Tuesday, November 6, 2012

Hutang

Kadang kadang telinga capang aku tak boleh stop nak menangkap perbualan di sekeliling.

Aku terdengar 2 orang budak sekolah berborak. Macam kecik lagi la dalam darjah 1 ker 2 macam tu sebab dia orang pakai baju sekolah agama.

"Wey.. Bila kau nak bayar hutang aku?"

Tanya yang sorang tu.

"Kan aku dah bayar hutang kau seringgit semalam?"
"Ya lah. Tapi kan kau cakap kau nak hutang lagi"
"Aku cakap je nak hutang tapi aku belum hutang"
"Tak kira lah. Kau dah kata nak hutang, kau kena la bayar !!!"

Hahahaha. Tak tau aku nak cakap. Nak tergelak pun ada. 

Macam macam budak budak ni.

gambar Google

Kebetulan khutbah Jumaat masjid aku pegi last week bercakap pasal hutang.

Daripada Abu Qatadah al-Harith bin Rib'ie RA, daripada Rasulullah SAW,

"Sesungguhnya baginda berkhutbah kepada mereka lalu menyebut kepada mereka, bahawasanya jihad pada jalan Allah dan beriman kepada Allah itu sebaik-baik amalan (pekerjaan)". 

Kemudian bangun seorang lelaki dan berkata,

"Wahai Rasulullah SAW bagaimanakah jika aku terbunuh di dalam jihad pada jalan Allah, apakah semua kesalahanku akan diampunkan?"

Baginda menjawab, "Ya, benar jikalau engkau dibunuh dalam masa peperangan jihad pada jalan Allah dengan engkau berkedaan sabar mengharapkan keredhaan Allah, sedangkan engkau menghadapi musuh tidak berpaling lari kebelakang".

Kemudian baginda bertanya, "Bagaimana katamu?"

Jawab lelaki tersebut "Bagaimanakah jika aku terbunuh dalam peperangan pada jalan Allah, apakah akan dihapuskan segala kesalahan-kesalahanku?" 

Baginda bersabda lagi. "Ya, benar jikalau engkau bersabar, tetap mengharapkan keredhaan Allah ketika menghadapi musuh, tidak berpaling lari kebelakang, melainkan jika engkau ada menanggung hutang dan sesungguhnya Jibril mengatakan hal itu kepadaku".

Berhutang menghalang penyucian diri dan keredhaan Allah.

So kalau travel kalau boleh jangan lah sampai berhutang hutang. Travel lah ikut kemampuan.

Tapi kadang kadang terpaksa jugak berhutang............. kan?

* jentik taik idung ke udara landing atas kepala sendiri

4 comments :

  1. ye, mati di jalan yg diredhOi Allah tapi masih berhutang di duniawi, adalah tidak boleh ye...sbb tu anak2 kena cuba selesaikan hutang mak bapak, dan seterusnya, sampai la langsai...wallahualam.

    ko jgn berhutang, sok jenuh la hero nak kena jadi pilot, turun setiap negara, tanya ko ada hutang ke tak HAHAHAHAHAHAHA!

    ReplyDelete
  2. hutang PTPTN.. sobs...

    ai is menyesal..

    ReplyDelete
  3. Biq : tu hutang lain kan?????

    * serkup mak esah dgn serban ropol2.

    DJ : itu sudah semestinya. tapi baik pakai debit kad saja..

    FJ : motip baru skrg kau nak menyesal. dulu duit tu kau jolly kodok kan?

    * cekak pinggang sambil gonyeh sireh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...