Wednesday, April 4, 2012

Misi Mencari Maria Ozawa 2012 - Day 2 - Nara - Part 2

Mari kita berjalan lagi !

Kalau pegi melancong jangan malas malas nanti membuang masa. Masa itu emas.

Faham?

Dan satu lagi kalau nak berjalan kena fit. Kalau tak fit abis la rosak semua plan.

* mati laa

Dari Taidoji Temple kami bergerak ke sebelah lain di Nara Park. Mesti ingat  Nara Park ni besar gila ! Jadi banyak nak kena berjalan.

Makcik Mayumi dah start sakit lutut.

Ya lah. Dia tu dah masuk geng geng Warga Emas. Jalan jalan naik bukit sikit semua dah mula lutut sakit. Aku kesian jugak kat dia. Actually kalau dia tak ikut aku pun tak pe. Aku dengan senang hati boleh jalan sorang sorang tapi sebab dia nak jadi host yang baik untuk aku, so dia nak jugak bawak aku ke Nara ni.

Actually Nara ni tak masuk pun dalam initial plan aku. Sebab aku biasa tengok gambar orang pegi Jepun dan datang melawat ke Nara ni so aku rasa too many temples, shrines dan segala tokong mokong ni buat aku pening.

Tapi aku masih excited sebab masih di hari pertama perjalanan aku di Jepun ini.

So mana nak pegi?

Kita naik atas bukit sikit ada shrine ni.

Tori Gate ni kiranya macam entrance jugak la ke temple temple lain.


Tengok la pokok pokok di sini.

Dan cuaca masih lagi dingin dan membeku. May be sebab kawasan hutan dan banyak pokok tu yang aku jadi sejuk gigil ni. Berjalan dalam sejuk tak de la rasa penat sangat tapi dahaga tetap dahaga. 

Lapar boleh tahan. Makcik Mayumi la kata dia lapar. Dua tiga kali dia sibuk tanya aku lapar ke tidak. Aku ni kalau berjalan, bab bab makan ni letak last sekali. Selagi aku boleh tahan aku tahan la plus aku pun tak tau apa yang aku boleh makan selepas hampir hampir 2 kali termakan babi.

Babi !


Akhirnya kami sampai di satu kawasan ada shrine jugak dan ada loceng besar ni.

Masa ni Makcik Mayumi dah tak berdaya. Masa dekat Todaiji tadi aku cakap kalau dia tak nak ikut aku naik, dia boleh tunggu kat situ nanti aku cari dia, tapi dia cakap, dia sendiri pun tak pernah naik sampai atas maka dia ikut aku.

So sekarang sapa yang susah? Dia lah. Mula la duduk sambil urut lutut. Kesian jugak la aku tengok tapi aku nak buat cemana, takkan la aku nak bukak pusat urutan di situ. Plus aku mana la reti mengurut !

Apa yang menarik di kawasan ni cuma loceng ni. Besar. Aku tak pasti loceng ni apa benda. So just layan je la gambar di kawasan ini.



Jalan lagi !

Kali ni mendaki lagi bukit dan kami melawat salah satu Hall kayu yang terletak di atas bukit. Nama dia Nigatsudo Hall yang terletak di kaki Gunung Wakakusa.

Lawa tempat ni. Kalau tengok sama macam temple kayu di Kyoto tu. ( Masa ni aku belum sampai lagi lah ).

Hall ni sebenarnya bukan yang asal sebab yang asalnya dah terbakar satu masa dulu. So Hall ni telah di reconstructed semula maka ini la hasilnya kekal hingga sekarang. Apa yang menarik di sini adalah pemandangan sebab Hall ni ada balkoni kayu menghadap ke bawah maka dapat di lihat bandar Nara dari atas Hall ni.

Tempatnya pun lawa. Masa aku pegi ada orang tengah berdoa. Aku ralit tengok dia orang.

Makcik Mayumi tak naik sebab dia sakit lutut !





Nampak kain berwarna tu?

Kain tu sebenarnya tergantung dengan loceng. So lepas mereka berdoa. Dia orang bagi duit syiling dan akan tarik kain tu dan bunyikan loceng.

Ka ching !

Macam tu bunyi loceng. Tau?

Dan ini la dia pemandangan dari Nigatsudo Hall ni. Kalau musim spring ke, tempat ni mesti lawa gila.



Dan !

Ada lagi yang menariknya di sini. Di sebabkan tempat ni macam tinggi atas bukit kot, so kalau nak naik tu mesti separuh nyawa jugak lah. Maka disediakan free tea di sini.

Sapa nak minum, di persilakan.

Aku minum tak? Korang rasa?

Tak ! Aku tak minum sebab aku nak terkencing ! Tak tahan. Aku cuma tumpang kencing je.

Tapi bukan nak puji terlebih la, orang Jepun ni berhemah. Baik dan bersopan santun. Cepat je mesra even kita stranger pun dia orang baik je melayan. Pekerja dia semua tua tua tapi aku suka je tengok orang tua di Jepun yang masih cergas dah masih mampu berdikari.


Dan lagi gambar gambar sekitar Nigatsu do Hall.

Sila lah melayan mata.





Dah abis berjalan di kawasan Nigatsudo Hall.

Aku turun balik semula ke bawah dan tengok Makcik Mayumi masih dok urut betis dia.

"Are you OK?"

Kesian jugak la aku tengok dia.

"I am fine. Just my knee hurts"
"Hmm"

Aku dah tak tau nak tolong cemana lagi. Takkan aku nak pikul dia turun ke bawah?

"Are you done?"

Dia tanya aku.

"Yeah"
"Why dont you go there. I wait you here"

Dia tunjuk aku ke arah Hall lain yang terdapat di belah belah lain pulak. Aku pun apa lagi, OK je. Biar je la dia duk situ mencari semangat diri untuk kembali menapak. Nak menapak balik ke Nara Station tu, pergh macam dah jauh gila rasanya. Aku sendiri pun tak tau mampu ke tidak.

Tak pe. Slow slow !

Seterusnya selepas meninggalkan Makcik Mayumi dengan lutut dia yang sakit tu aku ke sini. Ni another hall nama dia Hokke do Hall.

Aku tak masuk pun. Tapi Hokke do Hall ni merupakan bangunan pertama dan tertua dalam kompleks Nara Park ini.

Tengok tu, si rusa tetap ada nak posing !

Ke dia mengekor aku? Ke rusa jelmaan?


Tak jauh dari Hokke do Hall ni ada Tamuke Yama Hachimangu Shrine !

Tamuke, bukan Tasuke !

Apa yang menarik tentang bangunan ni adalah, bangunan ni dulu tempat dia orang simpan statue statue Budha lama sebelum di pindahkan ke Todaiji Tempole kat bawah bukit sana. 

Alah, yang tadi kita lalu tu.

* mati la....



Kat sini aku jumpa minah yang sama dengan masa dekat Todaiji Temple tu.

Aku perasan dia sebab masa aku kat Todaiji, dia nak bersuci dulu dengan air tepi tu, so aku pandang la tengok dia buat apa. So masa dekat shrine ni pun tengok dia ada jugak. Budak pompuan. Rajin betul berdoa. Mesti bakal Ustazah Pilihan.

Dia pun perasan aku agaknya, dia senyum je.

Ke mesti dia ingat aku yang mengekor dia?

Dari shrine ni kami turun balik bukit bukit tu sampai dekat area Todaiji tadi. Di sini Makcik Mayumi sekali lagi di serang sakit lutut. Kesian dia. Perit je aku tengok muka dia.

Aku pernah rasa kan semalam kaki cramp. Macam nak mati. Tu la jugak yang dia rasa kot.

So dia suruh aku gi jalan je dia tunggu situ. Aku pun apa lagi, bye bye black sheep lah.

Aku ke Shosoin Hall. 

Shosoin Hall ni merupakan repository hall yang banyak menyimpan khazanah lama. Nak sampai kat situ jauh jugak la kena menapak sebab dia terletak di belah belakang Todaiji Temple tu.

Menapak dengan gigih aku ni. Ada lah nampak sorang dua mamat yang gigih macam aku menapak sama

Nasib la sepanjang jalan tu banyak rusa bermain main. Layan jugak la.



Malangnya.....

Shosoin Hall ni tutup pulak ! Tak boleh nak masuk even kat compound dia sekali pun. Tengok dari luar macam lawa jugak bangunan dia.

Tapi mungkin tak de rezeki.

So aku kembali menapak dengan sia sia. Cari Makcik Mayumi semula yang tengah pose pose urut kaki atas kerusi depan kolam di tepi Todaiji Temple bertemankan rusa rusa.

Eceh ! Panjang tak ayat tu.

Ada sekali tu aku singgah toilet, masuk toilet dengar klentung klentang ingat sapa lah. Usha.

"Hoi Rusa !! Motip ko pandai berak kencing dalam tandas awam???"

Dia orang merungkas dalam toilet oke. Toilet tu tak ramai orang masuk kot tu yang dia bermaharaja lela tu.

So sampai di central gate semula kami pun menapak la ke arah Nara Station tempat kami memula datang tadi.

Jauh. Orang pun dah ramai. Setengah hari ni asyik berjalan je. Jalan balik lepas gate pertama dan gate ke dua tadi.



Tapi kami tak terus balik ke station.

Jalan jalan lagi feeling feeling sampai ke kawasan tasik ada pavillion di atas tasik tu. Nama dia Ukimido.

Memang lawa tempat ni. Klasik Japan.

Tempat ni menjadi tempat mencari ilham pelukis, penyair dan ahli ahli seni zaman dolu dolu.

BA ! Kau jangan datang sini semata mata nak menjahit manik. Tau? Cari ilham lain yang lebih kreatip seperti mencari orang bernama Ilham. Atau Mohd Ilham.


Aku lah yang merayau, Makcik Mayumi masih dengan lutut dia yang sakit. Kesian kan? 

Tapi aku pun dah tak reti nak tolong dia.

"You are so strong ! You walk so fast !"

Dia sibuk dok complain. Tak tau aku semalam separuh mati sakit urat betis. Hari ni aku cuak juga takut kena lagi, so sekali sekala aku buat regangan kaki sambil feeling feeling jadi cikgu pendidikan jasmani.

Nasib je aku tak bukak kelas aerobik di situ.

Anyway aku memang kena jalan laju, kalau aku berjalan lenggang kangkung, besok agaknya baru abis tawaf Nara ni.

Maka lepas tu kami menapak slow slow sampai la ke Station Nara tu balik semula. Lalu balik la dekat kedai kedai tepi jalan tu tadi dan masa ni la aku start usha FM balik semula. Dekat dalam Nara Park tadi semua design tak menarik. Harga pun mahal jugak. Jumpa kat kedai satu uncle tu murah sikit. 300 yen seketul. Lawa pun lawa. Kat Jepun ni kedai souvenir dia tak banyak sangat FM tapi orang di Japan banyak beli gantungan macam letak kat hp tu semua. Gambar hello kitty la apa lancau lah. Aku tak nak benda tu !

So aku beli je la FM kat situ. Pastu insaf sebab fikir mahal gila. Seketul FM berharga RM12.

Aku kena membudget untuk 3 - 4 hari akan datang ni. Kang mati kering aku di Jepun ni sorang sorang.



Dan akhirnya kami selamat tiba di Nara Station balik semula.

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Nara ni. Tengok rajin tak rajin la. Dan masa juga. Kalau suka benda benda macam ni, boleh je lagi melawat. Tapi bagi aku cukup lah !

 

Naik train terus balik ke Osaka Station. Penat dan mengantuk rasanya. Makcik Mayumi siap terlelap dalam train. Mesti dia menyesal ikut aku. Sampai sakit sakit kaki dia.

"Are you hungry?"

Dia tanya aku.

"Hmm not really"
"Let's eat first"

Dia la lapar pulak. Orang tua macam tu la kan. Kang pengsan susah pulak aku. So aku kena la ikut je. Dia yang bawak aku makan di restaurant dekat Osaka Station tu.


Kali ni aku memang berhati hati nak order makanan.

Takut la kena babi dan unsur unsur dia lagi.

"I dont eat meat. I dont eat chicken. Seafood, yes but no fish"

Pening waitress tu. Makcik Mayumi pun pening. Dia tau aku makan ayam so dia nak order ayam untuk aku, tapi aku cakap aku tak boleh makan ayam pulak. Aku malas nak terang lebih lebih kat dia. Dan waitress tu pulak tak reti cakap omputih.

Nasib baik ada colleague dia yang baru nak mulakan kerja. Comel okeh budak tu. Adakah dia Maria Ozawa yang di cari????

"You dont eat meat?"
"No"
"Chicken"
"I cant eat chicken here"
"Egg?"
"Yes. Egg can. Shrimp also can but I dont eat fish"

Dan tak lama lepas tu, tara...........

 

Datang makanan untuk aku. Makanan ni tak de dalam menu. Dia prepare khas untuk aku. Hahahah. Geleng kepala Makcik Mayumi. Ya lah. Aku tak tau la apa dia buat kat dapur dan unsur unsur kebabian mungkin ada. Tawakal je la. Janji aku rasa aku tak de makan babi seketul.

Wallahuallam.

bersambung.........

2 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...