Wednesday, May 9, 2012

Wayang Dan Bibik Baru Saya

Apa apa pun aku nak cerita hari tu aku keluar dengan OR dan Hero pegi tengok wayang cerita, The Avengers.

Gambar dulu.

* mati la gambar ehsan google.


Tengahari tu aku bagitau OR.

"Yang jom gi tengok The Avengers"
"Sekarang ke?"
"Haah. Saya book tiket. Awak siap siap lah. Suruh Hero siap"

Hero sibuk dok main game.

Pastu siap kami pun keluar. Hero paling excited sebab dia dah lama ajak aku tengok wayang. Nak tengok IMAX tapi penuh, so kami tengok kat TGV biasa je.

On the way Hero dah terbongkang tidur kat belakang kereta. Mengantuk sangat ler tu.

Sampai keluar kereta.

"Papa. Selipar Hero putus"

Lerrrr.

Terpaksa la jalan encut encut pegi kedai cari selipar dia dulu. Nasib pegi mall. OR berkenan selipar lain. Aku berkenan selipar lain. Last sekali beli dua dua. Terus Hero pakai selipar baru.

Pastu sementara nak tunggu wayang, pegi makan kat Mc D dulu. Lepas makan pegi layan tengok kedai game. Pastu masuk kedai buku. Belikan dia buku pastu gi tawaf satu mall. Buang masa.

Sampai penat.

"Lama lagi ke Papa?"
"Setengah jam lagi"

Dan akhirnya masa pun tiba.

Seawal pertama cerita Avengers tu aku rasa agak membosankan. Hero lah paling bosan.

"Papa. Cerita ni abis pukul berapa?"
"Shhh. Kan Papa dah cakap, dalam wayang tak boleh bercakap"

Pastu dia diam. Pastu ada pulak budak budak dalam tu bising.

"Tu Papa. Orang bercakap"
"Biar dia"
"Papa. Hero nak kencing"

Separuh wayang kami keluar. Aku bawak dia gi toilet. Dia kencing pastu nak berak pulak. Aiyo. Apsal tak ikut aku tak boleh berak merata. Ni merata rata nak berak.

Pastu masuk balik sambung tengok Avengers baru la part aksi aksi bermula. Baru la rasa seronok sikit.  Overall, OK la cerita tu walaupun aku suka Battleship lagi.

Esoknya pagi ahad aku bangkit awal sebab aku dah called Cina yang supply maid nak kemas rumah. Rumah aku bersepah sangat banyak debu. Malas lagi pun. OR kata nak kemas tapi aku rasa banyak sangat, kesian pulak kat dia. Nak kemas bilik belakang semua sekali. Lama sangat banyak habuk so better ambik maid je lah.

Tunggu katanya pagi. Tengahari baru maid sampai.

Maid sampai, aku pesan suruh dia buat itu ini dan kakak tu gigih bekerja. Aku mula mula nak 2 orang sebab sorang kira 4 jam kerja. Tapi Cina tu lupa dia hantar sorang je. So dia bagi 6 jam. Bibik ni OK je.

So aku cakap dengan Bibik aku nak keluar. Memula nak gi makan Nasik Lemak Lopah. Tapi ramai lak orang. Last sekali makan kat Kayu. Kenyang. Then tak tau nak buat apa. Nak balik rumah malas pulak sebab kang kacau bibik tu buat keje. 

Biar je la dia kemas rumah aku. Tapi aku ngeri jugak tinggal dia sorang sorang kat rumah. Tapi aku dah SMS boss dia, boss dia kata OK.

So tak tau nak gi mana kami pegi tengok wayang.

Tengok cerita ni.


Aduh.

Nak menangis kecewa aku tengok cerita ni. Ntah hapa hapa. Tak tau nak cakap. So elak kan tengok cerita ni. Banyak betul mengarut. Sakit otak aku.

Tapi nak buang masa punya pasal. Layan kan je.

Abis wayang baru balik rumah. Sampai je Bibik tu tengah sibuk mengemas rumah. Aku sangat kagum. Bersih berseri rumah aku.

Sementara dia abis pukul 6, aku tertidur kat sofa. Tersedar bila OR kejut aku bagitau Bibik tu dah siap dan nak balik.

"Dah siap Bik?"
"Dah... boss cakap cuma 6 jam jadi RM85"

Aku ambik duit bagi kat dia. Aku bagi extra sebab aku rasa dia mesti dapat sikit je. Bibik sangat suka hati.

"Saya kalau hari minggu sabtu ahad cuti. Boleh panggil. Kalau hari biasa, saya kerja di kantin sama bos"
"Oh OK. Tak pe nanti kalau apa apa, saya call nanti saya carik bibik. Nama bibik siapa?"
"Nama saya..............................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
......................Madonna"

* terus aku rasa nak terjelepuk pengsan depan pintu.

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...