Monday, March 24, 2014

19 - Berkelana Merentas Sempadan : Ulaanbaatar - Part 1

Sampai di Ulaanbaatar aku agak lega sebab ada mamat dari hostel dah siap sedia menanti.

Dia yang datang approach aku, pandai pulak dia teka. Dia tunjuk nama aku yang dia pegang..

Tet !!!!!!!

10 Markah untuk anda. Pilihan yang tepat.

"Sayalah Supermeng dari Malaya tu. Tengok ni, spentot saya di dalam?"

* mati la kena tikam 

Dia datang bersama sama dengan sorang lagi mamat. Dua orang tu menyambut ketibaan aku. Terharu abang rasa macam nak menitik air hidung !

Memang air hidung nak menitik sebab sejuk gila. 

Nasib aku dah bersiap sedia dengan cuaca macam ni. Tapi cuma berjaket, sweater dan 2 lapis t shirt. Memadai setakat ni.

Dari situ dia bawak aku dengan kereta dan menuju ke UB Guesthouse.

Jarak tak jauh tapi jem bapak la teruk. Nasib la mamat ni dah biasa so dia cilok ntah mana mana, akhirnya sampai juga.

Station keretapi Ulaanbaatar

Dua dua mamat ni bekerja di hostel tu. Dua dua boleh cakap English. Kira OK lah.

Dalam kereta dok borak borak. Sempat la sebelum sampai di hostel, dia terus tunjuk aku kat mana nak tukar duit, kat mana ada ATM machine, kat mana boleh beli souvenir dan macam macam lagi.

Pilihan aku untuk stay di UB Guesthouse ni agak tepat jugak lah sebab letaknya betul betul di tengah bandar Ulaanbaatar ni. Tapi sebab utama aku pilih hostel ni adalah kerana tempat ni je available dan kat sini je yang ada single room.

Aku memang perlukan privacy. Plus harga single room tak de la mahal mana. Lebih kurang USD16 jer. So masih mampu lagi.

Hostel UB Guesthouse ni terletak di sebuah bangunan rumah flat di tengah tengah bandar Ulaanbaatar.

First time aku tengok bandar Ulaanbaatar ni, aku rasa macam............................... kodi gila !

Tau tak kodi tu apa?? Macam tak serupa bandar. Bangunan bangunan kebanyakkannya buruk. Tak terjaga. Banyak bangunan lama tapi ada jugak la bangunan baru. Bandar dia agak asing di mata aku tidak seperti bandar bandar lain yang pernah aku jejaki sebelum ni.

Jalanraya penuh kenderaan. Dan kereta mostly buruk buruk belaka. Asap kereta berkepul kepul keluar dan bunyi honk adalah berdangdutan.

Well.. Welcome to Ulaanbaatar !!!

Masuk hostel tu jadi aku bertambah pitam. Dia macam flat biasa dekat tempat kita ni, ada few bilik dan ruang tamu yang kecik. Ada sofa dan ada TV tapi kat ruang tamu tu penuh dengan orang !

Macam rumah kongsi.

Tak penuh la. Ada dalam 5 orang tapi 5 orang dalam flat kecik, dah kira macam pack gila dah tu. Ada mat salleh dan ada jugak local. Aku suspect local local tu adalah pekerja kat situ.

Nasib baik la aku ambik single room. So aku dapat bilik sendiri. Ada katil double decker, tapi dia dah siap letak besi atas tu tak bagi aku guna. So satu katil bawah tu je hak aku.

Kedekut !

Tapi at least aku ada the whole room !

Bilik aku. Katil double deck dan ada 1 meja tulis

Good enough. Aku tak leh nak compain apa. Bersyukur daripada aku terpaksa melepak dengan orang lain kat luar tu.

Bilik air memang kena share lah. Tapi yang merengsakan, dalam hostel ni penuh dengan sign 'Don't'.

Don't buat itu. Don't buat ini. Don't itu..Don't ini.

Masuk toilet lagi. Don't basahkan lantai. Don't macam macam bentuk Don't ada. Kat Kitchen pun sama. Don't tak basuh pinggan.

Aku rasa macam budak sekolah duk asrama jer.

Penuh dengan sign merata rata tampal kat dinding. Nak tergelak pun ada.

Sebelah bilik aku tu ada satu lagi bilik dan di jadikan pejabat. Segala urusan kat situ lah. Sepatutnya owner dia bernama Bobby yang sibuk dok email aku tu ada, tapi time tu dia tak de, so aku tak jumpa dia lagi.

Hari dah hampir petang. Aku tak nak buang masa sangat. Lepas bersihkan diri, solat etc, aku keluar.

Plan memang nak jalan yang dekat dekat je sebab dari kata mamat yang ambik aku tadi tu semua tempat yang boleh dilawati dekat dekat je dengan hostel tu. Lagipun aku nak pegi tukar duit sebab aku tak de duit MNT (Mongolian Togrog aka Tughrik) lagi.

Tughrik bukan tonggek !

Based on panduan mamat yang ambik aku kat train station tadi, aku pun keluar la merayau. Tapi dia ada pesan, kalau keluar jangan bawak passport, jangan bawak wallet sebab kat UB ni memang banyak pickpocket. So aku just bawak duit Yuan je sikit untuk ditukarkan nanti.

Ni tempat tukar duit

Masa keluar jalan kaki tu memang terasa sejuk gila. Tapi OK lagi lah.

Tempat tukar duit ni just belakang bangunan hostel tu jer. Ada office dan aku masuk tukar 400 Yuan (RM200) ke MNT. Aku dapat dalam 112,506 Tugriks.

* pengsan.

Hahaha duit dia orang besar besar macam Rupiah. Yang sadisnya tak de coins so kalau note kecik pun duit kertas jugak. Terus la berkepuk kepuk duit dalam poket.

Dah ada duit sikit baru la berani nak bergerak. Kalau tak, naya aku.

Jalanraya di UB

Bank di persimpangan jalan di UB

Dari simpang tu aku jalan kaki terus ke National Museum of Mongolian History.

Cuaca sejuk gila.

Aku berlegar legar gak kat depan tu. Nak pastikan bukak lagi ke tidak. Time tu dalam pukul 4 petang. Waktu Beijing dengan UB adalah sama. 

No to death penalty. Tak pasti apa significant benda ni kat depan muzium tu

Aku nampak ada orang keluar masuk dalam muzium tu, tapi aku fikir malas nak masuk. Nampak macam tak menarik.

Ada banyaran di kenakan tapi tak de la mahal sangat plus kalau bawak kamera kena cas tambahan.

Dikhabarkan di sini ada tersimpan telur dinosaur yang di temui di Gobi Desert dulu tu. Dan ada tulang temulang dinasour jugak di sini.

Tau kan antara dinasour pertama di temui adalah di Mongolia? (Gobi Desert) dan filem Indiana Jones yang background gurun tu semua berdasarkan gambaran Gobi Desert di Mongolia ni jugak.

Sebab tak jadi masuk aku pun blah je lah. Nak duduk kat luar tu lama lama beku aku jadi statue.

Salah satu jalan utama di UB

Destinasi aku seterusnya adalah ke Sukhbaatar Square.

Letaknya tak jauh dari muzium tadi tu. Kalau ikutkan dari hostel tadi jalan kaki cuma 10 minit je. Tapi aku jalan memang berhati hati. Pantang ada orang dekat je aku dah ready nak jalan laju laju.

Ada jugak la orang orang yang mencurigakan pandang atas bawah. Buat aku cuak je. So aku pastikan aku berada di tempat yang ramai orang je sentiasa.

Cuak jugak la berjalan kat UB ni sebenarnya lebih lebih lagi bila dah diberi amaran oleh mamat hostel tadi.

Sukhbaatar Square.

Sukhbaatar Square ni macam Dataran Merdeka. Tempat di mana warga tempatan berkumpul dan melepak. serta acara acara penting diadakan di sini. Kalau hari biasa memang ramai lah orang lepak lepak kat sini. Tapi time aku pegi tu tak de la ramai mana. Maybe sebab cuaca sejuk kot.

Dinamakan Sukhbaatar bersempena dengan nama Ketua Mongolia atau 'Hero of Revolution' yang terlibat dalam Revolusi 1921 Mongolia iaitu Damdin Sukhbaatar.

Sebuah statue equestrian di mana beliau menunggang seekor kuda didirikan di sini.

Berhadapan dengan Sukhbaatar Square ini ada Government Palace iaitu pejabat kerajaan. Dahulunya tapak Government Palace ini merupakan makam Damdin Sukhbaatar tetapi telah di alih dan dirikan bangunan ni.

Di sini jugak dibina 3 monument Emperor Mongolia ketika dahulu iaitu Genghis Khan aka Chinggis Khan , Ogedei Khan dan Kublai Khan.

Jangan gatal gatal pi tanya statue Nasir Bilal Khan kat mana. Kang saja kena pelempang. Nasir Bilal Khan tak der !

Government Palace. Statue paling kiri di sebalik tiang itu adalah Ogedei Khan

Tentera berkuda

Di tengah tengah bangunan adalah Genghis Khan

Ni actually aku nak ambik gambar awek Mongolia..... cun tak? Ada macam Altantuya?

Kat statues ni memang ramai gak la orang. Ada tangga naik ke atas. Aku tak rasa boleh masuk ke dalam atau time tu memang dah tutup. So aku tak de la riki sampai ke dalam.

Tengok lebih kurang usha usha dan blah.

Agak luas jugak la Sukhbaatar Square. Di tengah tengahnya ada satu statue Sukhbaatar dengan kudanya.


Tengah tengah Sukhbaatar Square

Di kelilingnya ada banyak bangunan bangunan penting.

Government Palace dari tengah square

Ni equestrian Sukhbaatar di tengah tengah square. Ayat tu bermaksud 'If we, the whole people, unite in our common effort and common will, there will be nothing in the world that we cannot achieve, that we will not have learnt or failed to do'

Hijau ni rasanya bangunan bank sebelah dia tu Mongolian Stock Exchange ( asalnya dulu panggung wayang )

Ini la bangunan tertinggi di Mongolia, merupakan hotel dan pejabat pejabat kedutaan

Ni bangunan baru. Bawah dia ada butiik LV dengan EZ, kat belakang ada AX

Opera House

Kedai LV tadi. Memang tak ramai orang tapi aku pun segan nak masuk. 

Ada statue Marco Polo depan bangunan ni. 

Apa kena mengena Marco Polo dengan Mongolia??? Sebenarnya, Marco Polo ni adalah pengembara Eropah ke Asia dan menjadi pengikut kuat Kublai Khan.

Marco Polo adalah sejarahwan yang menjelajah dunia dan bermusafir dalam perjalanan mencari dunia baru. Catatan terpenting beliau ialah 'The Travels of Marco Polo' yang menceritakan pengalaman beliau menjelajah ke Asia.

Tetiba cerita pasal Marco Polo pulak.

Ini bas di Ulaanbaatar.

Pusing pusing kat Sukhbaatar Square tu then aku dah tak tau nak ke mana.

Hari makin petang. Cuaca makin sejuk. Budak hostel tu cakap tadi kalau keluar jangan balik malam malam sangat sebab UB ni bahaya lebih lebih lagi time malam.

Aku ingat macam nak jalan kaki jauh jauh sikit tapi fikir... aku nak kena cari FM dan T Shirt kiriman kawan kawan dulu. Tu paling penting.

Dan yang paling penting untuk aku adalah dah berjaya sampai ke Mongolia ni. Mencari hati emas yang mungkin selamanya takkan aku temui !

Dok gitu Marco Polo?????



Berjalan di tanah gersang
Mentari mencengkam dada
Debu-debu di jalanan
Menjadi teman setia

Tiada lain tujuanku
Hati emas yang ku cari
Kisahnya di hujung dunia
Mengapa tak ku temui

Oh! Terdengar suara halus
Bagai dengar dan menghilang
Katanya pulanglah oh anakku
Ia tiada di sini

Kembara
Puas sudah ku mengembara
Ke mana perginya oh cahaya
Mencari hati emas bukannya mudah
Di masa kini adakah kau peduli

Mungkinkah dikau miliki
Hati emas murni suci
Inginku menjadi sahabatmu
Hingga akhir hayat nanti

Kembara
Puas sudah ku mengembara
Ke mana perginya oh cahaya
Mencari hati emas bukannya mudah
Mungkin selamanya takkan aku temui

bersambung............................

14 comments :

  1. wahhh...mmg cantik2 belaka awek mongolia ni...

    ko cari hostel tu thru agoda ke meng?

    err..air magnolia ada jual x kat sana? ahakssss

    ReplyDelete
  2. HB : cun jugak la. putih2 kemerahan .. hahaha.

    aku jumpa hostel ni kat hostelworld ke booking.com. antara tu la. bukan agoda.

    aiskrim magnolia??

    tak jumpa !!

    ReplyDelete
  3. Gamba makanan mana Meng? Aku lapar time sejuk-sejuk ni... hihihi...

    ReplyDelete
  4. kemetot nye bangunan tertinggi di mongolia tu. tergelak sat..kihkih.

    ReplyDelete
  5. kira hebak la tu ada LV kat mongolia....tak de la kodi sgt....hehehe

    ReplyDelete
  6. Meng, cepat sket sambung.. Da nak klimaks da ni

    ReplyDelete
  7. teringat satu cerita tajuknya mongolian death worm.
    cerita pasal cacing gergasi.
    sib baik kau tak jumpa kat sana meng #takdekenamengena

    ReplyDelete
  8. Wahh..mmg cun melecun..meletup2 dalam molot

    ReplyDelete
  9. Ali : aku x jumpa nasik di UB.. lapar dowh...

    kenyang jamu mata jerr...

    NanaT : baru nak membangun.. now dah banyak bangunan baru2 muncul.

    nanti kang ada la yang tinggi2...

    DJ : tu la kot kan.. ada LV.. hahaha

    ReplyDelete
  10. ZuraA : insya allah.. dah nak abih dah..

    Duan : awal nya kau klimaks??

    minyak ikan belanak??maun?

    Mya : mcm pernah tgk. ke aku pernah tengok..

    JM : apa yg meletup tu???

    ReplyDelete
  11. DON'T tak tahu Nasir Bilal Khan cuma wujud di Kampung Tanah Kubur. Eh, kodi2 pun tempat tu tapi boleh tahan maju kat area Sukhbaatar Square tu. Mau terbelit ok sebut nama tempat kat entry ni. Sib baik Marco Polo aku kenal. And LV juga. Motif?

    ReplyDelete
  12. BK : Dont tak percaya. LV sememangnya ada.

    tapi tak tau la stock taun bila yang sampai kat UB ni .. hahahaha.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...