Sunday, April 8, 2012

Misi Mencari Maria Ozawa 2012 - Day 3 - Hiroshima - Part 3

Oh yeah !

Perjalanan bermula lagi. Kali ni menapak.

Sakit kaki boleh tahan tapi jalan jalan di Hiroshima dalam sejuk sejuk macam ni agak mengujakan juga.

Dari Hiroshima Park aku ikut peta dan jalan ikut suka.

Nampak Metro ni di tengah tengah kota Hiroshima. Macam menarik jugak. 

Eh. Baru perasan jumpa ex gf nama Shima di Hiroshima !

Suratan atau kebetulan tu????

Ntah aku pun tak pasti tu dia ke tak, tapi 90% aku rasa dia. Plus aku pun dah lama tak jumpa dia badan dia dan berubah sikit tak macam dulu, langsing.

Ala kalau dia tengok aku pun mesti dia pitam jugak di tempat kejadian.

Kan?


Sebenarnya aku memang berjalan ikut kaki.

Tak tau mana arah tuju. Hajat aku cuma nak menuju balik semula ke Hiroshima Station. Lain lain aku fikir kemudian. Terkesima jugak tengok bangunan bangunan di Hiroshima ni.

Walaupun bandar dia tak de la sebesar Osaka dan tak de la sesibuk mana tapi aku rasa menarik jugak tempat ni especially nak relax relax.

Damai dan mendamaikan.

Yang penting shopping mall tetap gah !

Ada aku masuk?

Tak !

Shopping mopping tak de dalam plan aku.



Terjumpa la jugak park dan kawasan kawasan yang redup dan menarik pandangan mata.

Ada sekali tu aku nampak bangunan ni. Macam castle lama. Dari jauh nampak jugak ada yang lagi satu di atas bukit. Aku cuma nak melintas jalan sebab jalan tu busy gila tapi tak de lintasan !

Aiseeyman !

Cemana ni?


Aku ke kanan.

Nampak ada traffic light. Mesti boleh cross !

Jalan dalam 10 minit tengok. Eh ! Tak de !

Cemana?

Patah balik tengok belah satu lagi. Macam ada traffic light jugak. Mungkin kat situ kot sebab aku nampak ada kereta belok masuk ke kawasan ni.

Patah dan menapak balik semula jalan tadi. Dengan kasut yang dah tercabut tapak dan aku rasa makin buat aku tak selesa nak berjalan.

Jalan jalan jalan. Sampai dekat.

Eh ! Tak de crossing line jugak.

Cemana?

Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa !

Perlu ke aku menagis tepi jalan tu meraung sorang sorang diri? Dah la cuaca pun masih sejuk.

So aku buntu dan hilang arah. Tak tau nak tuju ke mana. Aku rasa tempat tu macam susah gila nak pegi. So aku pun patah balik semula dari point asal aku berada yang aku nampak bangunan tu. 

Tup tup aku nampak orang main skateboard. Laju je dia meluncur masuk bawah tanah. Hati aku tertanya tanya.

"Dia pegi mana?"

Aku tunggu kejap pastu tengok.

Hah !

Dia muncul belah sana pulak.

Rupa rupanya jalan tu masuk terowong bawah tanah. Caitt ! Penat aku ke kiri ke kanan. Dah la kena simpan tenaga.

Tapi area tu memang busy dengan kenderaan tapi tak de orang jalan kaki tu yang aku pun musykil. Plus tak de sign cakap passing through ikut bawah tu boleh tembus ke sana pulak.

Maka !

Aku pun cross lah ikut bawah tanah tu. 


Tada !!!

Keluar keluar terus nampak bangunan ni. Ada signboard dia tulis ni nama dia Ruin Castle of Hiroshima. Castle yang telah separuh musnah sewaktu pengeboman dan dibangunkan semula maka sekarang jadi la macam ni.

Menarik jugak kawasan ni macam park besar. Ada kolam dan kalau nak masuk kena lalu bridge.


Nampak orang masuk aku pun ikut. Tengok tak de bayaran sebab semua jalan laju je so aku pun jalan laju la. 

Misi aku cuma satu. Nak pegi dekat and have a closer look to the castle yang macam di buat daripada kayu tu.

Moh ! 

Kita jalan.



Jumpa pokok tu. Tak tau pokok apa. Kalau boleh makan harus aku kutip dan makan.

Perut dah bergelora dan kelaparan ni.  Tapi tak pe jalan lagi. Rupa rupanya kat bawah tu ada satu Tori Gate jugak. Biasa kalau jumpa Tori Gate kat Jepun kaler Orange kan, tapi kat sini kaler putih.

Ada orang tengah berdoa kot sebab macam ramai orang la pulak dalam tu. Aku singgah kat kedai je. Nak cari FM Hiroshima tapi tak de. Last sekali aku beli air je.

Menghilangkan dahaga.

Pastu mula panjat bukit sampai la ke istana kayu yang aku nampak dari bawah tadi.



Namanya Hiroshima Castle !

Dah musnah dan kini di jadikan muzium je. Nak masuk kena bayar tapi macam tak menarik nak masuk. So aku usharina dari luar je.

Biasanya kalau aku sampai tempat yang menarik macam ni aku akan duduk dan mengelamun sambil tengok. Pastu otak aku akan menganalisa benda benda tak patut seperti, cemana dia buat. Berapa orang buat. Kayu apa dia pakai dan macam macam lagi la.

So aku akan duduk kat satu spot biasanya kerusi la dan menikmati saat saat macam tu untuk beberapa minit. Biasanya dalam 10 minit jugak la.

Walaupun Castle ni tak de menarik sangat tapi memang lawa. Ada beberapa orang kat situ dan ada ramai jugak jurugambar macam aku. Pengembara yang gigih travel semata mata nak ambik gambar dan tengok tempat dengan mata kepala sendiri.

Janji aku puas.

Dan aku ni biasanya kalau pegi tempat ni tengok orang ambik gambar bersusah payah especially couple ke apa dia orang mesti cuba nak ambik gambar berdua. Mula la teleng teleng dan biasanya aku akan offer diri ambik gambar dia orang.

Ramai je yang suka. Tu je la bakti aku kat orang lain kot. Hahhahaa.

"Do you want me to take your photo?"
"Yes ! Yes ! Arigato"

Dia orang biasanya berbesar hati je. Dan mesti ada perkataan Arigato kat belakang siap tunduk tunduk. Cukup sopan santun. Kita nak tolong pun rasa seronok.

Dan tu je la saat saat aku rasa aku berkomunikasi dengan orang kalau kat tempat tempat macam ni sebab aku tak kenal orang lain.



Biasanya kalau tempat macam ni aku akan pusing dan cari sudut yang berlainan nak ambik gambar. Kadang kadang menarik dan mostly biasa je. 

Masa aku ambik gambar kat atas tu, nak naik tangga ada orang buat pre wedding shooting so aku malas nak kacau aku pun blah. 

Then aku duduk kat kerusi sambung minum air yang aku beli tadi dan menikmati view tasik keliling bukit ni. View memang lawa. So aku duduk dan hisap rokok sambung minum air dan menikmati scenery. Nampak itik itik berenang.

Cukup menenangkan.

Jangan sangka aku bosan. Aku suka macam ni. Aku suka travel macam ni so aku dapat my own sweet time. Kalau aku nak berhenti dan menikmati, aku akan berhenti. Kalau aku rasa nak jalan, aku jalan. Kalau nak speed aku jalan laju laju macam G Shanti.

Eh. G Shanti tu lari kan? Tak pe lah !

Kawasan aku duduk ni memang tak de orang lalu lalang sebab bukan jalan ke exit dia. Tapi ada jugak la sekali sekala photographer lalu lalang. Biasanya solo traveller macam aku lah. Dari segi gaya aku tau dia orang pun datang nak ambik gambar.

Tak pe lah.

Lebih kurang 10 minit lepas duduk tu aku pun blah.

Menapak dan berjalan lagi sampai la turun bukit dan exit kawasan Hiroshima Castle ni dan meneruskan perjalanan ke Hiroshima Station.

Masa tu lebih kurang pukul 2 petang.


Lalu lagi kawasan bandar Hiroshima.

Kawasan ni tak macam kawasan tepi tepi sungai tadi la, ni memang kira downtown dia. Sepi je. Tak banyak pun kereta lalu lalang. Sesekali je nampak orang tua merayau. Mostly kawasan ni banyak government office tapi hari tu tak bukak sebab weekend so tak berapa sibuk.

Tapi keseluruhan kawasan Hiroshima ni memang bersih. Tiada tara !

Tak boleh nak compare dengan mana mana bandar di Malaysia sekali pun. Tu la hebatnya Jepun ni.

Dalam peta kat tangan aku yang di print oleh Makcik Mayumi dan laluan yang aku ikut ke Hiroshima Station ni aku akan pass satu garden ni.

Nama dia Shukkeien Garden.

Maksud dia in english, Scenery Garden. Dari nama dah tau mesti lawa. Garden ni terletak kiranya dalam bandar Hiroshima jugak la.

Aku usha usha dari luar je tengok belah dalam. Macam menarik je.

Masa kat gate tu ada orang tegur aku. Sebab dia nampak aku ada camera berulang ulang dia cakap kat aku.

"Beautiful !"

Sambil tunjuk ke arah dalam.

Aku tengok harga tiket dalam 250 Yen (RM10)

Then aku fikir. Heck ! Biarlah aku masuk je la usha apa yang patut. Bukan selalu aku ke mari.

So mari berjalan jalan ke taman yang indah ini.

Masuk ! Masuk ! Selipar tu pakai, tak payah bukak lah.


Dan aku tengok kat dalam tu ada kolam.

Macam lawa dan menarik jugak la. Tapi sebab aku pegi sekarang ni musim winter so pokok pokok macam ni je lah. Aku bet kalau spring ke fall ke memang lawa tempat ni.

Yang penting aku nampak ada jambatan kaler merah. Terus feeling feeling kejap. Terus macam terdengar Ziana Zain nyanyi lagu Chitose Bashi.

Bashi tu maksud dia Jambatan.




Teki niyu kawu gaku seyi tachito
Nayum domo sure chi gawu nagara
Ana tato aruwitha mejiro no ma jiwa
Im ma mo a no him no tata zumoyi

Yubi yokara meit sumoto cigawu
Mou sugu sutarina wa ka re gakuruto
Mone ka gu ru ete kata...

Insha tu ku ru maga na nange hasyil
So re u me o rosu hasyil no uwe

Chitose bashi kara
Oto shite shi ro i ha ka ciga
hira-hira kase nimma ate
Hom de it ta nowa
Anna taga soto sayonara
Su bu ya it ta tokite shi kanga

I yeno o mo i i da sema kuthe
To o kude kate dora rumnu kange
Omo wasthu koboshita nami ta wopuyite
Nguriniwara ata kazeno no kode

Kokore nosubete nuyaw shito koyiyo
It simo mete it te hasyi ma no wa

Chitose Bashi dasthu
Ana tana awa yiyo mou ye gani
Kowu shite ayi niki tewa
Hitori tata sune...

Ana tato ku we ta shiye shungo
Takeshi mete me u tojji masthu
Ziana Zain - Chitose Bashi

Dan saksikan la kawasan dalam taman yang lawa ni.

Tenang dan mendamaikan !

Masa aku jalan jalan dalam Garden ni aku perasan ramai je jurukamera dok ambik gambar. 






Berjalan jalan dalam Garden tu akhirnya aku sampai hujung.

Tak tau nak pegi mana dah.

Sebenarnya ada dia orang tengah bikin something so jalan di tutup. Kalau tak boleh je buat satu pusingan Garden ni. Walaupun tak berapa besar tapi boleh tahan la nak menapak.

So aku patah balik la ikut jalan aku datang tadi.


Yang menariknya.

Masa aku jalan jalan tu nampak ada orang buat gambar pre wedding. Suka aku tengok sebab minah tu siap pakai kimono.

Jurukamera dia orang memang professional la siap ada lighting adjuster apa benda la. Siap ada juruandam cukup. Macam buat filem je.

Masa aku menghampiri dia orang, nak berselisih tu aku pandang lah dan yang pengantin pompuan tu pandang aku. Dia senyum terus aku buat muka tak malu.

"Can I take your photo?"

Pastu Mak Andam dia excited.

"Yes ! Yes ! Korek Korek Korek Korek Korek"

Yang tu dia cakap sesama mereka dalam bahasa Jepun dan aku tak faham. Tapi macam seronok la pulak. So dia suruh la pengantin ni posing. Yang pengantin lelaki muka ketat je.

Macam tak puas hati. Hiks.

Tak pe yang penting aku berjaya snap !

"You are beautiful. Arigato !"

Dan dia orang ketawa. Suka la tu kena puji sikit !



Pastu aku pusing pusing lagi sebelum menghabiskan sesi tour setengah jam aku kat sini. 

Ya ke setengah jam? Rasa macam tak sampai kot. Aku just masuk jalan, snap dan blah !

Hahaha. Ni koleksi terakhir di Shukkeien Garden.



Ada jugak tea house kat sini boleh lepak lepak minum teh.

Tapi tak kuasa la aku nak berhenti semata mata nak minum teh. Aku masih ada air tadi. Dan pagi sebelum aku keluar hostel aku dah letak air masak dalam botol. 

Boleh jimat beli air !

Tapi kalau lapar dan penat kena jugak minum air manis bagi tambah tenaga sikit. 


Dan lepas tu aku jalan lagi menuju ke Hiroshima Station.

Jalan ikut kaki dan berpandukan peta di tangan yang aku tak berapa nak faham tu. Kena cross jambatan lagi sebelum betul betul sampai di Hiroshima Station.

Berpandukan bangunan yang aku dah aim masa aku mula sampai tadi so aku pasti aku dah dekat nak sampai ke Hiroshima Station. So tak kisah sangat la aku rasa aku dah selamat sampai.

Feeling feeling jap ambik gambar di sungai ni berlatar belakangkan bandar Hiroshima yang penuh dengan sejarah dan tragedi.




Dan akhirnya aku sampai jugak di Hiroshima Station.

Masa kat Station aku pegi ke Shinkansen Kaunter pastu aku fikir fikir kejap. Nak balik Osaka ke apa aku ni???

Hmmm.. Cepat buat keputusan !

Fikir fikir fikir.

Okeh !

Decision has been made.

Tak lama lepas tu aku berada dalam Shinkansen dah.



Jam 3.34 petang aku berada dalam Shinkansen Sakura.

Tapi aku tak balik menuju Osaka !

Ke mana aku pegi?

Ya. Aku dah buat keputusan nekad ! Gambateee !

bersambung...............

5 comments :

  1. gbr mcm lukisan. cool.

    ReplyDelete
  2. Kalau pi musim winter, Shukkeien Garden, banyak le pokok mati...Musim lain ok kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya lah... tapi kalau winter garden pun biasanya lawa jugak. tengok juru lanskap dia buat cemana lah.

      Delete
  3. Hi, nak tanya, walaupun post ni tahun 2012 dah kekekek. kalau kita ada jr pass lepastu nak buat reserved seat macam awak buat tu, tak ada kena bayar apa2 ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum naik train tu pegi reserve dulu kat kaunter. nak selamat reserve sehari sebelum... tapi before naik train pun oke...

      reserved seat free je tak payah bayar kecuali certain train yang super-laju

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...