Friday, July 15, 2011

Transformer

Masa yang di tunggu tunggu telah pun tiba. Aku pegi tengok wayang cerita Transformer

* matilah dah ketinggalan ketapi.


Personally, aku rasa cerita ni best !

Tapi aku lagi suka X Men. Tak tau la mungkin aku tengok cerita ni dalam keadaan separa mengantuk plus aku rimas lah tengok dengan spek mata 3D tu.

Kejap aku lurut ke bawah sikit then cherlong ikut atas melalui pandangan normal. Kejap aku guna spek tu. Memang la tengok dengan 3D tu best dan nampak real cuma aku rasa macam penyu Pata je malam malam buta macam tu. 

Pastu ada lah badigol mana belakang aku macam tak pernah tengok wayang. Kejap kejap gelak. Kejap kejap komen itu ini. Macam lah dia sorang je yang tengok. Pastu kalau benda benda yang menarik skit keluar lah suara dia.

"Oooo. Gila lah !"

Pastu kejap kejap.

"Ooooo. Gilaaaa lah !"

Nak je aku pusing.

"Oit gila ! ko ni tak pernah tengok wayang ke?"

Tapi abang malas nak ambik pedulik. Dapat tumbler Transformer tu, sedut air dan makan popcorn sambil pose pose mata penyu Pata dan layan.

Oh. Awek anak Rohana Jalil tu memang kurang lawa dari awek Megan Fox tapi dia sangat seksi !

Slurp............... rasa nak terjojol tetek dia tengok dengan 3 D tu. 

Pastu sebelah kanan aku lagi lah. Couple Kelantan. Baru dating kot. Kejap kejap dengan si pompuan tu cakap dengan suara lembut meleret leret.

"Demo tido ko? Dok soh la tido.. Tengok ah tu........."

Pastu yang laki tu jawab.

"Dok tido eh. Nengok ah ni"

Pastu kroh kroh. Dengkur. Demo lo ni memang doh tok supo mulo....

Terus turn off aku nak melayan Transformer ni !

1 comment :

  1. wehhh2 aku pun camtu arituh.. ade pompuan x cun duk selang 2 tmpt duduk dari aku laa... asyik2 tergelak bahak.. asyik2 mengilai trgelak2... ya Tuhann.. padahal xde pun org gelak.. rase nk tunjal2 lantas lempang 18 kali secara pukal kepala dia..

    haishhh


    owhh lupe nk ckp.. aku tgk cite tolonggggggg.. awek aku pontianak



    iye2 jgn keji aku.. dah tu jek cite yg x penuh mase tuh.. jd hakak redha jek la

    helloww cite tu langsung x klaka okehhh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...