Tuesday, August 27, 2013

Trip Mabuhay 11 : Boracay - Nightlife

Nighlife di Boracay agak happening !!!

Bagi yang suka melepak di bar, atau berdisco dansa tanpa batasan, pastinya ada port port menarik untuk di kunjungi. 

Macam aku, sebab tak berapa gemar sangat ( read : insaf ) jadi aku pandang sepi je.

Sebaik saja malam menjelma ria, kawasan White Beach terutamanya sudah mula meriah dengan bar dan restaurant di buka. Ramai je orang orang melepak. Kebanyakkan bar bar ni terletak di bahagian pantai dan juga di street mall yang di namakan D'Mall.

Pendek kata, kalau jenis yang bersuka ria tak de la ketandusan sangat di sini. 

Ayuh kita lihat apa yang ada di malam hari di Boracay ni !

Resort aku stay

Pabila malam menjelma, kebanyakkan resort resort yang mempunyai restaurant tersendiri akan membuka tempat makan dan lepak lepak mereka. Time time macam ni  lah dia orang lepak minum dan ada jugak yang having dinner dan chill chill.

Kalau nak lagi meriah memang kena pegi dekat area Boat Station 2 sebab kat sana banyak kedai dan bar di buka. Restaurant dan tempat makan pun berlambak lambak.

Pilih je nak makan apa. Choices pun banyak dan macam macam jenis kedai makan yang ada.

Pemandangan malam di Main Street

Di Boracay ni, jalan utama adalah main street iaitu di tengah tengah pulau Boracay ini sendiri. Kat area ni tak de banyak bar tapi banyak rumah tumpangan dan pejabat pejabat di bina.

Kalau stay area ni memang bukan beach front lah tapi nak pegi ke pantai tu tak de la jauh mana pun.

Salah satu aktiviti di malam hari.

Kebanyakkan kedai kedai terutamanya di D Mall area di buka sampai ke malam. Selain dari kedai kedai jualan, ada jugak kedai kedai permainan so tak de la kebosanan kalau mencuba aktiviti aktiviti yang ada di sini.

Salah satu bar di Boracay

Kemeriahan waktu malam di Boracay

Restoran restoran yang menjual seafood dan macam macam lagi

D Mall. Kawasan market street yang meriah siang dan malam

Banyak jugak live live band di sini. Pinoy kalau menyanyi mesti la hebat hebat. Ada yang melepak dan tak kurang jugak orang lalu lalang curi curi dengar persembahan dia orang ni.

Cafe cafe dan kedai kedai kopi juga ada untuk melepak

Bar dan tempat rehat turut sama meriah di waktu malam

Beach bar

Live band

Ada juga pertunjukan bunga api !

Dan pertunjukan fire dance juga ada. Biasanya di depan hotel hotel yang mewah dan di buat khas untuk tetamu mereka tapi orang lain boleh je nak usha. Rasanya dia orang ni mintak jugak la duit duit lepas buat show, tapi mostly penonton akan bertempiaran lari lepas tu. Jangan tak tau yang menari nari ni biasanya pondan pondan Pinoy !

Ewah !!! Silap silap kang melecur badan 

Sand bar

Pilih la kalau rasa nak mabuk mabuk

Kawasan Boat Station 2 di waktu malam sememangnya meriah

Salah satu tempat melepak di Boracay

Live band ! Rasanya setiap 50 meter ada live band kat Boracay ni. Sampai bingit telinga jadi nya dan tak tau lagu apa dah dia orang ni menyanyi sebenarnya....

Ada berani? Gerai gerai jualan pun di buka hingga lewat malam

Nasib kau la babi ! Tossed in chili garlic, wrapped in pandan crepe. Mau???

Ini salah satu live band di resort Boracay. Macam biasalah, ada je yang menari nari.. tapi  !!!

Lebih menarik lagi, pekerja mereka juga turut buat persembahan. Dah mengundang orang ramai menonton 

Salah satu lagi aktiviti di malam hari biasanya oleh budak budak local. Dia orang akan bina sand castle untuk ambik gambar. Sapa nak ambik gambar nanti bayar lah kat dia orang ni. Tak mahal rasanya, tapi macam biasa, orang ambik gambar pastu lari. Purak purak tak tau apa apa. Termasuk lah aku !

Pendek kata, nighlife di Boracay tidak sepi malah cukup meriah terutamanya di kawasan Boat Station 2 tu. Jadi, area tu malam malam memang la bingit. Dengan orang ramai ke hulu ke hilir dengan bunyi muzik. Dengan kawasan tempat makan di segala genap memang tak jumpa kedamaian di sini.

Apa apa pun, Boracay tetap happening dengan caranya yang tersendiri !!!

Aku pusing pusing jalan kaki dari Boat Station 1 then pegi D Mall malam tu, then jalan kaki balik ke resort aku di Boat Station 3. Kedai kedai jualan pun masih di buka hingga lewat malam.

Sekadar jalan jalan tengok orang pun menarik juga.........

Lepak lepak depan resort layan borak dengan pekerja resort. Dia orang mati mati ingat aku ni Pinoy. Standard lah. Tapi OK la.. Dia orang pun baik baik belaka. Mostly borak pasal travelling lah, pastu macam semua nak menjadi aku boleh travel sana sini.

Motip. Ingat best ke jadi aku? Aku pun nak jadi Brad Pitt.

* cemolot Angelina Jolie

bersambung..............

7 comments :

  1. aku kadang benti2 gak dgr live band, ada yg ok, ada yg gitu2 jer la. jalan kaki antara station tu tak terasa sbb sepanjang jalan ada je benda nak tgk kan? tapi bila balik, ha baru ku rasa penangan lenguh kaki!

    p/s: aku suka tgk bapok, tak kisah la bapok negara mana pun, tatau nape hahahahahahahahahaha!

    ReplyDelete
  2. aishhh...tang babi tu boleh plak kepala dipanggang sekali, siap muncung ngan telinga lagik...

    tkang masak menari sbb tu masakan dorang sedap agaknya...ada perisa tambahan, peluh dorang hahaha memercik masok lam masakan dorang hehehe

    ReplyDelete
  3. HB !! Sila drag sekarang ! Pasti Biq suka tengok..

    hahahahaha..

    Bapok Pinoy x cun mana.. bapok siam la lawa lawa.. hahahahaha

    hari tu kau duduk kat boat station mana Biq?

    ReplyDelete
  4. hahahahahaha kemon HB, kemonnnnn!

    tu la meng, sumpah bapok pinoy tak cun mcm bapok siam...aku rasa bapok kat lake garden tepen tu lagi cun okay!

    aku duk kat boracay breeze hotel, station 1, satu malam...the rest aku duk isla kite surfing guesthouse kat bulabog beach. ha menapak gak la tiap2 ari ke white beach and d'mall tu pegi balik...

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum bro Meng..travel blog bro ni wajib saya study before plan nak kemana-mana..
    Nak tanya ni,bro takde plan nak ke Oslob,Cebu? tempat tu nampak interesting sebab ada Whale Shark Watching..
    Bro try la pegi sana, manatahu best,saya pulak boleh plan ke sana..heheh

    ReplyDelete
  6. MLM : waalaikumusallam...

    thanks. cebu tu sebenarnya aku pernah beli tiket. tapi tak jadi pegi. lupa sebab apa. now malas nak beli tiket.tengok la nanti...

    kau pegi la dulu. nanti aku follow..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...