Tuesday, July 8, 2014

Jom Makan : William's Corner, Kelana Jaya

Makan makan di William's, Kelana Jaya. Ni pun cerita sebelum puasa lagi.

Mesti pernah dengar nama tempat ni kan? Sangat famous untuk kaki kaki lepak untuk makan makan dan lepak di sini berjam jam.

Eh. tak ek?

Aku je lah. Tapi tu zaman muda belia dulu. Sekarang tak berdaya saing dah nak sengkang mata lama lama.

Tapi aku dah lama tak jejak kaki ke sini. Seingat aku, last sekali masa kedai buruk tu lagi. Tapi sekarang dah bertukar. Masih di area yang sama belakang Lim Kok Wing lama tu, tapi kedai nya lebih proper.

Berpeluang melepak dengan IH dan BW,. kami gi lepak makan makan di sini.

Tengok habuan perut untuk di lantaki.

Kedai baru. Lama sungguh aku tak datang sini.

Ada orang menyanyi. Tapi sorry Bang. Suara tak sedap ! Abang kena pegi kelas vokal Cikgu Hajar

Kedai lebih selesa. 

Lepak lepak borak borak sambil menunggu hidangan.

Haa... ni ha baru nak keluar gambar makanan.

Di persilakan masuk...............

Premium Mama apa benda ntah nama dia. Ada grilled lamb, beef, ayam, kentang dan sayur. 

Portion memang besar gila. Kami share je bertiga. Harga RM80

Signature dish William's untuk aku. Soft crab fried rice. Yummeh.

Aku hanya memandang sepi bab daging dan kambing tu.

Dan makanan dia agak juicy dan sedap !!!

Aku cuma habiskan nasi goreng ketam ni jer. Kenyang ! RM25.

Segala mala sos yang ada

Avocado Vanilla. RM8. Sedap jugak.

Nenas rambutan. RM8. OK laaa

Kenyang !

Yang grilled tu semua tak abis. Bungkus BW bawak balik.

The best part about William's ni adalah menu kita boleh create sendiri. Baik makanan atau minuman. Sesuka anak tekak jer. Makanan portion agak besar dan boleh di kongsi kongsi. Cuma harga agak pricey.

Tapi boleh la sekali sekala nak melepak dan buruk lantak makan macam macam di sini. 

Boleh pegi, tapi tak boleh selalu selalu. Sambil makan sambil layan orang busking. Tak sedap sangat mamat yang menyanyi tu tapi demi menjaga hati buat buat la terhibur.

Selain daripada makan makan, lepak lepak dengan kawan kawan tu adalah menggembirakan !!

Port yang menarik untuk bersahur di kala bulan mengambang Ramadhan ni !!!!

13 comments :

  1. William yang kat Danau Kota tu dah buat portion kecik2. So takde la rasa tercekik sangat nak membayau

    ReplyDelete
  2. Aku dah pegi sekali dulu. Air Avocado tu sedap gila memang aku teringat sampai la ni. Nasik goreng ketam pun sedap, tu sebab ko berjaya habiskan yek? Betui Meng, lepak dua tahun sekali boleh le time dah berkeluarga camni.

    ReplyDelete
  3. pakcik William ni kawin dgn orang melayu. lawa. #eh

    dah berapa kali nak pegi, tak tepegi2 sebab dia bukak malam je. malas nak merayap malam hehe

    ReplyDelete
  4. wahhh ni tempat lepak zaman muda nih...tapi lama dah ler kedai dia jadi cantik ni...kalo dulu, busuk bau longkang!hahaha tapi tetap menjadi pojaan....tapi dah lama plak takpi...sbb jauhhh....

    feveret aku chicken kiev & buttered prawn mkn ngan mantou...nan cheese...triple H....pergh sedap giler...nasi gore kete tu pung meletop!haish ni yg nak kena sahur kat sini nih...hahaha awat ko pndg sepi kambeng tuu?sedap tuu...

    ReplyDelete
  5. kita jiran william jer...dulu sukalah lepak2 sini tapi sekarang dah tak pergi, sejak peristiwa 2 tahun lepas..

    ReplyDelete
  6. lamb yang juicy-muicy tu buat tak menahan air liur hahaha

    ReplyDelete
  7. Habang! Kenapa tayang makanan sedap d bulan pose nih terliur eden nih perut kriuk kriuk nih nasib baik Jm x pose hari ni opssss habislah pecoh rosio

    Biar mahal janji sedap jgn mahal x sedap terus banned

    ReplyDelete
  8. dulu dia kat tepi longkang, tak lalu nak mkn dgn bau longkang tuh. now dah berkedai.

    tapi kalau sape taktau harga dia, mau terkejut dan rasa wakenabeb kalau tak bwk byk uang !

    aku kat sini makan spaghetti meatball, gile beb...selain meatballs yang besar gedabak tu, dia taruk plak lagi kepingan daging macam steak but mini steak la.

    Aglio olio pun sedap :D

    Jejes ayorlior iolss cite psl food ni..

    ReplyDelete
  9. Bang..
    W'pun iftar dah tak lama mana.. tp tetap jugak Sham tumpang telan air liur menengok segala pics tu.

    P/s;
    Sham pun terpaksa pandang sepi hat yg kambing tu. Dah tak tahan.. terus tangkap kepala la bang..

    ReplyDelete
  10. Mya : ya kah? aku rasa kat sini pun ada size lain lain kot.. tak tanya hari tu sebab memang nak makan share2.

    tapi nasik goreng tu 1 size je rasanya..


    ALi : aku minat avocado kat indon je.. campur cokelat tu.. yummeh.. nanti aku try pi lagi la try di sini lak.


    Dzu : lawa ka??

    x pernah nampak pung.. mesti dia sorok kat umah je tu

    ReplyDelete
  11. DJ : banyak nya menu kau tau.

    menarik. nanti aku nak gi try test. masalahnya xde la selalu no nak pegi..


    NM : apa peristiwa ko tu? kasi tau skit..
    ke kau berkejar kejaran dgn siti-kus?


    Rz : bagi peminat lamb. pastinya suka la kot...


    JM : JM tak posa ke? hmm patut la mulut berminyakk.....


    ReplyDelete
  12. NanaT : dulu kedai lama aku rengsa sebab tak de toilet.

    terpaksa gi pancut tepi longkang.. tengok kiri kanan takut kena keji.

    now dah ada toilet walaupun jalan nak gi toilet tu mcm main maze.. penuh dgn barang2 dalam gudang dia..

    spaghetti dia memang best jugak..


    SAR : tu la. kalau kita x makan kambing.. pandang sepi je la..tapi kentang dia tu sedap.. lembut je.


    MKL : selamat berpuasa MKL

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...