Tuesday, January 3, 2012

Papa, Remaja Dan Kangaroo

Perbualan aku dengan Hero hari tu.

"Papa. Kita tengok wayang nak?"
"Cerita apa?"
"Cerita apa apa lah"
"OK. Nanti Papa tengok cemana"

Kesian dia. Dah banyak kali dia ajak aku tengok wayang. Masalahnya aku kang bosan tengok cerita kartun dengan dia. 

Hari tu kat TV keluar la cerita movie apa ntah ditayangkan di wayang.

"Papa ! Kita tengok cerita ni lah !!!!"
"Eh mana boleh. Ini cerita remaja remaja"
"Remaja tu macamana?"
"Remaja tu...............macam Papa lah"

Pastu tak tahan aku tergelak. Dia bengang je tak puas hati.

Remaja tak aku ni???

Hahahaha.

Owh IG cerita kat aku, dia marah anak dia hari tu.

"Abang ni degil betul lah. Kenapa degil sangat? Abang nak jadi apa ni????"

Pastu anak dia jawab.

"Abang nak jadi Kangaroo !"

Pengsan !







1 comment :

  1. x tny ke apa sbb dia nk jd kangaroo...kihkihkihkih

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...