Thursday, February 23, 2012

Perkelahan Tergempar - Taman Tasik Titiwangsa

Hari Ahad hari tu aku telah pergi merayau rayau. Aku yang ajak OR sebenarnya sebab dah lama tak keluar bawak Hero outing. 2 weekend aku tak de, kesian dia tak berjalan.

"Nak pegi mana Yang?"
"Mana mana lah. Awak nak pegi mana?"

Aku tanya dia.

"Ikut awak lah"

Kalau ikut aku yang kaki jalan ni macam macam idea je ada. Nak pegi panjat bukit lah. Nak pegi air terjun lah. Tapi semua tu macam susah kalau nak bawak Hero. Leceh. 

"Kita gi picnic lah"
"Kat mana?"
"Ntah. Awak rasa?"
"Tasik Titiwangsa?"
"Haaaaaaaaaaa"

Aku pun memang jarang ke sana. Maka kami pun plan. Aku cakap dengan dia nanti kita beli la makanan apa apa then makan di tepi tasik. Syok jugak. Tup tup ada bihun goreng, udang goreng tepung, keropok dan telur dadar dah siap.  Singgah pulak beli KFC.

Haaaaaaaaaaaa. Cukup la pemakanan. 

Dalam kereta ada cerita lawak. Hero menyanyi sebab keluar lagu Lelaki Seperti Aku kat radio. Aku tak tau la mana dia tahu lagu tu, tapi lancar je dia menyanyi. Bila sampai part.

'Memang tak ada lelaki, seseksi aku, tapi yang lebih seksi banyak'

Aku pun tanya dia.

"Hero. Seksi tu apa?"
"Tak tahu. Apa Papa?"
"Seksi tu macam Papa lah"
"Oooooo. Gemuk ke?"

* pengsan !

Lama betul tak ke Tasik Titiwangsa. Aku pun dah hampir lupa. Tapi sampai sampai orang ramai gila. Kereta bersusun susun sampai jem. Terpaksa la berpusing 2 kali tasik tu baru la jumpa parking. Tu pun dah petang dah. Main gamble je parking kat depan rumah orang.

Pastu baru la kami cari spot untuk berehat, makan sambil tengok tengok orang. Memang ramai betul orang. 

Hero nak naik kuda tapi nak parking kat area tu pun payah. Sudahnya, tak jadi. Sempat beli buih tiup tiup tu je. 

Ini permandangan waktu kami tiba. Aman damai dan menenangkan.


Belah tak de orang lah. Cuba belakang dari aku duduk ambik gambar ni. Orang ke hulu ke hilir. Ada yang berlari. Jogging. Ada yang berjalan. Ada kanak kanak menjerit dan macam macam aksi dan gaya.

So jangan pandang belakang.

Nikmati suasana di depan mata saja. Sambil sambil tu, melantak lah !

Dipersilakan masuk menu menu perkelahan tergempar ini...........





Dan budak ini makan dengan gelojoh sebab dia tak sabar sabar nak main buih sabun tu.

Makan tak abis. Laju je pegi main. 


Pastu dia sibuk nak kencing lah. Apa lah.

Budak budak. Biasalah. Papa dia ni sibuk nak ambik gambar jer.

Maka layani la beberapa keping gambar yang di capap di petang hari sekitar Tasik Titiwangsa. Gambar lebih kurang sebab aku malas nak merayau sangat. Orang ramai, hari pun dah petang.











Tamat sudah !

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...