Wednesday, June 20, 2012

Incredible India - Transport

Berikut adalah transport yang di guna pakai di India.

Asal boleh je. Janji boleh bergerak kot.

Jom usha.


Beca. 

Aku sempat naik gak la untuk ronda ronda kawasan dekat dekat. Tapi kadang kadang harga kena runding betul betul kalau tak kena kencing. Tanya dulu siap siap sebelum decide nak naik.


Beca.

Beca ni aku naik. Macam kesian je pakcik ni kan bawak aku. Hahahaha. Tapi kalau tak guna dia, tak de la mata pencarian dia.

Masalahnya yang bawak beca ni semua tua tua.




Unta unta ni semua kat Jaipur banyak.

Di guna untuk angkut barang dan orang. Tak sure lak boleh bawak pelancong ke tak. Rasanya boleh je kot. Tapi macam kesian je kalau bintang binatang ni jadi tunggangan. 

Well. Kan ada sebab setiap sesuatu benda itu di ciptakan.


Tuk tuk !

Yang ni memang banyak di India. Nak naik pun sama. Kena nego harga dulu sebelum masuk dalam. Tuk Tuk ni tak de la besar kalau kat belakang tu 2 orang pun dah sempit dan depan biasanya drebar duduk sorang.

Tapi kalau terdesak, belasah je la menyempit. Janji sampai.

Dan dia orang ni boleh tahan gak la laju merempit.

Abang Tuk Tuk tengah tido

Ni pulak kereta yang bawak aku seluruh Delhi, Agra dan Jaipur.



Kecik je kereta dia, tapi selesa sebab aku sorang.

So aku boleh pose pose kat belakang tidur ke apa dan jadi Raja Kapoor !


Nampak gambar atas tu, ada limau dengan cili sangkut kat bawah. Kat Malaysia pun dah jadi trend macam tu. Aku tanya drebar apa maksud letak benda tu, dia cakap supaya tak de roh roh jahat atau yang cuba menganggu perjalanan.

Hmmmph.

Roh roh jahat tak tau la tapi lembu kerbau tu yang aku rasa lagi menganggu sebab bersepah sepah sibuk di jalanraya.


Keretapi.

Aku tak sempat naik keretapi tapi the best medium to commute di India ni adalah naik train. Cuma kena hati hati sikit naik train ni takut kena tipu dan hilang barang. Ada few cases ada yang kena macam tu dan kalau naik train naik la yang high class sikit, tak mahal pun rasanya. Apa yang penting, selesa !!

Aku ralat sebenarnya sebab tak sempat merasa naik keretapi di India.

Kereta kuda.



Dan akhir sekali, bas !




Kau mampu nak duduk atas bas macam tu sambil melambai lambai tangan kepada paparazi?

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...