Monday, January 30, 2012

Kisah Superman Di UAE - Part 4

Cak !

Hahaha. Aku bersiaran dari rumah kawan aku di Dubai.

Tak sabar nih ! Rindu nasik lemak. Rindu nasik goreng Uncle Leong. Rindu roti canai dan yang paling penting, rindu rumah aku !

Senang benar nak tidur kat sini. May be sebab aku letih sangat kot. Letak kepala je terus jalan.




Pagi bangun sempat breakfast dengan boss aku dan Parsi sekali. Borak borak dengan dia sebelum associate aku sorang lagi baru sampai. Dia pompuan lah. Parsi jugak. Tapi dia cun gila. Selalu aku borak kat phone je dengan dia, kali ni jumpa face to face. Terkesima rama rama lah kejap abang ni. Yang tak bestnya, dia dah kawin. Tapi husband dia koma for 7 months now akibat kemalangan jalan raya.

Hari terakhir conference memang menyedihkan. Sedih sebab rokok aku dah abis. Rokok Malaysia. Aku beli Rokok Dubai. Hampeh tak sedap langsung. Harganya murah lah AED 7 tapi tu la macam rasa hisap kertas. Nikotin dia agak kurang. Susah nak mati kalau hisap rokok kat sini. Biasa dapat rokok yang power, dapat rokok sini memang tak rasa apa.

Satu hari aku abiskan untuk hari hari terakhir conference. Aku kena bagi presentation. Tapi last minutes changes aku tak payah buat. Aha.. kalau tak mati lah aku mengarut dan buat buat koma tak sedar diri di khalayak ramai manusia tu. Selamat abang.

Hingga ke petang nya, boss aku dah fly semula balik ke SF. Awek Parsi blah pukul 5 petang. So tinggal aku dengan Parsi. Lepas abis acara siap semua benda kami balik ke hotel. Hari tu aku balik hotel naik cab Lexus ! Hahahaha. Macam naik kapal terbang cakap lu. Ya lah aku ni kan jakun tak pernah naik Lexus. Anyway harga dia mahal sikit dari cab Camry biasa tu, tapi dah tak de choice. Memang susah nak dapat teksi kat situ.

Balik hotel agak kepenatan. Memula Parsi ajak aku dinner tapi macam tak sempat je sebab dia kena catch flight pukul 12 malam. So end up borak borak je sebelum dia berambus. Oh ya, aku tak tahu la ada satu subuh tu aku nampak Parsi solat subuh pakai seluar pendek. Seluar pendek bukan bawah lutut beb. Seluar bola tu je. Bangun tidur, terus dia semayang. Terkejut aku, ingat dia mengigau ke apa. Dan dia tak de qiam qiam pun, berdiri macam biasa je. Aku sepatutnya tak pelik sebab dulu masa kat US aku tengok orang semayang dengan gaya macam macam. Tapi mungkin sebab lama tak tengok tu yang jadi pelik. Pulak tu kalau dia nak semayang, dia tak payah ambik air semayang. Terus je ambik sejadah sebab rasa nak semayang, then semayang. Aku tak tahu laa fahaman apa dia ni, tapi aku tau dia orang Syiah dan mazhab dia mungkin berbeza. Ok sekadar berkongsi apa yang aku lihat. Tak de aku nak judge dia nyer pun.

So lepas Parsi blah, aku pun tak tahu nak buat apa. Aku keluar dari hotel apt aku tu then aku start berkeliaran. Aku ni kalau berjalan jadi je. Sorang sorang pun tak de hal. So aku merayap la tanya budak hotel tu area around apt aku mana yang boleh aku pergi merayap.

Jalan punya jalan. Sibuk jugak area Bur Dubai dan Creek. Akhirnya aku jumpalah bazaar bazaar yang aku rasa sesuai untuk membeli belah. Tak beli apa apa pun. Perfume memang murah area ni. Sebotol kalau tester boleh dapat harga kurang dari RM100. Sebab tu orang kata perfume Dubai murah.

Aku cuma sempat beli hadiah untuk kakak aku sebab besok birthday dia. Aku beli cenderamata untuk kawan kawan sikit especially bebudak GBS. Tu je lah. OK lah, tak de apa pun untuk aku, aku dah tengok Dubai dengan mata sendiri. Bagi dia orang yang tak datang tu, mungkin buah tangan yang tak seberapa boleh juga mengubat hati nan duka nestapa.


bersambung..........

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...