Friday, January 27, 2012

Kisah Superman Di UAE - Part 1

Mushi Mushi.. Khaifa Haluka?

Dah teka aku di mana?

Abang curik curik online kat conference. Tak de masa nak berinternetasi di apartment. Sangat busy dan sangat boring. Tapi masih merindu Kuala Lumpur.





Tapi aku sihat, cuma hati dan perasaan je tak berapa nak tenang. Sengsara jugak ler kat sini sebenarnya. Tapi sabar je lah.

Tak sabar nak balik.

. Cuaca Dubai sangat best. Tak panas dan berangin. Macam duduk dalam aircond.

. Food sangat mahal. 12 ketul nuggets ayam berharga 24 dirham = RM24. Coke satu tin bernilai RM5.

. Tak ramai awek arab kat sini. Ramai jantan je. Yang awek awek buleh tahan cun ler tapi semua berkepit.

. Susahnya nak dapat teksi kat sini. Oh ya. Teksi kat sini koman koman pun semua Camry. Polis dia naik BMW 5 series * pengsan.

. Conference sangat membosankan.

. Semalam aku terpaksa menapak 10 km sebab teksi tak nak ambik. Jauh gila. Terus flat dan tertidur. Tak makan pun. Kurang makan sini.

. Bangunan kat Dubai memang captivated. Tapi aku tak de masa lagi nak explore sini.

. Malam ni ada member aku ajak jumpa. Hopefully dia bawak aku jalan jalan.

. Breakfast pagi tadi buffet dia berharga 55 Dirham = RM 55. Makanan macam hanjeng jugak.

. Banyak kereta mewah kat sini. Menarik perhatian. Best jamu mata tengok kereta. Tapi semua kat sini mahal mahal belaka. Lexus tu macam Honda kat Malaysia. Berlambak.

Flight take off dari KLIA tepat jam 12 malam. Flight Airbus 330-200 memang penuh. Yang tak bestnya, crew dia tak de yang cun. Hiks !

Sebelah aku pulak pak arab dan badan dia agak bertongkol dan gemok. Aku mengantuk gila. Flight take off tu je terus aku membuta. Tak layan pun movie dia. Bosan. Baik je aku membuta.

So aku cuba cuba paksa diri aku tidur, tapi tak berapa gagal. Ada budak budak menangis lah. Sampai makanan dia hidangkan, aku makan jugak la Nasi Beryani ayam. Not bad makanan dia, tapi aku mengantuk gila. Makan sikit je then aku sambung tidur.

Penerbangan yang mengambil masa 7 jam itu rasanya aku dapat tidur dalam 2 jam je. Sebab UAE kira lewat 4 jam dari Malaysia, aku sampai di Dubai tepat jam 3.30 pagi.

Mengantuk dan airport dia besar gila. Nak kata lawa sangat pun tak de ler jugak. Aku rasa KLIA lagi friendly dan lebih senang. Ramai yang tidur kat kiri kanan dalam perjalanan nak keluar dari terminal ketibaan tu.

Anyway, ambik cab dan aku terus ke hotel apartment aku.

Sampai sampai, letak beg. Terus aku membuta. Tak sedar apa. Mengantuk.




Nanti cerita abang terpaksa berjalan kaki 10KM melintasi skycrappers Dubai dan salah satu impian Superman akhirnya menjadi kenyataan dalam sambungan akan datang...!

bersambung.......

6 comments :

  1. wahh bestnyaaaaaaa sampai Dubai sudah....


    selamat berconferencing Cikdu..


    nak FM hahahahah :)

    ReplyDelete
  2. ni entry lama lah meg...

    dia dlm flite ke jepun tuh dah

    ReplyDelete
  3. Deng!
    Abang Meng dah sampai UAE!
    Gua is jeles!

    ReplyDelete
  4. Alamak BW, ye ke... Terlambat sudah.....then nk FM jepun bole? Hehhee... Have a nice wiken :)

    ReplyDelete
  5. Alamak BW, ye ke... Terlambat sudah.....then nk FM jepun bole? Hehhee... Have a nice wiken :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...