang peliknya, kalau kita masuk ke dalam station ni kena bayar ! Tak mahal la tak sampai seringgit, tak tau la kenapa. May be dia tak nak orang masuk ramai ramai dalam tu kot kecuali yang ada tiket. Tapi masalahnya aku baru nak beli tiket ! 

So kena lah bayar jugak sebab aku masuk pintu lain dan nak beli tiket tu kena ke kaunter yang sebelah entrance lagi satu. Kira aku masuk, cross landasan jugak la then keluar semula baru boleh beli tiket belah sana. Nasib baik la masa nak balik tu tak payah bayar dah sebab kalau nak pusing satu station ni macam jauh gila la pulak.





Sampai kat kaunter dah siap ada note tampal, tiket ke Jogja untuk hari tu dah abis !

Argh. Punah harapan. Nampaknya aku kena duduk kat Surabaya jugak la malam tu. Nak buat cemana? Benda benda macam ni kena hadapi la waktu backpacking macam ni. Kadang kadang apa yang kita plan ada je yang terbantut. Tapi kena cepat cepat fikir, apa nak buat lepas tu. Mesti kena ada back up plan, kalau tak, memang macam tu je lah jadinya.

"Mbak. Tiket ke Jogja esok pagi ada?"
"Sancaka Pagi?"
"Ya"
"Itu perlu reservasi, Mas ke Reservasi aja"

Sudah. Apa benda nak reservasi pulak ni? Aku tanya dia mana nak pegi dan dia tunjuk aku bangunan sebelah station ketapi ni. Aku pun pegi lah. Tak faham pulak kenapa macam tu, aku fikir may be tiket dia very limited so kena beli kat sana lah kot.

Nak beli tiket resevasi ni kena isi borang. Ada la form dia, kena isi maklumat semua. Mungkin jugak kalau tak de tiket, dia bubuh kita dalam waiting list ke apa. Aku pun tak tau. Aku tawakal je lah. Isi borang dan beratur. Sampai kat kaunter tu dan aku serahkan form tu semua kat minah yang jaga tu. 

"115 ribu"

Ah. Lega. Kiranya aku dapat lah tiket.

Keretapi dia ada 3 class lah. Executive which yang aku naik, business dan juga biasa. Kalau executive tu dalam RM33 maksudnya yang lain lain tu lebih murah lah kot.

Aku lega. At least aku dapat tiket untuk esok ke Jogja pagi pagi. Tapi hari ni? Aku nak buat apa? Cemana nak abiskan masa di Surabaya ni?

* nanges.

Lepas dapat tiket aku keluar dari Stasiun Gubeng tu dan mula la merayau. Tak tau mana lagi nak pegi, aku ingat aku jalan jalan la pusing kawasan sekitar tu, tengok apa yang menarik sambil sambil tu boleh ambik gambar.

Depan hotel aku tu je ada satu Monumen Kapal Selam. 

Aku tengok je dari luar. Malas nak masuk. Nampak la kapal selam kat situ tersadai, ada jugak nampak budak budak keluar masuk dalam tu. Tapi aku malas nak masuk. Tak de excitement. Aku just ambik gambar dari luar tu je lah.




Kemudian aku melangkah lagi.

Saja jalan ikut kaki. Lepas pada Monumen Kapal Selam ni, ada Plaza Surabaya. Depan hotel aku tu je jugak. Aku pun dah alang alang sampai, masuk je lah.

Apa yang menarik mall atau bangunan kat Indon ni, interior dia orang memang superb. May be murah kot dan very competitive. Setting dia orang especially dalam mall memang lawa. Dan Plaza Surabaya ni tak terkecuali. Dalam dia banyak kedai la. Kira besar jugak mall ni, tapi aku just jalan jalan macam tu je. Ada sales pun ya jugak, orang tak de la berapa ramai sebab masih pagi. Baru pukul 9 masa tu.

Aku just tengok tengok dalam tu then keluar.



Nampak tak papan papan penuh bunga tu? 

Hah. Aku dah lama perasan. Kalau kat Malaysia, kalau kedai baru bukak ada orang bagi bunga kan? Tapi kalau di Indon dia orang akan letak papan papan macam ni. Tapi ! Papan macam ni siap bunga dan ucapan ni bukan setakat untuk kedai yang baru bukak je tapi juga untuk hadiah orang kawin, dan orang meninggal sekalipun tetap benda ni jadi hadiah.

So kalau orang kawin akan berderet la papan ni tanda ucapan dan hadiah dari tetamu sama jugak kalau ada yang meninggal.

Menarik kan? Dan papan papan ni ada bunga hidup. Kalau kita tempat kat kedai, kedai tu akan buat untuk kita dan letak kat tempat yang kita nak suruh dia letak tu, abis 2 - 3 hari kedai tu sendiri akan pegi ambik dan clear kan papan papan tu semua. Kiranya hadiah papan ni je lah so buleh la wish besar besar supaya orang lain boleh nampak nama kita.

Dok gitu?

Hahaha.

Abis keluar dari Plaza Surabaya tu, aku jalan lagi. Jalan ikut kaki je lah. 

Dan ini la gambar gambar yang aku sempat snap sepanjang perjalanan tu.






Jalan punya jalan tu, baru aku perasan aku dah jauh !

Alamak. Nak balik nanti cemana? Payah nak menapak lagi. Pastu tak de pulak becak time time aku memerlukan ni. Nak tak nak terpaksa patah balik ikut jalan lain la. Aku biasa akan berpandukan pada bangunan yang paling tinggi sebagai point supaya aku tak sesat. Map pun tak der.

Jalan punya jalan sampai la ke monumen ada gambar jerung dengan buaya tu. Untuk pengetahuan semua, nama Surabaya berasal dari Suro iaitu jerung dan Boyo iaitu buaya. Dulu dulu ada la pertarungan dua binatang ni maka di gabungkan maka jadi la nama tempat ini Surabaya !

Hah. Penat berjalan.

Cuaca panas terik. Nak pengsan aku di buatnya.

Dekat tengahari aku sampai semula ke hotel aku. Mengenangkan aircon aku yang 36 darjah celcius tak mau turun tu, macam malas nak lepak bilik, tapi aku dah tak tau mana nak pegi. 

Balik je lah. Jauh jugak aku menapak kiranya, ada dekat 10 KM jugak kot. Sempat la aku jumpa nama Gereja 'Maria Yang Tidak Berdosa !'

* koma.

Holy Mary Cathedral sebenarnya nama dia, tapi aku lupa nak snap masa tu sebab nak melintas jalan. Tapi macam kelakar di alih bahasa macam tu.

Letih. Sampai hotel, kat kaunter lobby tu ada sorang pekerja hotel menegur aku.

"Mas dari mana?"
"Putar putar di sini aja"
"Gemar motret?"
"Ya. Tapi ngga ada apa apa yang menarik di sini ya?""
"Sini ngga ada, tapi kalau di Suramadu dan kawasan lain, bisa"
"Oh.. gi mana mahu ke sana?"
"Mas mahu ke sana?"
"Hmmm"
"Saya biasa bawakan, bisa motret tapi pakai speda motor aja, bisa?"
"Speda motor?"

Dia tunjuk kat aku. Oh. Motosikal sebenarnya. 

"OK lah !"

Aku cepat je setuju. Ya lah, pada aku bosan tak tau nak buat apa, naik moto pun moto lah, janji aku ada aktiviti.

"Saya abis tugasan jam 1. Mas tunggu di kamar dulu ya, nanti usai tugasan kita langsung aja ya?"
"Terima kasih"

Baik kan dia?

Hah. Tu lah, at least ada penyelamat aku buat hari ni. 

Happy happy joy joy !

Masuk bilik !

Nanges peluk remote aircond. Aku biarkan je ekon on sebelum aku keluar tadi.

"Kenapa la kau ni tak mau sejuk sejuk haaaaaaaaaaaaaah???????"

1 comment :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...