Monday, December 12, 2011

Kembara Perth & Western Australia - Day 4

Hari ke 4 di Perth !

Aku bangkit pagi dengan semangat lumina. Ada satu je dalam kepala otak aku ni. Aku nak pegi Araluen !

Aku dah check peta cemana nak pegi. Masa borak dengan Gregg semalam tu aku ada tanya dia tapi dia kata dia sendiri pun tak tau tempat tu kat mana. Tapi dia bagi aku pinjam komputer dia la so aku dah check.

Bangun dengan penuh semangat.

Greg ada offer aku ikut dia ke Swan Valley tu tapi aku cakap tak apa lah. Lagipun petang dia kata dia nak pegi Kings Park ada BBQ dengan Queen Elizabeth. Kan ratu datang Perth jugak untuk Chogm tu. So ada la BBQ bersama rakyat.

Aku rakyat ke masalahnya?

So baik je la aku buat jadual sendiri.

Makanan semalam tu aku tak usik pun. Tak sampai hati nak makan. Aku cakap aku dah kenyang so aku cakap kat dia nanti dia panaskan dan dia makan sendiri je lah. Aku harap dia tak kecik hati. 

So aku bersiap siap pagi tu dan keluar rumah. Macam biasa kena menapak dulu sampai ke bus stop ni dan tunggu bas di sini. Tak lama lepas tu bas sampai aku naik dan terus ke Metro Train Station !


Perjalanan hari ni adalah seperti berikut.

Naik train dari Perth ikut laluan kuning ke Armadalee. Tapi turun di Kelmscott dan naik bas terus ke Roleystone di mana Araluen Botanical Garden terletak.

Agak jauh jugak la perjalanan hari ni tapi sebab train masih free so aku mengguna pakai kemudahan yang ada dengan kadar yang maxima !

Plus aku dah tak tau nak gi mana. Nak pegi Tour. Kiosk semua tutup. Nak pegi tempat lain agak jauh dan susah nak bergerak. So aku kena pegi yang ada dalam laluan keretapi je.

Araluen Botanical Garden !


Sampai dekat Kelmscott tu, aku tunggu bas. 

Masalah hari minggu macam ni, bas cuma ada setiap 2jam sekali. Masa aku turun dari train tu nasib baik la jugak sebab bas belum bergerak. So aku naik je bas tu.

"Will you stop at the Araluen?"
"I dont pass that place but will drop u at the side and you need to walk a bit"

Walk a bit !

Aku pegang la kata kata tu. At least aku rasa macam OK lah kot.

So duduk dalam bas tu dalam 30 minit jugak dan dia stop dan turunkan aku kat sini. Pakcik driver tu suruh aku berjalan terus menuju ke belah dalam sikit.

Kawasan Roleystone macam kawasan berbukit bukit sikit. Paling best tengok bunga bunga hutan meriah dan agak colorful. Excited aku nak ambik gambar tapi sebab dalam bas so tengok je lah. Banyak jugak kebun kebun buah di persekitaran jalan.

Usha dan pandang pandang je lah.


Dan turun dari bas tu aku mula menapak.

Kawasan berbukit so aku kena turun bukit. Jalan sikit nampak kebun buah limau. Aku usha la konon nak ambik gambar. Last sekali ada anjing perambat. Berterabur aku lari. Tak jadi.

Jalan lagi. Ada few rumah tepi tepi tu. Jalan dia agak sunyi la. Memula nampak gak dua orang budak kayuh basikal pastu hilang. May be rumah dia kat situ situ je la kot.

Aku menapak lagi.

Penat jugak la. Agak agak aku rasa setengah jam jugak la aku menapak masih tak nampak nampak lagi sign nya. Cemana ni? Macam jauh benar dah. Aku pun dah kepenatan. 

Nak tahan kereta, semua kereta yang lalu lalang semuanya kereta mewah. Segan la aku nak tahan. 

Sudahnya aku berjalan la lagi dan lagi dan lagi sampai aku rasa give up !

Almost 5 KM aku menapak dalam keadaan senyap sunyi macam ni mana tak risau? Pulak tu, bas akan sampai di simpang tadi dalam masa kurang dari 2 jam. Kalau tak aku kena tunggu agak lama jugak la untuk bas seterusnya.

Hampeh.


Betul betul aku give up. Lepas satu selekoh, ada lagi turun bukit, pastu ada selekoh lain pulak. Memang tak nampak di bayangan mata kat mana sebenarnya Araluen tu.

* nanges.

Sampai aku rasa betul betul give up. Aku fikir satu je.

Aku kena patah balik ! Tak perlu abiskan masa lagi. Memang tak de rezeki la kot. Pastu aku nampak mamat ni tengah bersihkan kawasan rumah dia. Aku tanya dia.

"How far actually to Araluen?"
"Hmm couple of miles"
"Fuh ! OK"

Aku pun tak de la cakap banyak. Jalan la lagi. Paksa diri ni. Sambil sambil tu untuk menghilangkan kebosanan aku ambik gambar la mana mana yang menarik aku rasa aku jumpa kat situ. 

Tiba tiba aku perasan ada kereta singgah.

"Come. Let me give u a lift"

Mamat tadi?

Oh Tuhan ! Terima kasih. Ada je orang yang berhati suci dan murni. 

So dia la yang hantar aku sampai ke Araluen.

Aku tak tau nak expect apa. Sepatutnya ada Tulips Festival tapi dah dua tiga tahun ni dah tak de. So aku just nak tengok je la. Memang dah patah harapan dah kalau mamat tu tak hantar aku tadik memang aku kena menapak balik ke bus stop kat luar sana.

Usha apa yang patut. Hmmm dan memang excited tengok bunga bunga tulip kembang mekar !









Terkesimawati jugak la aku sekejap.

Nak masuk park tu kena bayar AUD4. Ada tram dalam tu bawak jalan merata tapi aku fikir aku dah tak de masa. Aku dah kusyuk nak ambik gambar bunga je sampai aku lupa yang lain.

Ada air terjun jugak dalam tu. Orang pun agak ramai. Tapi mostly mereka datang picnic atau bersama keluarga. 

Aku je la kot yang jalan kaki.

Then aku tengok jam aku ada kurang dari 45 minit nak balik ke simpang untuk dapatkan bas. So aku bergegas menapak. Jalan kaki lagi. 

Aduh. Pedih okeh kaki kaki di buatnya. Nasib la aku pakai kasut kalau tak ku biasa pakai Croc aku tu sampai pecah tumit jugak lah.

Tak larat nak berjalan dah tapi nak buat cemana. Aku fikir kalau aku tersadai kat situ lagi haru. Rumah dah la sebuah sebuah pastu jarak jauh jauh pulak tu. 

Slow slow aku berjalan. Tak sampai 2 KM ada pick up kaler merah berhenti. Dia bawak pasir.

"U need a ride?"

Aku macam skeptikal jugak memula tapi mengenangkan aku dah tak mampu nak jalan kaki. Tawakal je la dalam hati mintak doa pada Tuhan ada je orang berhenti dan tumpangkan aku. 

Kebetulan lelaki tu dengan nak hantar anak dia kat simpang tu jugak. Anak dia cun lah. Tapi gothic skit. Bibir kaler hitam. Muka putih pucat jadi nya. Tak kisah la tu janji aku sampai ke bus stop dengan selamat.

Sampai kat bus stop tu aku tunggu la bas sambil aku borak borak dengan minah tu.

Tersuka pulak borak dengan dia. Tapi belum lama, tetiba ada kereta berhenti dan tumpangkan dia. Aku rasa pakwe dia kot. Dia orang nak gi berdating ke apa. So aku la tertinggal sorang sorang melayan perasaan dekat bas stop tu.




Dan itu la tempat aku menunggu bas !

Sejam aku tunggu bas tak sampai sampai. Lama gila. Naik kematu aku di buatnya. 

Letih. Nak menjerit pun ada. Tetiba aku nampak satu makcik tua ni dia datang tunggu bas jugak. Aku pun borak borak la dengan dia. Baik makcik tu. Dia cakap bas kalau weekend memang lambat nak sampai. Dia siap ada jadual bas. 

Borak dengan dia then dia tanya la aku macam macam.

"Where are you from?"
"Kuala Lumpur"

"Oh.. I was on the flight back from Ireland and the flight had to land at Colombo. I dont know where it was"
"I am not from Colombo. It is Kuala Lumpur. Malaysia"
"Oh.. yes. I heard about Malaysia"

Makcik tu tua. Pendengaran dia pun dah agak kurang. Dia cakap sebijik sebijik. Sekali pandang aku tengok dia macam Rose Dawson cerita Titanic zaman dia tua je !

"You speak English very good"
"Ya. We do speak English in Malaysia"

Kann? Tetap la ni nak mendabek dada !

Dia cakap dengan aku dia nak pegi Church. Macam biasalah hari ahad dia akan pegi Church.

"We have a priest from Malaysia. It is funny. We convert him once and now he is converting everybody"

Aku melayan je la dia bercerita. Aku siap tanya dia lagi, priest tu Cina ke Melayu. Dia cakap.

"He is not chinese. He looks like you"

* koma.

Apa apa lah. Aku melayan je la makcik ni. Dia macam nak borak panjang tapi lepas tu bas sampai. Aku dah kelegaan !

Makcik tua tu aku dah tak ambik tau. Yang aku tahu aku nak cepat sampai ke train station dan balik ke Perth.

Dalam train aku keletihan. Then aku dapat SMS dari kakak aku mintak carikkan barang untuk abang ipar aku. Anak buah aku pun nak t shirt pulak. Hish.

Mana aku nak carik.

Satu kerja tau, aku terus je naik train sambung ke Subiaco. Nak usha kawasan tu ada market jugak. Tapi aku rasa tak de la menarik sangat kat situ, so aku sambung terus pegi ke Freo !

Mati la 3 hari berturut turut pegi Freo !

Sampai Freo aku pegi shopping kat E Shed. Then aku rasa ada masa aku naik sekali lagi bus free kat Freo just nak check mana tempat yang aku missed ! So aku rasa aku dah cover semua.

Ada park kat situ, so aku jalan jalan la tengok kawasan sekitar.





Dari Freo aku ada call tour company ni nak tanya pasal Pinnacle Trip tu. Tapi dia orang nak aku ada nombor local. Aku mana ada. Aku roaming je.

Dia orang suruh aku call balik sejam lepas tu dan bila aku call dia kata, too late to book the tour. Aku kena datang  je kat Kiosk dia di Perth esok dan try tengok cemana. Kalau ada kosong aku boleh join if not, memang tak dapek lah.

Dari Freo aku naik train lagi.

Aku fikir dah petang so might as well aku carik port untuk ambik gambar sunset. So aku naik train balik ke Perth dan aku singgah berhenti dekat Victoria Steet.

Dari situ aku menapak sikit sampai ke tepi pantai dan melepak kat situ.

Menghirup udara segar. Tengok orang di pantai.

Tapi yang tak best. Masa tu banyak gila lalat ! Aku tak tahu mana dia orang ni datang. Tetiba je menyerang. Nak kata aku busuk dan tak mandi. Aku tengok orang lain pun banyak jugak lalat menganggu.

Tapi maybe dia orang dah biasa. Dia orang buat selamba je. 

Aku la rengsa terlebih. Macam dah wabak pulak jadinya dengan lalat menghurung tak tentu pasal. Tapi lalat dia orang ni pelik sikit. Besar macam lebah. Dan banyak !

Sibuk la dia main kat telinga la, kat muka lah. Rimas aku di buatnya !

Layankan suasana petang di Victoria Street Beach.

Ada pakcik makcik tua tua yang kaya kot, dia orang berparty kat situ. Siap ada makanan dan arak semua. Siap ada bartender cukup. Terkesima lak aku.












Cuaca yang baik.

Sampai dah agak gelap. Aku naik train semula dan balik ke Perth.

Dan macam biasalah kena menapak lagi sampai ke B&B ! On the way dekat dengan Muzium yang first day aku singgah tu ada acara. Ada la tayangan movie. Pastu ada ramai orang macam ada konsert. Aku usha la apa yang menarik tapi tak de apa apa sangat. So aku gerak je balik ke B&B.

Aku keletihan dan kepenatan.





Sampai kat rumah Greg ada.

Dia macam biasalah. Hari hari dia tunggu aku balik dan bercerita pada dia. Dia suka dengar kot aku pegi mana dan buat apa. Dulu dia kata dia suka backpack jugak sorang sorang. Dia kata dia pegi Swan Valley hari ni dan aku patut ikut dia.

Esok dia ajak aku pegi ke tempat adik dia. Adik dia ada kebun bunga rose.

Bunga aku dah muak. Macam dah tak nak tengok. Hiks.

Aku cuba bagitau dia plan aku esok. Dan Greg betul betul nak tolong aku. Aku nak pegi Wave Rock tapi memang dah tak sempat. So aku plan, Pinncales aku wajib pegi. 

Malam tu Sue datang akhirya dan aku borak jugak dengan Sue tuan empunya rumah. Yang kelakarnya Sue tu duduk sebelah rumah aku tu je. Dulu dia duduk situ pastu dia kawin dengan jiran dia ! So dia dah pindah duduk rumah sebelah. Now dia orang sibuk berlayar je sebab laki dia tu ada kapal.

Malam tu kami berborak bertiga. Syok jugak la. Aku bagitau Sue aku nak blah awal malam esok. Then aku dah bayar semua duit kat dia. Sue tu OK je. Tak de banyak hal lah. Dia sibuk jugak tanya aku pasal aktiviti aku dan selagi boleh dia orang cuba membantu.

Malam tu aku tidur dengan lena jugak.

Nak bangkit awal. Dah janji dengan Gregg. Esok dia akan hantar aku ke Bell Tower untuk check Kiosk Tour. Kalau dapat tour tu aku boleh join.

"OK. If you cant join the tour. You better join me. I will bring you around"
"Sure"
"I am doing this because I am willing to do this. Dont worry !"
"Sure"

Aku tak de alasan. Banyak kali dia nak tolong aku dan aku asyik menolak je. Esok aku betul betul perlukan dia hantar aku awal pagi ke Bell Tower dan Barrack Point tu untuk ambik Tour.

Tidur la aku malam tu dengan lena. Kepenatan.


bersambung..........

4 comments :

  1. they sound very nice to you bro

    ReplyDelete
  2. indeed...

    travelling taught us to conform to society and appreciate the sense of humanity.

    ReplyDelete
  3. Aku ni dah 2 hari berturut-turut baca blog ko kat Perth nih.. adooyaiii.. kelakar dowwhh..buat aku senyum jah pepagi kat opis neh.... ni nak sambung Part 5 nih... nanti aku sambung komen..

    =======================================================
    http://blacsoiladventures.weebly.com/

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...