Wednesday, June 27, 2012

Dalam Taman Syahdu

Petang tadi balik dari opis aku terus nak pengsan. Tapi sebelum tu sebab batuk menggila aku telan dulu ubat batuk seround lagi.

Tau lepas tu apa jadi?

Aku pengsan !

Aku pengsan dari pukul 6 petang. Aku siap mimpi.

Aku mimpi aku berbaring sedang elok dalam bilik yang sangat cantik. Di luar suasana remang remang cahaya petang. Berbalam balam aku nampak Taj Mahal.

Pastu ada bunyi azan.

Aku yakin bunyi Azan datangnya dari arah Taj Mahal.

Aku terus je tidur. Sedap dan nyenyak. Gambaran dalam mimpi tu sebijik macam ni.









Grand tak mimpi aku?

Pastu aku terjaga.

Tengok tengok. Aku merengkok atas katil dengan seluar keje lagi.

Pengsan rupanya.

Bahana ubat batuk.Tapi syok gak la dapat mimpi 5-star macam tu. Siap dalam mimpi tu pekerja hotel semua jalan slow slow tak nak bagi aku terjaga. 5-star treatment nak suruh aku tidur nyenyak nyenyak.

Bangun je kepala weng. Rupa rupanya azan dari surau kat depan padang nuh !

Taj Mahal la konon.

Mimpi rupanya, baru nak feeling feeling berada dalam taman syahdu.



Oh... Oh...
Rintik hujan gerimis yang tiba
Mengiring retak kasih rindu ku
Amat dalam luka yang ku rasa
Oh... makin terpendam
Kian membakar ku

Perasaan ku terpinggir dan menyepi
Kehilangan mu amat menyakitkan
Di dalam jiwa ini
Masih tak mengerti
Aku rindu belaian kasih mu

Walaupun cinta kita
Ditakdirkan berpisah... oh
Di pintu syurga
Ku menanti mu... oh
Di pintu syurga
Ku menanti mu

Terpenjara kesepian meronta
Merintihi kegersangan
Tinggallah kekasih ku
Dalam taman syahdu
Ku melangkah penuh rasa pilu

Diselami erti cinta
Pastikan berjumpa... oh
Di sana cinta
Kekal selamanya...oh
Di sana cinta
Kekal selamanya

Terpenjara kesepian meronta
Merintihi kegersangan
Merintihi...
Kegersangan

2 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...