Wednesday, May 16, 2012

Cuti Cuti Musim Spring - Extended - Part 3

Aku terjaga malam tu pukul 2 lebih. Nak terkencing.

So bangkit pegi toilet. OR dah tidur.  Hero pun sama. Menyesal sekejap. Kesian dia orang mesti kelaparan.

Pastu aku ingat nak isap rokok, teringat pulak kat kopi yang OR buat aku tak minum lagi. Nyalakan rokok tengok.

Eh.

Air kopi dah abis !

Pukul 2 pagi aku buat kopi. 

Tengah melayan hisap rokok dalam gelap tetiba dengar suara OR.

"Yang. Awak bangun ke?"
"Haah. Sorry Yang. Saya tertido. Awak lapar tak?"
"Tak... tak per"
"Saya mengantuk sangat.  Hero lapar tak? Kesian dia"
"Dia makan nasik lemak tadi"

Kesian dia orang. Ya lah. Aku pun tak tau kenapa aku terlelap awal dan tak sedar diri.  Ngantuk benor.

"Awak minum kopi saya ke?"
"Haah. Awak nak kopi ke?"
"Tak pe. Saya dah buat dah"

Pastu layan borak dengan dia dalam gelap. Aku cerita kat dia, aku mimpi kena jawab soalan matematik pastu aku tak dapat jawab. Berpeluh peluh dalam mimpi.

Nasib la cuma mimpi. Ntah hapa hapa je mimpi macam tu.

Lepas tu baru layan tidur semula sampai ke pagi. Beberapa kali jugak la aku terkejut. Memang dah set jam aku nak bangkit awal sebab nak tengok sunrise di Cherating !

Terkejut lagi pukul 4 pagi. Masih awal.

Sambung tidur.

Terkejut lagi sekali. Pukul 7.30 pagi.

Lepas siap membersihkan diri sikit pastu aku pun keluar bersenjatakan kamera aku tu. Hero masih terbongkang tidur. Malas nak kacau dia. Aku just bagitau OR je aku nak keluar. Dia sambung tidur.

Tengok tengok cuaca lite lite je. Tak berapa memberansangkan.

Mana sang mentari pagi?


Tunggu lama sikit baru nampak remang remang cahaya mentari.

Hah. Dia dah nak muncul.

Tunggu.

Sementara tu aku ambik port dan layan rokok dulu sepam dua.




Suasana di persekitaran masih senyap sunyi. Cuma ada la beberapa orang di tepi pantai. Ada yang bermain di gigi air. Ada yang berjalan jalan keliling resort.

Ada jugak pekerja tengah bersihkan kolam.

Aku menunggu mentari muncul lagi.

Hah !

Akhirnya nampak.





Sedikit demi sedikit.

Tengah dok ambik gambar ada pulak sorang pakcik ni datang. Geng ambik gambar jugak. Dia cakap semalam hujan tak nampak sunrise, hari ni baru OK skit.

Gigih la dia ambik gambar siap sediakan prop segala. Alih kerusi, ambik tube letak kat tengah semata mata nak ambik gambar yang lawa.

Kalau aku, ambik apa yang ada je, tak de la sampai aku nak alih alihkan semua.

Dan dia turut mintak aku jadi model dia.

Hiks.

Pastu dia offer diri dia jadi model aku.

Macam tukang ambik gambar professional je. Aku ni, ambik suka suka je, dia siap bawak filter lagi, bagi nak nampak gambar lebih realistik. Siap bukak kelas ajar aku macam tu macam ni. Aku layankan je lah.

Tapi pagi pagi buta, mood nak beramah tamah dengan orang tak de sangat. Lepas tu aku tinggalkan dia dan buat hal sendiri.


Tengah aku mengelamun tengok sunrise tetiba ada dengar suara.

"Papa ! Papa !"

Pusing.

La.. sudah. Dah bangun dan budak ni.

"Papa. Kenapa Papa tak kejut  Hero"
"Kenapa?"
"Ya la..  Hero nak ikut Papa"
"Ala. Papa ambik gambar je"
"Papa... bila boleh mandi ni Papa?"
"Mandi lagi?"
"Ya lah"
"Tengok tu, kolam dia tengah bersihkan. Nampak tu, pool closed. Closed tu maksud dia tutup"
"Kalau buka?"
"Kalau buka dia tulis open"

Dia diam je. Tak puas hati.

"Ala Papa......."
"Tak percaya tengok tu, abang tu tengah bersihkan kolam. Pegi la tanya dia pukul berapa pool open"
"Papa la tanya"

Memang dia tak beraninya nak tanya. Aku suruh pulangkan pool towel pun dia tak berani. Terhendap hendap pastu datang semua suruh aku yang pulangkan.

Pemalu macam Papa dia tak?

* muntah.


"Lepas ni kita breakfast dulu, pastu baru boleh mandi. Jom balik. Ibu mana?"
"Ibu kat bilik"

Kami pun balik la ke bilik. Bersiap siap kejap pastu baru keluar untuk breakfast.



Tempat breakfast tu by the pool.  Hero tak senang duduk. Makan pun tak nak.

"Cepat la Papa. Bila dia nak open ni"
"Nanti la. Makan dulu"

Jenuh pujuk baru la nak makan. Pastu sibuk nak berak la pulak.

Makanan kat Legend ni ok lah. So so. Boleh lah. Choice of food pun OK lah.

Makan sampai kenyang.

Tak abis makan lagi,  Hero dah bising semula.

"Papa. Yang closed tadi dah tak de dah"

Papan tanda pool closed tu dah tak de. Dia dah excited.

"Pegi la balik bilik, tukar baju"

Berlari dia tukar baju.


Dan lepas tu dia jadi badak berendam semula.

Aku tukang teman je lah. Bising mulut dia kejap terjun sana kejap terjun sini. 

"Papa. Papa. Tengok ni  Hero buat macam ni"

Menyelam la konon. Tapi celup muka je pun.

Anyway dia memang seronok betul lah.

Aku tengok je dari jauh. Ramai jugak la orang dah start mandi pagi tu.

"Papa. Nanti kita nak tido hotel, kita tido hotel ni lagi ek"
"Kenapa?"
"Hero suka la hotel ni. Seronok"
"Hotel hari tu kan ada pool jugak"
"Tak nak. Hotel tu tak seronok"

Banyak la dia punya seronok.


Memang aku pun geram jugak tengok pool dia. Terasa nak terjun sama.

Tapi fikir, malas la pulak nak balik tukar baju dan seluar. So aku melilau kat area tu je usha apa yang patut.

Lama jugak lah si Hero ni mandi.

"Jom la. Papa mengantuk. Balik bilik lah"
"Ala. Papa. Kejap lah"
"5 minit"
"OK"

Pastu dia mandi lebih kurang siap bilas pastu terjun balik semula lak tu !

Hish budak ni.

Last sekali aku cakap aku tinggal dia kat kolam sorang sorang baru la dia sibuk nak balik bilik, kalau tak memang la dia nak berendam kat situ je.

Balik bilik semua orang tertidur!

Sempat la pengsan satu round lagi sampai terkejut pukul 11 pagi. Terus siap siap dan berkemas untuk check out.


Masa nak check out nak hantar kunci tu,  Hero ikut aku. Mula la dia kemaruk bila tengok ada game kat situ. 

Memang dari sampai semalam dia dah perasan tapi agaknya jumpa kolam dia dah lupa. Pastu ada game motosikal pulak kat situ.

"Papa. Boleh tak Hero nak main game"
"Kena pakai token"
"Token tu apa Papa?"
"Token lah. Kena beli token dulu baru boleh main"

Pastu nak check out kat reception tu dia sibuk lagi tanya.

"Papa tanya lah token tu ada ke tak"

Nak tak nak sebelum dia buat aksi berguling guling, aku tanya. Beli RM5 dan bagi dia main game puas puas.

Papa merayau di kedai cenderamata sekejap sebab Papa nak cari FM.

Ada !


Pastu kami habiskan masa masa terakhir di situ sebelum melangkah keluar meninggalkan Legend Resort Hotel.

"Papa. Kita nak terus balik ke?"
"Tak la. Nak pegi tempat lain pulak?"
"Tempat semalam ke?"
"Hahhaa"

Aku tergelak. Dia tengah chong aku nak ajak pegi Bukit Gambang sekali lagi la tu. 

Pastu aku bebel kat dia pasal pistol air yang beli semalam tu. Dah rosak. Dia diam je dengar. Tapi tu la, budak budak, mainan sekejap je dah rosak. Pening aku di buatnya. Pastu janji tak nak beli dah, tapi time dia start tunjuk perasaan terpaksa la beli jugak.



Berkali kali dalam kereta dia ingatkan aku kalau nak tidur hotel lain kali, nak datang hotel ni lagi.

Erk...

"Banyak lagi hotel lain kita boleh pegi. Kolam pun best best"
"Ala.................. Papa nih tak seronok la Papa...."

Dia bosan lah tu. Semua tak seronok.

Dan kami keluar dari Legend Resort tak terus pusing ke Kuantan sebaliknya kami ke kanan menuju ke arah Kuala Terengganu.

bersambung...........

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...