Tuesday, October 21, 2014

Kore Ga Nippon Desu : 19 - Yokohama : Minato Mirai - Part 3

Munchol. 

Masih berada di Queen's Square. High class mall kat area Minato Mirai ni. Memang banyak mall di kawasan ni sebenarnya tapi yang ni paling best kot. Lantai yang luas dan besar.

Tapi misi aku bukan la nak pegi shopping pun, sebaliknya nak pegi ke Hard Rock Cafe Yokohama.

Memang aku save nak terjah tempat ni bila menjelang malam sikit. Orang kata save the best for last !

* hempuk Vanessa Williams dengan gitar kapok tunjuk rakus

Dah nampak gitar ni

Dulu masa aku datang ke Jepun tahun 2012, memang ada hati nak terjah sampai ke sini. Tapi masa tu aku tak berani sebab aku ambik Shinkansen dari Tokyo balik ke Osaka, memang lalu kat ShinYokohama tapi aku tak tau Hard Rock dia kat area mana. Tak sempat nak study.

Sebab malas nak gamble plus masa yang agak agak tak berapa nak ada plus aku cuak kalau tak sempat nak ambik shinkansen balik ke Osaka malam tu, so aku terpaksa kuburkan agenda aku nak melengkapkan ke semua Hard Rock Cafe di Jepun ni.

Tapi kali ni, untuk trip kali ni.. lawatan ke sini adalah agenda yang agak penting.

Sebaik saja masuk dalam Queen's Mall tu aku tercari cari kat mana HRC ni. Luas betul mall tu, tapi tu tak penting. Yang penting, aku tak jumpa pun kat mana HRC tu !!! Dah baca sign tapi macam ke mana hala je dia bawak.

Sebab biasanya kalau HRC ni lokasi dia mesti dekat port yang cun cun. Mengadap kawasan terbuka ke, atau facing area yang lawa lawa.

Tapi tidak di HRC Yokohama ni. 

Setelah puas mencari baru lah aku jumpa dan HRC dia terletak di basement !!

* pengsan sebelah Vanessa Williams.

Jumpa Rock Shop

Masuk dan usha usha.

Tak de plan nak beli apa apa. Just tengok tengok je. Tapi sebab minah pekerja dia tu agak baik melayan aku, akhirnya aku terbuka hati nak beli baju sehelai dua.

Nasib dia tak goda lebih lebih. Kalau tak aku ajak balik hotel. Opsss.

Moh usha barang barangan yang ada dalam Rock Shop Yokohama ni.

"Awak dah berapa lama terpacak di sini?"

Cashier counter. Kecik je Rock Shop dia

T Shirt

Accesories

Habuan untuk pengumpul tegar pin pin dan magnet. Aku memang tak kumpul sebab benda benda ni bagi aku terlalu mahal

Ladies T Shirt

Baju bajan

Sempat lah aku sambar baju untuk aku, Princess dan Hero.

Masa kat cashier tu aku perasan ada sorang mamat ni aku rasa Malaysia. Dia senyum kat aku gak la dan aku pun walaupun memang sombong tapi senyum jugak lah lite lite. Kang kecik hati ayam.

Dah abis shopping mopping, pegi ke entrance sebelah untuk acara mengisi perut yang kelaparan !


Masuk masuk je then cakap kat waitress tu.

"Saya datang dari jauh. Saya nak makan free. Boleh tak?"

Agak agak sebelum nak kena lempang baik cepat cepat blah.

Tapi kalau betul nak makan nanti dia bawak ke meja.

Usha gambar dalam HRC Yokohama.

Dalam resto. Kalau jatuh atas kepala ni mahu nya nazak terus

Setting dalam HRC. View memang hampeh. Tak de smoking  table.. tapi ada smoking area kat luar

Oh yeah... penyegar tekak dah sampai. Minum air dapat gelas !!

Makanan yang aku tak suka tapi tetap aku makan kalau di luar negara.. Hahahaa

Makan dan mengisi perut yang kelaparan. Satu hari tak makan tu. Jadi sudah tentu aku belasah makan sampai kenyang.

Lepak lepak kejap. Sebenarnya suka lepak lama lama dalam ni sebab ada wifi free dan tak sejuk sangat. Kat luar time ni kat Yokohama punya la sejuk lagi lagi bila dah menjelang malam. So panaskan badan sekejap.

Agak agak dah kenyang, aku pun blah. Sebab dah malam.

Misi nya nak jalan kaki balik ke train station dan balik ke hotel. Dah capek banget ni.

On the way jalan balik ke station tu sempat snappy snappy lagi waktu malam di area Minato Mirai ni.

Layan skit.

Minato Mirai

Nippon Maru

Minato Mirai

Ferries Wheel

Yokohama

OK last !

Lagi pasal Yokohama, Japan dan HRC Yokohama.

Cuaca tersangat la sejuk dengan angin bertiup macam anak beranak puting beliung. Nak ambik gambar pun parkinson jadinya...

Cepat cepat jalan sambil peluk tubuh balik ke subway station. Sampai tu terus naik train dan balik ke Shin Yokohama.

Tak lama dah sampai hotel. Yey !

Kat lobby hotel. Ada pengantin tanpa kepala.  

Tunggu jap dia orang ambik luggage aku

Lif ke atas

Dalam bilik. Aku lupa nak snappy gambar katil. Tapi bilik dia tak luas mana.. Cukup cukup lah untuk sorang

Yang kelakarnya, tv dia ada porn Jepun. Tergelak gelak aku di buatnya. Oh. Aku tak bubuh gambar sebab bakal mengugat ketenteraman jiwa.

Tapi percayalah. Aku tak layan pun sebab porn Jepun kan bosan !  

Yang best nya.. shower dia. Mandian yang wangi dan banyak dan rasa macam nak paw jerrrr

Baju Princess

Habuan beli di HRC. Dah snappy nak whatapps kat OR

Sampai bilik, lepak kejap, mandi dan buat apa yang patut.

Rest sambil online wifi.

Sebenarnya, untuk esok nya aku tak de tempat yang aku betul betul nak tuju. Ada la dua tiga tempat dalam kepala otak nak pegi, tapi macam fikir fikir balik.. nak pegi ke tak nak.

Nak pegi shrine shrine dan temples ni aku rasa macam dah muak sebab dulu banyak sangat tempat tempat macam ni yang aku dah pegi. Nak pegi shopping, aku tak minat. Muzium pun macam bosan..

So aku tengah study.. mana aku nak pegi esoknya...............

Otak ligat menaakul. 2 hari di Tokyo... aku nak kena plan baik baik ke mana destinasi aku nak pegi !

Last last terlena dengan hp kat dada..



Di bibirmu ada ukiran membayang bahgiamu sungguh ayu
Di matamu ada kerlingan tergambar debaranmu
Usah dikau sangsi genggamlah erat tanganku
Ku ingin ke sana denganmu

Mulakanlah kamu sayang usah berhenti
Jiwa dan ragaku ini tetap disisimu
Sumpah setia ku hanyalah untuk mu
Hingga ke akhirnya dikaulah nyawaku

Kau nafasku telah tersemat mendalam (oh cintamu) kau yang satu
Kau hidupku (kau hidupku) segala impian terilham olehmu
Bawalah diriku genggamlah erat tanganku
Ku ingin ke sana denganmu

Bersama oh kasihku memohon doa restu mereka yang terus setia mencinta
Semoga mahligai yang indah berlimpahan jujur dan tulus bahagia
Kekal selamanya

Pagi di lobby hotel

bersambung...............

4 comments :

  1. Geram aku tengok FMnya... Cantik ah kedai dia Meng.

    ReplyDelete
  2. Grrr... Sapa mamat malaysia tu? Berani dia ingat ko org malaysia... Xtau ke supermeng ni org hitaly!!!

    ReplyDelete
  3. JJ : menaakul without mantik..


    Ali : cantik la dan barang pun mahai... kau kumpul FM hard rock ka?

    tak hagak hagak berhobi mewah.....


    Amir : aku rasa dia pun ada meh meh italy jugak la kot.. sebab tu dia cam aku..

    bak kata pepatah italy.

    hanya jauhari mengenal maniam....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...