Tuesday, December 27, 2011

Ritter Sport

Ada satu hari tu aku kelaparan. Aku bukak peti sejuk dan membuat renungan tajam. Masih ada banyak Ritter Sports dan cokelat lain dalam peti tapi aku tak abis abis makan lagi.

So mana satu pilihan kalbu?

Aku gemar Ritter Sport ni. Memang kalau pegi tempat bebas cukai macam Langkawi murah beli sana. Kat Giant biasa pun ada cuma beza harga dia banyak la. Kat Giant rasanya di jual dengan harga RM11. Kat Langkawi cuma RM4.

* mati la tetiba buat review pasal cokelat.


Oh Ritter Sport ni adalah sangat pahit !

Sesuai la dengan nama dia Dark Chocolate tu. Aku dah makan sikit masa stress hari tu pastu makan terus pahit sangat hilang stress terus rasa tak sedap lidah.

Now dia tersadai dalam peti sejuk macam mangsa rogol je lagaknya.

Tak tahu bila bakal di habiskan.


Ini agak sedap ! Pilihan No 3 aku untuk siri cokelat Ritter Sport. 

Ada rasa hazelnut dengan cokelat putih. 

Agak inzal di makan di waktu pagi, atau petang, siang mahupun malam.


Hah.. Ni favourite aku !

* mati la simpan dan tak nak makan sebab sayang.

Silap silap dah expired eh??? 

Sedap sebab rasa whole almonds. Kalau makan sambil pejam mata terus rasa terbuai buai di alam fana cinta.

* tarik key Fotograf


Hat ni, second favourite aku.

Jatuh no 2 lah. Sedap jugak yang ni. Whole hazelnuts dengan cokelat. Tak manis sangat, tak pahit. Sedang sedang elok. Bak kata Iwan. Yang sedang sedang saja.....


Cornflakes ni aku rasa agak manis.

Pulak tu aku ni bukan la penggemar cornflakes so aku beli pun hari tu setakat menambah koleksi. 

Tak tau la bila nak di makan ni. 


Dan ini adalah dari koleksi Ritter Sport Mini. 

* mati la expired jugak agaknya.

Ni Kuman beli masa dia pegi Langkawi hari tu. Ada set mini Ritter Sport yang ada macam macam jenis kaler dan rasa. Yang ni rasa biskut butter.

Aku pernah makan yang actual size hari tu. Hmmmm OK lah. Sedap jugak. Ada rasa rasa biskut merry.


Marzipan !

Korang tau ke Marzipan tu apa?

Aku pun tak tau. Tapi setahu aku bahan bahan untuk buat kuih. Ke yeast? Ntah apa apa je lah. Aku belum makan lagi yang ni dan tak de rasa nak makan lagi.


Tak tau jugak apa rasa yang ni.

Fine milk chocolate. Mungkin rasa tenusu secara berlebihan. Kaler dia agak tak berapa menarik untuk cokelat. 

Pose pose je la dia kat dalam fridge tu. Tak tau sapa nak habiskan.


Ni lagi la. Macam uniform sekolah je.

Praline tu menatang apa? Aku pun tak tau.


Dan selain dari koleksi Ritter Rudaini Sport tu, ada jugak cokelat Daim.

Aku tak de la peminat Daim ni. 

* lambai kat Tun Daim Zainuddin.

Tapi hari tu ada orang kirim so aku beli la. Ada extra nya ni. Aku makan la kadang kadang. Menarik jugak. Patut la selama ni ramai je orang suka cokelat Daim ni.

Tapi !

Maaf Daim. Anda masih belum mampu merampas takhta Ritter Rudaini ittew.

* rebah tepi kaki Zakuan Adha.


Ha ni cokelat sesat.

Nips !

Cokelat ni saki baki beli kat Belum hari tu. Belum abis makan hari tu aku sumbat masuk dalam beg camera. Bila balik rumah tengok tengok ada.

Tak tau la bila Nips ni habis.

Tak berapa menarik sangat kan cokelat macam ni. Murah lak tu.

* mati la tak bersyukur.

Aku dok angkut makan cokelat lah. Masih ada beberapa stok cokelat di rumah. Makan sikit sikit. 

So kalau abis semua cokelat ni apakah abang bakal gemok????

Jawapannya......... mungkin tidak ! 

* mati la menidakkan realiti lagi.

Nanti aku suruh OR makan. Aku dah paksa dia makan. Dia tak gemar sangat. Masalahnya dia makan banyak mana pun tak gemuk pun aku ni, makan seketul je esok terus berat nak bangun.

* nanges.

2 comments :

  1. wahhhhh malam2 lg mau tunjuk coklat...aisey....

    meg nk gi langkawi bulan 4 nanti.. jgn delete ini entri yaaaaa hehehe

    dah nk tido esok nk MC ....bdn tak kebah lg....

    nite cikdu and JG tuh mana ehhh sonyap je

    ReplyDelete
  2. kihkihkih ado ni demammmmm....lambat enterprem kihkihkih mc ka hari ni..sama dengan la kite sat g nak pi klinik mintak mc ngeeeee...

    abg meng sy suke yg whole almond tu sbb tau tu je tatau lak dia ada byk perisa...kalo tamoh makan kasi pos la kat sy ngeeee...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...