Sunday, April 15, 2012

Misi Mencari Maria Ozawa 2012 - Day 5 - Osaka

OK.

Entry ni pendek je sebab malam aku balik dari Kyoto tu tetiba datang seru untuk pegi merayap ke satu tempat di Osaka ni.

Tempat apa uols??

Hiks.

Tempat yang dah pegi kelmarin dulu. Kali ni nak pegi lagi.

Dari Kyoto balik ke Osaka naik Shinkansen. Cepat je. Tak panas bontot pun.

15 minit aku sampai ke Shin Osaka balik semula.


Shinkansen yang aku naik ni dari Tokyo. Tapi dia singgah la ambik aku di Kyoto.

Sampai di Shin Osaka naik train terus balik ke Osaka Station.

Di depan Osaka Station ada bangunan besar ni.

Yodobashi Akiba !


Bagi peminat peminat gadget, kalau ke Jepun dan tak pegi Yodobashi ni memang satu kerugian.

Yodobashi ni merupakan pusat gadget terkenal di Osaka. Kalau di Tokyo di ada satu kawasan memang khas untuk gadget nama dia Akihabara tapi aku tak sempat nak pegi hari tu.

Kali ni di Osaka aku nak usha jugak. Ada satu lagi area nama dia Den Den Town, macam di Tokyo tu jugak tapi aku tak sempat nak pegi pun. So jalan kat Yodobashi ni pun dah cukup rasanya.

Tak de apa nak beli pun, aku just masuk dan tengok dalam tu. Memang besar la. Macam macam gadget ada. Dari komputer, kamera, handphone. Macam macam la. Ralit jugak aku dalam tu sejam lebih.

Memang menarik. Harga aku just tengok tengok macam tu je. Sebab tak de plan nak beli apa apa pun.

Kalau di Osaka Yodobashi terletak betul betul kat luar Osaka Station. Just cross jalan atau ikut terowong je. Sampai.

Abis jalan jalan di Yodobashi, aku jalan lagi di kawasan sekitar Osaka Station.

Osaka Station ni besar, siap ada mall lah dan banyak exit. Kena baca exit dia betul betul kalau tak keluar je mesti haru biru jadinya.

Nampak ni awek jelmaan Yuna dok menyanyi dalam sejuk.


Sedap jugak la suara dia. Dan ramai jugak yang tengok.

Dan sebab aku dah jadi pengumpul gelas Hard Rock secara tiba tiba, maka tak best pulak kalau aku tak simpan gelas dari Osaka!

So aku naik subway sekali lagi malam tu terus ke Hard Rock Cafe. 

Perut pun lapar. Satu hari, hari ni berjalan di Kyoto dengan perut tak terisi. Boleh gigil jadinya. Kurus tak kurus kurus jugak !!

So sampai di Hard Rock, aku ambik port dan order makanan. Macam biasa. Fish and Chip tapi air yang inzal ni. 

Sedap. Makan sambil layan orang sekeliling.

Yang penting dapat gelas ni bagi menambah koleksi.




 

Sebab dah malam aku malas nak merayap. Sejuk pulak tu.

Kalau cerah lagi aku nak jugak pegi ke area Shansaibashi dan Midosuji yang mana tempat ni area shopping lah. Mostly banyak boutique house kat kawasan ni. Kira macam Champ Elysees di Paris.

Tapi aku keletihan dah. Tak larat dah. Lagipun bukan ada apa apa aku nak cari pun.

Lepas makan dan perut kenyang usha barang kat Merchandise Shop. Beli jugak baju sehelai pastu aku pun balik ke hostel.

Dah flat !







Balik hostel dah penat gila.

Rehat kejap. Bersihkan diri dan mandi. Pastu aku naik atas kat roof top. Hisap rokok. Sejuk sejuk melayan perasaan sendiri. 

Jauh dah aku berjalan rupanya.

Cuaca sejuk gila. Menggigil gigil. Sempat ambik dua tiga gambar je pastu tak tahan. Balik ke bilik dan berehat.

Esok last day aku di Osaka. Aku merangka nak pegi mana. Kalau ikut plan memang last day ni aku save untuk jalan jalan di Osaka ni je. Tapi macam ada something yang terbuku di hati.

Fikir punya fikir, tapi menemui jalan buntu jugak.

Tak tau nak gi mana dah.

Sudahnya aku terlelap. Tapi aku kunci jam macam biasalah 6 pagi. Harap esok bangun datang idea apa apa yang menarik dan aku boleh pegi dengan masa yang ada ni.

Flight balik ke Malaysia malam esok, so aku ada satu hari siang untuk berjalan lagi buat hari terakhir ni.

Terlelap terus sampai pagi. Aku tak tau la aku berdengkur bunyi macam cipan ke badak sumbu ke.

Lantak !

Aku dah penat dah nak kever kever. Hiks.

Tapi aku benar benar sudah jatuh hati pada Japan. Rasa berat hati nak pulang esok walaupun sebenarnya aku rindukan Tanahair tercinta.....


Juugoya otsukisama hitoribochi
Sakura hubuki no hanakage ni
Hanayome sugata no oneesama
Kuruma ni yurarete yukimashita

Juugoya otsukisama mitetadeshoo
Sakura hubuki no hanakage ni
Hanayome sugata no neesama to
Owakare oshinde nakimashita

Juugoya otsukisama hitoribochi
Sakura hubuki no hanakage ni
Tooi osato no oneesama
Watashi wa hitori ni narimashita

bersambung............

2 comments :

  1. my instinct was right! hrc osaka! coz earlier u just snappy and konon dah retired on collections..kan dah start balik..how? hehe..

    ReplyDelete
  2. JJ : That's the thing.. org kata.. dont start or else you'll stuck !

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...