Tuesday, December 13, 2011

Kembara Perth & Western Australia - Day 5

Hari ke 5 trip Perth !

Aku bangkit awal. Pukul 7 aku dah tercongok dan bersiap siap. Keluar dari bilik tengok senyap je. Mana si Greg?

Aku tak tau.

Tapi tak lama lepas tu tengah aku dok melayan rokok aku dengar dia balik.

"Are you ready?"

Pantas je dia tanya aku. 

"Yes !"

Dan aku pun keluar rumah dan ikut dia. Dia dengan tak mandinya. Dia keluar pagi pegi hantar wife dia pegi keje. Dalam gaduh gaduh pun still dia ambik berat hantar wife dia pegi keje dan ambik anak dia. Hari tu dia kena jaga anak dia.

Masuk kereta dia aku diperkenalkan dengan anak dia. Anak dia nama Fina !

Kecik lagi la dalam 2 tahun. Tapi kurang mesra sikit. Mungkin dia takut tengok aku. So dari B&B tu Gregg terus hantar aku ke Barrack Jetty.

"I wait for you here. You go and check the tour. If you cant join in. You come back here and we figure out other plan"
"Okey"

Baik hati gak la dia kan? 

So aku pun pegi la kat Kiosk. Hari tu dah kira hari biasa. Bas pun dah kena bayar. Chogm pun dah abis. So kalau naik bas ke train ke memang dah kena bayar. Aku ingat kalau aku tak jadi ikut trip ni aku kena buat plan  lain. Back up plan aku, aku nak pegi tengok few places di sekitar Perth. Ada banyak lagi tempat aku belum explore dan aku rasa menarik jugak sebagai option kalau aku tak dapat ke Pinncales tu.

Lepas aku check kat kiosk tu. Alhamdulillah. Aku boleh join. So aku terus je bayar untuk join tour tu dengan harga AUD213 ! Agak mahal di situ but apa lagi choice yang aku ada?

Pegi or not to pegi. Tu je.

Alang alang dah sampai ni.

Lepas settle semua aku balik semula ke kereta Greg dan bagitau dia aku boleh join trip tu. Dia tumpang seronok. Dia suruh aku call dia nanti bila aku dah balik dan dia akan ambik aku di mana jugak tour ni drop aku karang.

Aku angguk je lah.

Then dia blah dengan Fina anak dia tu dan aku merayau rayau di situ sekejap sementara tunggu trip mula bergerak !




Tepat jam 8.30 pagi, trip mula bergerak.

Ada dua bas sebenarnya tapi satu lagi tu pegi ke tempat lain. Yang aku join ni pegi ke tempat lain. Amazing jugak la dalam tu semua puak puak muda belia macam abang ni dan mostly mereka yang backpacking jugak.

Ada yang dari Spain. Ada yang dari Korea. Jepun. Hong Kong dan macam macam lah dan juga dari Malaysia !

Aku tengok aku tau la sebab ada yang pakai tudung. Mereka bertiga. Pastu dengar dia orang bercakap confirm la orang Melayu. 

"Malaysia ya?"

Aku tegur dia orang.

"Haah. Malaysia jugak ke?"

Dia tanya aku. Buat buat pelik lak. Aku ni rupa orang Amerika kah??

* pengsan

Semua sekali dalam trip ni adalah dalam 20 orang.

Ada juga beberapa couple orang tua. Dia orang ni naik cruise dari US nuh. Dan singgah di Perth beberapa hari sebelum belayar lagi. Nampak kaya kaya jugak la dia orang ni.

Aku duduk seat sebelah aku mamat dari Hong Kong. Nama dia Keith !

Sempat la berkenalan jugak.

So dari situ trip kami bermula dan bergerak meninggalkan kota Perth menuju ke Swan Valley !

Tempat yang mana Gregg ajak aku ikut dia untuk dia pegi merasa makanan kat restoran kawan dia kelmarin.

Kami menuju ke satu pekan kecil bernama Guildford. Kat sini cuma pekan yang banyak bangunan sejarah lama. Tak de la berhenti pun, lalu je.

Lokasi kami tuju adalah ke Caversham Wildlife Park !


Di sini kita boleh menyaksikan Australia Wildlife termasuk la kangaroo, koala dan juga wombat.

Kira macam mini zoo lah. Tak payah bayar sebab dah masuk dalam package tour ni. So pegi dan usha apa yang patut. 

So ni la binatang binatang yang menjadi kebanggaan negara downunder ini.







Wombat tu macam babi kan?

Aku takut nak pegang. Yang lain lain tu OK je. Jinak. Kaola tu busuk. Kangaroo tu macam pelik dan kelakar. Kesian aku tengok dia orang.

Kami spend lebih kurang satu jam kat situ. Ada jugak la penerangan dan kami di bawa melawat dari satu tempat ke tempat yang lain dalam taman tersebut.

Lepas tu tour kami mula bergerak lagi menuju ke belah utara Perth.

Sepanjang jalan tu memang lawa kawasan dia. Ada bukit bukau. Ladang gandum. Ladang anggur. Dan macam macam. Memang menarik.

Masa ni aku rasa kalu aku drive naik kereta sah sah aku berhenti setiap point dan ambik gambar.

Teringat pulak bebudak GBS. Kalau travel dengan dia orang, benda benda gila macam tu boleh je nak buat. Tapi sekarang ni aku dalam trip macam ni, tak boleh lah. Kena akur dan jamu mata je lah.

Bas kami tu macam 4x4. Ganas jugak la. So bas berhenti rehat sekejap selepas 1 jam perjalanan untuk sesiapa nak pegi tandas ke apa di Granville.





Masa berhenti ni memang la aku rasa rengsa gila.

Lalat penuh menghurung. Nak berjalan pun susah. Banyak daripada semalam lagi. Tak tau la mereka tu datang dari mana. Nak ambik gambar pun payah.

Bersilat pulak jadi nya nak halau mereka tu pergi. Tapi haram la. Asyik datang je lagi ada.

Kami meneruskan perjalanan lagi menyusuri Brand Highway dan akhirnya sampai di kawasan Cervantes.




Dan di Cervantes ni la kami berenti rehat untuk makan tengahari.

Makanan tengahari dah masuk dalam package jugak. Tapi rengsa lalat banyak gila.

Masalah aku sebab aku last minit join this group maka tak sempat dia orang nak siapkan makanan halal untuk aku. Budak bertiga dari Malaysia tu dapat lah. So aku settle down dengan makan salad dan apa yang ada je lah.

Janji kenyang walaupun sebenarnya tak kenyang.





Kat Cervantes sebenarnya pusat lobster. 

Dia tepi pantai so memang kawasan dia la banyak lobster. Sepatutnya boleh la makan kalau sapa nak makan tapi hari tu lobster tak de. So makan udang udang kecil je la kot.

Lepas makan tu sempat la melayan kawasan tepi laut mengadap Indian Ocean yang luas tu.

Menarik jugak la kawasan tepi pantai dia tu.




Lebih menarik lagi, bas kami naik tu 4x4 so dia boleh je jalan kat tepi tepi air tu.

Kira excited jugak la dan satu experience yang baru bagi aku naik bas dan bas tu meluncur lalu tepi air tanpa sebarang masalah.

Bas berhenti di tepi laut di atas pasir memutih dan kami dibenarkan turun untuk berehat dan ambik ambik gambar.

Menarik gak tu.




Dan dari Cervantes tu, lepas tu tour kami terus bergerak.

Kali ni menuju ke lokasi yang menjadi agenda penting untuk kami lawati. The Pinnacles.

Pinnacles ni merupakan kesan daripada hakisan angin dari zaman dulu dulu lagi yang menyebabkan terbentuknya batu batu yang berdiri macam ni.

Hmmm.. 




Di wartakan sebagai salah satu taman negara di Western Australia ni. Tempat ni memang menjadi tumpuan pelancong dan a must visit bagi mereka yang ke Western Australia ni di lokasi Nambung National Park.

Tempat dia luas jugak la. Bas akan parking di luar dan kami kena jalan kaki.

Kalau sesiapa bawak kereta boleh je jalan dalam kawasan ni, tapi takut jugak masalah sebab pasir dia lembut. Kang melekat pulak.

Apa yang menarik, kawasan ni memang luas dan batu batu tu kelihatan agak cantik jugak la. Kalau dapat datang masa sunset mesti lagi cun.

Apa yang tak cun nya.

Lalat masih menyerang !!

Banyak gila. Nak ambik gambar pun susah. Aku berjalan dengan budak Hong Kong tu lah. Dia suka ambik gambar dia, dan aku biasanya kalau travel jarang ambik gambar sendiri. Tapi hari tu kami tukar kamera. Dia pegang kamera aku dan aku pegang kamera dia.

Macam macam gaya la dia nak. Nak ambik gambar time melompat la apa lah.

Pastu suruh aku melompat sama.

Terus bergegas tanah tu nasib abang tak jerlus !






Tapi fun jugak la kawasan ni.

Lawa. Saujana mata memandang.

Kami spend lebih kurang sejam lebih di sini sebelum berkumpul semula dan bergerak ke Lancelin.

Lancelin ni adalah lagi lokasi yang patut di lawati dan menikmati pengalaman yang jarang jarang diperolehi kalau kita di Malaysia ni.

Sampai di Lancelin, lepak dulu tepi pantai ni.




Pakcik yang naik cruise tu ada full gear kamera okeh.

Bukan sebijik !2 bijik ! Terkesima la aku tengok. Cuma kesian la pulak dia nak bergerak sebab nak angkut kamera bagak bagak tu.

Macam jadi masalah pulak.

Di Lancelin ni la lokasi yang harus kami lawati adalah Sand Dune !



Terletak di tepi laut dan kawasan dia sangat luas macam padang pasir.

Saujana mata memandang dengan pasir putih memang buat aku teruja nak ambik gambar. Tapi masa sampai tu bas tu akan bawak naik turun slope sampai orang dalam bus tu menjerit jerit.

Jerit excited lah especially yang dari Jepun tu.

Aaaaaaaaaaaaa.

Aaaaaaaaaaaaa

Sikit sikit menjerit.

Aku ni rengsa sebab aku tak sabar nak turun nak ambik gambar !

Ada satu port tu memang lawa gila. Tapi bus tak berhenti kat situ pulak sebab angin kuat ada ribut pasir. So kami duduk dalam bas je. Then lepas tu baru dia bawak ke lokasi yang kurang berangin dan di situ la kami semua main sand boarding !






Mengah nak panjat puncak padang pasir ni sebelum nak boarding ke bawah.

Memula aku malas nak try jugak. Tapi mamat Hong Kong tu beriya iya suruh aku try. Dan lama lama jadi seronok !

Syok wooo !!

Yang muda muda je la boarding. Yang tua tua semua tunggu kat bawah dan tepuk tangan !


Dekat sejam jugak la kami spend masa kat situ.

Akhirnya kami trip berakhir dengan kami semua di bawa pulang ke Perth.

Satu pengalaman yang menyeronokkan hari ni. Aku puas hati. Walaupun harga trip agak mahal tapi OK lah. Mana lagi nak experience benda benda macam ni.

Sepanjang jalan pulang ke Perth. Masing masing kepenatan. Tidur je dalam bas tu. Aku pun dua tiga kali dak terlelap dan keluar bunyi badak sumbu !

Malu. Cepat cepat sedar dan betul betul kan kerongkong. Cas cas batuk.

Hari dah menjelang petang. Lebih kurang pukul 8 malam kami tiba di Perth semula. 




Sampai kat Perth. Aku singgah makan kat kedai kebab lain pulak.

Balik ke B&B aku berehat je.

Gregg ada. Dia excited macam biasa bila aku bercerita.

Sampai di B&B aku just rehat je. Aku dah cakap dengan Sue aku kena keluar awal pagi sebab flight aku pukul 5 pagi. Sue OK je.

Memula aku ingat subuh tu aku nak naik teksi je ke airport. Tapi Gregg sekali lagi mahu bertindak baik. Dia nak hantar aku.

"I insist !"
"OK. I hope I dont disturb or give your problem"
"Look. I was a backpacker before. I know how it feel. Dont worry. I will help you and you will help others in the future. Who know?"

Kami borak lagi malam tu dan aku banyak la dengar kisah dia dan experience dia dalam hidup. Syahdu gak dia cerita, dia gaduh dengan wife dia dan wife dia koyak baju pengantin !

Dia kata punya la baju pengantin tu mahal dan dia kumpul duit keje kat hotel siang malam nak beli baju tu.

Tapi tu la nasib masing masing. Aku nak nasihat lebih lebih pun aku tak pandai. Dengar je lah.

Gregg janji nak hantar aku ke airport pukul 3 pagi ! So aku rest je. Dan sebab dia takut dia lambat dan esok dia boleh terus pegi keje je sebab opis dia kat airport tu, dia tidur pakai baju kerja !

Lawak betul.

Kesian pulak aku tengok.

So dia tidur awal sebab dia takut nanti dia tak terjaga.

"Dont ever feel bad to knock on my door ! You wake me up and make sure I send you to the airport tomorrow morning !"
"Okey !"

Dan aku terlelap sekejap je. Ilangkan penat menghabiskan hari ke 5.


Tapi walaupun penat. Aku puas !

Terlelap sekejap, then jam berbunyi pukul 3 pagi aku bingkas bangun dan bersiap siap.

Aku ketuk pintu bilik Greg dan dia bangkit. Dengan tak mandi tak apa nya. Capai kunci.

"Let's go !"

Dan aku menurut perintah............ ! 

Aku pun dah tak sabar nak balik !!!

bersambung............

7 comments :

  1. fuhhhhhhhhh best ah pengalamang cikdu...... tq for sharing... kena kumpul duit nk gi ni huhuh

    what is te total cost ya???? matiklah tanya soalan hehehee

    ReplyDelete
  2. wakakkakaka........tersedak meg a..aiyaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  3. salam nak tanya, macam mana nak amik tour ke pinaccle tu ye and berapa kosnya?

    ReplyDelete
  4. Rose : hahaha


    Harliza : salam

    malas baca la ko ni.

    tu dah tulis. beli kat barrack jetty. harga pun dah tulis tu..

    pegi situ je tanya tanya. ada banyak kaunter...

    ReplyDelete
  5. bestnye . cam senang je jejalan kat sana.. boleh ke agaknya sebab nk p end this month degn anak n husband. bagilah tip yg useful.kekadang tak perasan hal yg perlu penting bila smpai kat sana.

    ReplyDelete
  6. Rohaya : Australia ni easy travel. tak perlu nak pening2 dah.

    just pegi and enjoy !!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...