Friday, August 14, 2015

Mimpi Yang Semporna - 11 : Bohey Dulang - Part II

Kami masih di atas puncak Pulau Bohey Dulang !

View dari puncak

Pakcik guide tu kata, jetty dan bangunan tu adalah milik businessman Jepun yang menternak Oyster. Tapi dah di tutup sebab owner dia dah mati.

Ni jetty yang kami sampai tadi

Pandangan bawah Pulau Bohey Dulang. Di sini juga pernah menjadi lokasi pengambaran Filem Duyung lakonan Maya Karin.

Ambik gambar lebih kurang, aku pun terduduk kat bawah pokok kat atas ni.

Tak banyak pokok yang ada. Kawasan untuk viewing area ni pun tak de la besar mana. Kena hati hati jugak sebab tebingnya memang curam terus ke bawah.

Jangan sampai jatuh !

Aku pun sebab penat sangat kepala pun rasa pening pening, tu tak berapa berani nak duduk ke tepi tepi tu.

Aku ambik port dah rest kejap sementara BW dengan IH tengah sibuk buat sesi photog dia orang.

Air ! Air ! Dah abis separuh aku togak.

Dahaganya Tuhan je yang tahu.

Kalau boleh time ni lah nak KFC ! Nak Nasi Goreng ! Nak itu, nak ini !!! 

Tapi tak de.

Yang ada cuma jajan dan kerepek. 

Aku lepak lepak duduk dengan Pakcik Guide dan budak kecik tu. Kami dok borak borak.

View dari atas. Belakang tu ada Pulau Pom Pom. Pakcik Guide kata dia berasal dari sana.

Aku dok lepak layan borak borak sambil makan makan dengan pakcik guard dan budak tu.

Pakcik Guard bagitau Bohey bermaksud Air ... Dulang bermaksud dulang. So kalau tengok view dari atas ni memang nampak macam air di dalam dulang. Nampak cetek jer.

Sebenarnya pakck guide kata, dulunya Pulau Bohey Dulang ni berasal dari gunung berapi yang dah meletus. Bila meletus tu jadi pulau ni terbahagi dua. Pulau Bohey Dulang dan yang depan dia Pulau Bodgaya.

Tiada penghuni di ke dua dua pulau ni, tapi ada golongan Bajau Laut yang membuat penempatan di belakang Pulau Bodgaya tu. Tapi puak Bajau Laut ni dia orang suka berpindah randah. Kalau malam tu mimpi kena pindah, esoknya dia orang akan pakat pakat pindah.

Di Pulau Bodgaya tu ada sebuah gua. Tapi agak bahaya jugak nak ke sana sebab dia khuatiri ada puak puak yang suka culik orang dan sorok kat situ. Lagi lagi dengan keselamatan perairan yang tak berapa baik sekarang ni, macam macam perkara boleh berlaku.

Ada banyak kes kes bunuh orang dan di sorok di pulau tu. Wallahuallam.

Bercerita pasal orang orang mendaki, pakcik guide tu kata perjalanan kami tadi 45 minit !!

Heh ?? Kalau 45 minit tak de la teruk sangat aku kan? Walau dalam mengah mengah pun.. masih boleh kira above average.

Aci la nak kembang hidung kejap !!! 

Pakcik guide cerita lagi, ada yang naik sampai sejam lebih. Ada yang sampai 100 meter dah muntah muntah. Ramai je yang give up lepas 200 meter tak nak naik dah. Dan ada jugak yang sampai pengsan !!!

Haaaaa. Jadi boleh agak laa cemana nak mendaki di Bohey Dulang ni.

Apa yang penting aku rasa, mendaki la slow slow ikut kemampuan diri sendiri ! Tak payah nak tunjuk gah sangat nanti tengah tengah jalan dah semput terus !

Tapi percayalah view dari atas ni memang superb. Tu pun waktu kami datang cuaca agak berjerebu sikit so tak berapa clear. Kalau cuaca cerah pasti lagi cantik.

Layan view lagi

Hari kami datang ni cuaca agak berjerebu so air tak berapa clear sangat dari atas ni

Viewing area. Ada lagi satu viewing area belah kanan sikit. Aku tak pegi usha pun, IH dengan BW yang pegi

Waktu kami melepak lepak kat sini, tetiba sampai satu lagi rombongan. Sorang guide dan sepasang mat salleh. 

Laju jugak la kot dia orang kat belakang kami tadi sebab masa kami mula mendaki tak perasan pun ada bot sampai. So mamat ni yang bawak couple berdua ni.

Mamat ni membawa berita yang pakcik guide kami kena turun cepat sebab ada bot menunggu nak bawak dia balik ke Semporna. So pakcik guide tu kena turun dulu dan dia mintak mamat guide yang baru sampai tu bawak kami turun nanti.

Mamat tu OK jer. Muda belia lagi pun dia.

Duduk lepak lepak dan Pak Guide aku tu dah siap siap nak turun.

"Berapa cepat rekod pakcik turun ke bawah?"
"Hmmm 6 minit !"

* rebah sekali lagi.

6 minit? Dia terbang kot? Kalau aku ni tak lah. Dah la jalan berbatu batu. Salah pijak mau makan tanah nanti.

Pakcik Guide blah dulu.....

Ni couple yang baru sampai tu

Dok borak borak dengan mamat guide baru ni, rupanya dia tengah buat internship kat sini. Sebelum ni dia di Sipadan. Sekarang ni je kat Bohey Dulang untuk 3 bulan. 

Borak punya borak, rupanya sekampung !! Hahahaa.

Terus la kami cakap Hitaly !!!

"Anok abang ke ni?"

Dia tanya aku pasal budak baju oren. Budak ni tak turun lagi ikut pakcik tadi.

"Dok eh. Anok orang bot !"

Mamat tu dah terror cakap Sabah. Dia borak borak dengan budak tu. Budak tu dari tadi sebenarnya malu malu. Aku bagi makan pun tak nak. Bagi air pun susah dia nak capai.  Tak letih agaknya dia.

Dan percaturan aku mengatakan budak tu sekolah rendah adalah salah. Rupanya dia dah tingkatan 3 !!!!

Mak aih. Halus betul tubuh !!!

Spend masa usha usha apa yang patut

Jetty Bohey Dulang

View. Malangnya Pulau Bohey Dulang ni agak berbatu di pesisir dia dan tak de pantai

View yang superbusa

Bot datang dan pergi

Kami spent dekat setengah jam jugak la kat atas tu.

Nasib ada kudap kudapan. Sesambil tu dok borak borak. Couple mat salleh dua orang tu dari Chile ! Dia orang all the way dari Chile ke Malaysia semata mata nak pegi pulau pulau di Sabah.

Terbangga jugak aku. Jauh perjalanan dia dari Santiago ambik flight transit di LA dan ke Malaysia terus ke Sabah.

Dia orang spent 2 minggu di Sabah dan akan balik ke Chile semula lepas tu.

Tak bangga ke orang datang jauh jauh melawat negara kita?

Dan aku pun mengimpikan nak pegi ke Amerika Selatan jugak. Konon konon lah.

"We shall see each other in Patagonia"

Begitu la janji janji manis aku pulak kepada dia !!! Hahahaa

Layan lagi gegambar bagi mengundang hasrat bertandang ke Bohey Dulang ni.










Apa apa pun, aku bersyukur dah sampai ke Bohey Dulang ni. 

Tercapai sudah keinginan sekian lama untuk menyaksikan keindahan luarbiasa seperti ini di sini. 

Dalam sebuah mimpi yang sempurna.



Mungkinkah bila ku bertanya pada bintang-bintang
Dan bila ku mulai merasa bahasa kesunyian
Sadarkan aku yang berjalan dalam kehampaan
Terdiam, terpana, terbata semua dalam keraguan

Aku dan semua yang terluka karena kita

Aku kan menghilang dalam pekat malam
Lepas ku melayang biarlah ku bertanya
pada bintang-bintang tentang arti kita
Dalam mimpi yang sempurna

Memang sempurna sungguh trip kali ni bagi aku.

First sebab aku dapat sampai dan tengok ke tempat tempat yang memang dalam list MUST GO aku. Dan second, trip ni meriah sebab ada kawan kawan. Keseronokkan itu kadang kadang seharusnya di kongsi bersama !

Tapi setiap mana perjalanan pun pasti akan kembali ke asalnya.

Dari destinasi Bohey Dulang, kami perlu bergerak balik ke Semporna sebelum ambik flight dari Tawau pulang ke KL.

Jetty Pulau Bohey Dulang

Itu bukit yang kami daki. Bukan lah puncak atas tu... bawah sikit kat batu batu tu

Lepas spent masa beberapa ketika kat atas tu, akhirnya kami decided nak turun.

Semua dah cukup puas hati. Kami pun tak boleh lama lama sebab nak balik ke Semporna nak kejar transfer ke airport pulak nanti.

Masa nak turun tetiba terjadi drama.

"Eh. mana sunglasses I ek? Ada nampak tak?"

Jeng Jeng Jeng..

Ratu Selfie dah kehilangan mahkota dia. Punya la asyik masyuk bergambar, dah tak perasan mana spek itam dia hilang.

Masa tu kami dan turun sikit. Sempat berhenti. BW pegi cari cari kejap then datang balik.

Check kat gambar pulak. Kat mana terakhir spek hitam tu ada atas kepala dia.

"Haaa. masa ni ada lagi ni? Tengok ! Tengok !"

Dan bermula misi BW dengan IH pegi mencari. Mamat Guide dengan couple Mat Salleh tu dah kat depan dengan budak baju Oren. Aku dok cari cari dalam beg. Tak de jugak. 

Korek korek dalam plastik sampah.. Ada !!

Hahahaa. Spek mata BW dah tercampak sekali dengan sampah sarap !!!

Lega la pompuan tu. Kalau tak meroyan. Mata silau lah. Mata dah tak bionic tanpa spek dia tu lah. Ada je nanti dia bising.

Dah jumpa tu then kami sambung turun. Ingatkan dah kena tinggal, rupa rupanya Mamat Guide tu ada tunggu kami dengan mat salleh tu semua. So kami sama sama turun.

Turun agak laju !

Hahaha. Aku siap boleh nyalakan rokok lagi !

"See Ma? No hands ! No hands !!"

* mati la berlagak.

bersambung.....................

18 comments :

  1. tahniah :)..dh bole tick on the list...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Agip...

      ya.. dah boleh tick.. dan nak kena repeat kat pulau2 lain pulak lepas ni. Insya Allah

      Delete
  2. Cantiknya. Superb dia punya view.

    ReplyDelete
  3. next trip pergilah ke pulau pom pom pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezza. hari tu balik dari Mabul ni dah nak beli tiket dah. tapi mcm selang 2 minggu pegi tawau.. nampak pelik jer.

      x pe la.. masuk dlm bucket list akan datang Pom Pom tu

      Delete
  4. Replies
    1. Tu la. kalau cuaca lagi elok.. air pun nampak bercahaya dan pemandangan pun lebih jelas

      Delete
  5. hihiks..rajin IH layan BW ;)

    View super lawa! *nanges tgk

    boleh ilang penat kot kalu dpt view chenggitu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tu la gunanya ada IH... sebab dia suka ambik gambar orang. aku tak suka ambik gambar orang..

      memang masa daki tu fikir nak give up.. tapi fikir jugak view tu... bila dah sampai atas .. memang hilang rasa penat.. baru la datang rasa puas hati...

      dan sikit sikit bangga dengan diri sendiri ! hiks

      Delete
  6. salam..mana kita nak cari orang untuk pergi bohey dulang ni ye..kat semporna ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat jetty sempoerna banyak bot bot boleh bawak.. kalau baca abis abis aku ada bagi no telefon pakcik bot tu kalau nak try...

      Delete
  7. Berhampiran bohey dulang dah ada penginapan baru di buka. Boleh tengok di www.latolatoresort.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih... nanti org lain boleh try stay di situ.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...