Wednesday, October 15, 2014

Kore Ga Nippon Desu : 13 - Fujikawaguchiko : Lake Kawaguchiko - Part 1

Masih lagi di Lake Kawaguchiko.

Dont underestimate size tasik ni sebab kalau nampak macam tak luas mana, tapi kalau jalan kaki, boleh cedera parah jugak la kasut nak abis cover semua ni.

Sebab tu la bagus kalau ada pass Fujikyu Route Bus tu.

Masalahnya, bas tu pulak, tak de la selalu ada. Sejam sekali kot. Dan mostly penuh. Dan lagi haru, kalau naik bas turun kat point tertentu, pastu nak tunggu next bus memakan masa yang lama jugak jadi nya. Jadi nak pilih point nak berhenti tu, cari la poen poen point point yang boleh lepak lama lama sehingga next bus sampai.

Seawal awal di Lake Kawaguchiko, aku memilih untuk jalan kaki je. Cuaca pun best. Tak panas sangat. Pusing pusing tanpa arah tujuan dari arah jambatan sampai ke arah cable car station dan tempat di mana banyak hotel hotel lake view didirikan.

Berjalan tanpa tujuan.

Lake Kawaguchiko

Tasik yang banyak orang memancing

Dan banyak jugak aktiviti rekreasi. Kat belah kanan ni ada station cable car naik ke atas bukit, tapi aku tak ambik endah

Dan kalau nak nampak Mt Fuji ni memang kena pegi ke belah sana sebab tempat aku jalan mula mula tadi membelakangi gunung Fuji ni

Dari belah sana aku berjalan. Ha.. Jumpa spot lawa kat hotel yang banyak banyak dan aku rasa memang mahal gila sebab facing lake dan mountain. View agak stunning. Nampak the majestic Mt Fuji tu.

Dan nasib aku agak baik. Walaupun cuaca masih sejuk dan Cherry Blossom belum ada, tapi ada satu pokok tu memang buat ubat lah. Dia je yang tetiba riak berbunga.

Dan jadi port semua orang nak ambik gambar kat sini

Hotel hotel yang ada di sini dengan view Mt Fuji

Di tepi tasik Kawaguchiko

Damai

Dekat area area belah sini start dari tempat cable car sampai ke area banyak hotel hotel ni, ada jugak la kedai kedai di tepi tepi jalan.

Misi aku adalah nak mencari makanan sebab aku lapar !

Satu persatu kedai aku masuk tapi tak jumpa menu yang boleh buat aku teruja nak makan. Nampak pork merata.

Sudahnya, tahan lapar. Jamu mata je kasi kenyang.

Ayuh. Jalan lagi..............

Langit dah mula didatangi awan

Jalan menyusuri tepi tasik

"Meng.. jangan nak ambik gambar Fuji saja... ambik la gambar aku ni" - unknown

Area lakeview mengadap tasik dan Mt Fuji

Akak berbogel tengok Mt Fuji? Akak dah kenapa? Beri sebab kenapa Akak perlu melucah di sini?

View memang stunning kat area ni

Tapi menjelang tengahari, Mt Fuji dah blend dengan awan so tak berapa clear jadi nya

Ada pulak orang mengail ikan

Pinjam jap abam buat prop dalam gambar... aci?

Ada lagi

Dan lagi............. Aku siap lepak kat batu tu hisap rokok sambil layan mood

Mt Fuji - View dari atas batu tu

Puncak kasih

Rehat jap. Banyak sangat gambo.

Kasi dengar lagu puncak kasih skit. Ambik mood dan feel.....



Dalam air tenang
Arus menyusur damai
Sekali embun yang menitis memecah..
Di mana percikkannya di mata
Laluku sentuh basahnya kejernihan...

Dalam hati sunyi
Bagai hening pagi
Tiada beza lagi kedukaan ini
Andai nilai setia tiada
Bagaimana pula nantinya
Di dalam istana serikah warnanya..

Retak kasih ini
Berlimpahan rona luka
Telahpun kita simpan
Tak sedikit sejarah percintaan

Puncak kasih kita
Rendangnya oh! seketika
Bagai cerita satu mimpi epissod cinta..
Terpaksa aku redha
Walaupun dalam nyata
Kau merisik tanya
Tidakku percaya...

Dalam air tenang
Hati melawan sunyi
Tiada beza lagi kedukaan ini
Andai nilai setia tiada
Bagaimana pulaa nantinya
Di dalam istana serikah warnanya..
Hebatkah cinta....

Dalam air tenang
Arus tak menyusur damai
Sekali embun yang menitis memecah..
Andainya tiada cahaya
Tidakku mampu untuk menghadapinya...

Banyak masa aku abiskan sebab jalan kaki dari sebelah sana ke sebelah sini. 

Masa dah tak banyak sebab hajat hati aku nak cover tasik tasik lain lagi dengan pass yang ada. Aku cuma ada hari ni dan pagi esok je. Aku plan by tengahari esok aku akan ke destinasi seterusnya yang aku plan iaitu Yokohama.

Tengah mengelamun tu, tetiba nampak bas lalu !

Ha........ Apa lagi. Berlari kejar bas.

Aku tahan, tunjuk pass dan naik bas tu. Bas Retro Fujikyu akan lalu ikut route dia keliling Lake Kawaguchiko ni. Macam aku cakap tasik ni besarnya boleh tahan. Kalau nak jalan kaki, mau makan sehari. Tu belum kira nak spend masa kat tasik tasik lain yang ada di sekeliling area Mt Fuji ni !

So naik bas adalah jalan terbaik. Tapi kena tau nak turun kat mana. Ada point point by number untuk ke hentian seterusnya. Biasanya hentian hentian ni di pinggir Lake Kawaguchiko ni jugak.

Aku pun tak tau mana nak tuju. Main tengok view je. Agak agak OK. Aku turun dan cover area tu pulak.

Dan ni dari sudut lain di Lake Kawaguchiko yang masih berlatar belakangkan Mt Fuji !

Mt Fuji dari belah lain tapi masih di Lake Kawaguchiko

Tepi tasik

Rumput rampai

Ada French Park kat area ni. Aku tak masuk pun sebab kena bayar tapi setting dia ala ala macam di France. Ada la ride ride kecik kot kat dalam tu dengan restoran

Sampan tersadai...

Area ni lawa.. Lebih tenang dan banyak cherry tree. Tapi semuanya masih belum blossom lagi. Cuaca pun masih sejuk

Titian

Pinggir tasik

Ada yang berkelah dan berdatingan

Orang pun agak ramai sebenarnya area ni

Dan kebetulan ada macam pasar kat situ. Ada orang jual macam macam mostly makanan lah.

Aku usha jugak sebab bau dia kadang kadang boleh tahan mencengkam perasaan. Lagi lagi kalau perut yang lapar dan meronta ronta minta di isi.

Usha apa yang menarik yang di jual di sini.

Sotong bakar

Jagung rebus

Keledek goreng

OK.

Makanan tak berapa menambat hati dan perasaan. 

Sudahnya aku pegi tunggu bas Retro Fujikyu lagi. Kali ni nak pegi ke point di hujung sekali !

Tunggu bas di sini

Masa tunggu bas ni aku perasan ada bunch of muda mudi bermuka agak familiar. 

Memula ingat budak budak Malaysia, tapi rupanya dari Indo. Tak tegur pun, dia orang pun agaknya suspicious tengok aku. Nasib dia orang tak tegur.

"Eh.. Encik berasal dari Italy kan?"

Semestinya aku menjawab dengan penuh riang !

"You know spaghetti? You know Pizza? Itu semua I punya makanan ruji.....sebab tu I tak beli makanan kat tempat tu tadi......"

Ahaks. Tapi perut lapar ni !!!! Argh..............

* tokak pokok

bersambung....................

13 comments :

  1. heheh nak buat permintaan - lepas ini letak lagu gunung fujiyama ye...

    ReplyDelete
  2. Meng, gambar no 1 dan no 2 tu cun sangat. Errr... dan gambar akak bogel pun cun jugak hehehe. Lama dia berbogel sampai nak berlumut. Makanan agak menggiurkan. Aku suka sotong bakar tu.

    ReplyDelete
  3. jagung bakar tu OK..tapi disebelahnya nampak ada daging bakar jg...

    ReplyDelete
  4. pernah juga sampai ke kawaguchi-ko december 2010. stay kt hotel betul2 depan
    kawaguchi-ko station. tapi too bad , weather tak berapa bagus. naik ke 5th level station fuji-san. sejukk gilerr..

    ReplyDelete
  5. Meng. Tengah havok di satu travel grup di FB ada orang kata ---
    Traveller solo ni huduh.

    Benar ke Meng? Tu pasal ang tak penah tunjuk muka kat sini ? hehee
    Ok gurau je ok !! Nanti JM marah aku pulok!

    ReplyDelete
  6. NM : lagu apa tu? aku biasa lagu lagu ni cari keyword pastu search kat youtube jer.. hahahah

    saja buat panjang entry.


    Ali : gambar bogel tu memang buat aku terpaku

    sebab aku tak tau motip dia ada kat situ. hahahaha

    makanan tu tak memberahikan sgt la.. nampak dlm gambar je oke..


    JJ : kalau jagung tu kat malaysia sure dah beli. tapi kat sana.. fikir dua tiga kali

    ReplyDelete
  7. Lily : thank you !!


    Nohas : ya betul. dia bubuh atas tu campur aduk. ntah apa benda pun tak tau. tu yang malas nak beli tu...


    Kimi : masa hari tu rasanya 5th station dah bukak tapi tak cukup masa nak pegi dan rasanya tak berapa berupaya nak sampai ke sana.. hehehe...


    NanaT : haaa aku setuju..

    hudung tang perangai - sebab tak nak berkompromi dgn orang lain sebab tu suka travel solo.

    huduh tang nak duit - sebab tak leh nak cap dgn cara belanja org lain so pegi dgn kemampuan sendiri..

    huduh tang wajah tu - maybe ya jugak sebab tak de orang nak tolong ambikkan gambar..

    haks..

    ala yang travel ramai ramai pun bukan semuanya kacak tampan kot kan?

    aku x buh gambar sebab nanti orang kenal aku dan orang kata aku ni riak dan takbur..banyak duit suka berjalan etc.... so pada jatuh riak.. aku remain anonymous jer..

    aci kan mcm tu?

    ReplyDelete
  8. Lawa gila kot tempat ni kalau autumn. Menawan kalbu betul. Wisteria pula lepas ni Meng!! Wisteria. Pastu histeria sebab lawa sangat.

    ReplyDelete
  9. BK : tak abis abis dengan wisteria ko ni..

    aku lak histeria.

    aku x pegi la wisteria sebab time tu rasanya bunga belum mekar. kau hari tu kenapa tak gi usha?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...