Wednesday, June 10, 2015

Santai Cuti Sekolah March 2015 V2.0 : 03 - Legoland Theme Park - Part 1

Sampai masa dan ketika, ayuh kita terjah Legoland Malaysia !

Pintu masuk utama dan Legoland Hotel di hadapan taman tema

Baca ni dulu untuk menambah ilmu di dada.

* alihkan buah buahan di dada supaya dada menjadi lapang dan bidang

Ahaks

Legoland Malaysia merupakan sebuah taman tema yang dibuka di Nusajaya, Johor, Malaysia pada 15 September 2012. Taman tema ini juga menyediakan lebih 40 tunggangan interaktif, persembahan dan tarikan. Ia juga merupakan taman tema Legoland yang pertama pernah dibuka di Asia semenjak penubuhannya. Pembukaan rasmi taman tema ini dilancarkan oleh Sultan Ibrahim Ismail pada 22 September 2012. Ia akan menjadi teras kepada kompleks yang bersepadu yang berukuran 5,500,000 kaki persegi (510,000 m2). Kawasan ini juga merupakan taman industri Nusa Cemerlang yang terletak dalam Iskandar Malaysia iaitu sebuah kawasan ekonomi yang terdiri daripada pusat gaya hidup seperti peruncitan, pejabat, hotel, perkhidmatan pangsapuri dan unit kediaman.

Selain daripada taman tema ini, tarikan yang bertemakan Lego akan dibina berdekatan dengan kawasan ini pada suatu hari nanti. Seterusnya, taman tema air Lego adalah projek yang akan dibuka pada pertengahan tahun 2013 dan juga Legoland Hotel. Hotel ini juga merupakan yang pertama di Asia apabila pembukaannya bermula pada separuh pertama tahun 2014. Hotel tersebut dibina di bawah perjanjian pengurusan di antara syarikat. LL Themed Hotel Sdn. Bhd. merupakan syarikat usahasama yang dimiliki oleh Destination Resorts and Hotels Sdn. Bhd. dan Iskandar Harta Holdings Sdn. Bhd.

Kos pembinaan taman tema Legoland Malaysia adalah bernilai RM 720 juta manakala Legoland Hotel berjumlah RM 190 juta.

Hanya makanan yang diiktiraf halal sahaja akan dijual di restoran sekitar taman tema ini. Makanan ini juga termasuklah hidangan yang dijual oleh peniaga tempatan dan asing. 

Selain itu, Legoland Malaysia juga menyasarkan 1.5 juta pengunjung menjelang pembukaannya dan menjana lebih daripada RM 100 juta pada tahun pertama operasinya

See? Tak de orang. Pelik tak? Sebabnya hari hujan kot. Tapi aku book hotel sekali dengan tiket masuk so memang tak perlu nak beli tiket lagi dah. Masa check in kat hotel dia dah bagi siap siap tiket combo untuk 2 hari dan untuk Theme Park dan Water Park.. Boleh keluar masuk sesuka hati

Selamat datang Meng anak beranak !

Pakcik Lego tu kesunyian. Sebab hujan tak de orang nak dekat dengan dia. Princess aku pun takut nak suruh bergambar

Hotel Legoland dari arah dalam theme park. Agak sadis jugak hari tu sebab hujan. Kami siap bawak payung. Boleh jugak beli rain coat kat dalam tu tapi macam mahal jugak la. Nasib la hujan kejap lebat kejap berhenti so boleh la bergerak dari satu area ke area yang lain

Susun atur Legoland Malaysia bermula di pintu masuk utama dan secara tradisionalnya akan memaparkan pemandangan Legoland. Selain itu, The Big Shop, iaitu kedai yang terbesar dalam menjual produk Lego seperti permainan, set blok, DVD, buku dan cenderamata Legoland dan lain-lain kemudahan yang biasa terdapat di pintu masuk juga disediakan. 

Seksyen "Imagination" berada di kiri kawasan permulaan pintu masuk. Permainan "Interactive Lego" bertujuan untuk mengasah kemahiran membina pelbagai bangunan atau barangan Lego yang interaktif seperti rumah, kereta, pencakar langit dan lain-lain. Selepas ia dibina, model yang dihasilkan boleh diuji. Sebuah permainan komputer dan juga tarikan robotik daripada Lego iaitu "Lego Mindstorms" telah disediakan. "Sky cruiser" merupakan sebuah kenderaan yang bercirikan monorel udara di mana pengunjung boleh mengayuhnya mengelilingi trek di atas laluan Legoland Malaysia. Pengunjung juga akan menyaksikan pemandangan bandar yang menakjubkan di luar kompleks Legoland. "Kids Power Tower" merupakan sebuah menara yang membenarkan para pengunjung menggerakkan kerusi kenderaan ke atas menara serta mempunyai tali kerusi yang boleh dijatuhkan. 

Bilik permainan "Lego Duplo" merupakan kawasan yang interaktif untuk kanak-kanak kecil di antara umur 2-6. Kawasan ini juga menyediakan kedai serta restoran. Istana bukit terletak di belakang taman "Lego Knights" dan istananya adalah bercirikan puteri raja.

Masuk masuk kami ke miniature lego ni dulu. Terletak di tengah tengah lepas masuk main entrance legoland ni.

Miniland Putrajaya

Cantik jugak details yang dia orang buat ni

Syok je nak ambik gambar

Kuala Lumpur

Miniland

KL Tower dan Petronas Twin Tower

Dataran Bandaraya JB

JB

Port

Singapore

Taj Mahal

Miniland China

Yangon Myanmar

Bandar Seri Begawan

Angkor Wat

Kapal

Cruise

Kami memang spent banyak masa di sini. Dok meneliti satu persatu detail Miniland ni. Bagi aku menarik dan cantik.

Sedap aku nak menembak. Lagi lagi orang tak ramai. Cuma kejap kejap hujan renyai renyai jadi terpaksa berlindung di bawah payung.

Budak budak pun suka dan seronok. Berlari sana sini. Hero je la dia tu jenis tak sabar. Bila dia dah bosan cepat je ajak nak bergerak ke tempat yang dia nak pegi. 

Aku bagi dia jaga peta, jadi dia tengok peta dia dah aim nak pegi sana sini. Semua nak cepat nak ikut pace dia. Dia lupa bapak dia pun dah naik seronok tak nak berganjak sebab tak abis lagi menembak kat area ni.

Pastu kami ke area belah kanan sekali iaitu Lego City.

Area ni memang more untuk kanak kanak lah. Banyak ride dan permainan yang dia orang boleh cuba yang tak de la mencabar mana. Sesuai untuk yang budak budak kecik baya Princess tu semua. Tapi Hero pun suka je mencuba.

Lego City Airport. Punya la aku beratur dengan Princess sebab memula dia nak naik ni. Dah beratur tu dah sampai turn tetiba dia tak nak pulak. Takut ! isk.. Terpaksa la keluar barisan .

Lego City Stage. Ada persembahan dalam ni tapi ada jadual jadual dia

Usha lebih kurang je kat dalam. Tak de apa apa pun. Tapi time tu ada masciot Legoland kat luar, so budak budak boleh bergambar

The Shipyard - More to gelongsor dan taman permainan budak budak. Princess je la berlari sana sini main. Kami duduk melepak je lah.

Lego Rescue Academy. Boleh naik lori bomba tu semua dan main padam padamkan kebakaran. Kami tengok je sebab malas nak beratur.

Market Restaurant. Dalam ni banyak tempat makan. Kami tak usha pun sebab masih kenyang. Dengar kata makanan mahal mahal belaka. Aku nasihatkan masuk bawak je air mineral, tak de la terpaksa nak membeli dalam ni

Boating School. Ni Princess dengan Hero naik

Pusing ikut laluan dia. Seronok gak la untuk budak budak

Driving School. 

Hero naik ni. Dia agak bad mood masa ni sebab dia sibuk nak masuk kedai lego dan aku tak nak masuk dan malas nak melayan. Bila try ride ni muka masam je. Tapi sebab bila budak budak naik ni dia orang dapat driving license so Hero suka lah. Cas cas dah dapat license. Tengok la paling besar tu la anak aku ! Bawak kereta ganas ya rabbi. Abis orang dia langgar.

Abis di kawasan Lego City, kami bergerak ke area Lego Technic.

Ini Star Wars Lego Mindstorms Masuk dalam ni

Ada pak sedara menunggu nak memancung

Masuk dalam tu ada tayangan video sikit pastu ada robot robot dan set yang di gunapakai dalam cerita Star Wars.

Lego Lego

Lego Academy. Aku tak masuk pun dalam dia. Dia orang je masuk. Aku dok usha kat luar je. Lagipun hujan lebat balik semula

Duduk berteduh kat sini. Beli air dan meal budak budak. OK la.. Nuggets dgn Fries dan air kotak dalam RM 13 set budak budak. Set lain tu harga mahal sikit la dari kat luar.

Project X Roller Coaster. Aku dok pujuk Hero naik ni... 

Tapi hujan masih turun dengan lebat, so kami melepak je tunggu hujan reda.... 

Boleh pulak aku terjumpa member sekolah kat sini. Layan borak la kejap.

bersambung..................

10 comments :

  1. Bestnya p time takde org... slalu bukan cuti sekolah ramai org ke..? aku mula2 pon cadang nk p sch hol tp ituler, takot org ramai....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pelik jugak time tu kurang orang. maybe sebab hujan yang turun bagaikan mutiara.. kot

      Delete
  2. Kecewa gak....beratur punya lama, bila sampai giliran anak takut nk cuba....

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol btol... menyirap je rasa..

      tapi takkan nak beremo depan orang ramai... bebel lite2 je la

      Delete
  3. Rasa-rasa sampai tak target mereka untuk tahun pertama tu?....
    tak ramai orang tu bagus tak perlu beratur panjang macam klau pergi genting, berejam beratur, dapat main game sekejap jer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal.. kalau ramai org susah jugak. beratur panjang je. last2 apa pun x sempat nak main.

      tunggu genting baru bukak nanti.. mesti ramai org ke sana lak nanti

      Delete
  4. buang buah buahan di dada? erkkkk!!! buah apa?

    ish..ish..ish...miniature tu..cam nk culik letak kat umah satu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau letak kat rumah. ramai la org dtg. buleh bukak legoland baru la

      Delete
  5. Salam..lawa la gmbar u amik..guna camera jenis apa ye..?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...