Tuesday, November 17, 2015

Trip Sedetik Tak Lebih Koh Phangan - 11 - Night @ Koh Phangan

Menunggu sunset yang tak der.

Menghampakan !

Awan mendung

Agak kecewa jugak la sebab aku cuma ada sehari je di Koh Phangan ni dan aku sangat berharap dapat sunset yang bagus. Tapi orang kata kalau bukan rezeki, redha je lah.

So masa yang ada aku penuhkan dengan berjalan di pesisir pantai sampai ke hujung belah kanan.

Oh awan kenapa kau ada menghalang

Tak dapat aku nikmati senja di Koh Phangan

Usha usha resort lain. Resort ni macam kena tinggal je tapi pool dia elok jer. Nak mandi kat pool resort ramai orang. Aci tak kalau aku buat gila mandi kat sini? Hahaha

Chalet lain. Lawa chalet ni. Aku rasa murah harganya dan lokasi dia betul betul tepi pantai

Anjing yang mengekor. Dah la mengekor pastu sibuk nak cium kaki aku. Terpaksa aku buat buat garang baling pasir. Terus dia lari merajuk.

Pantai Haad Rin Noi Koh Phangan

Area resort lain

Senja nan tiada...

So lepak je la kat resort sendiri

Sambil jamu mata orang sebelah. Ya aw awww

Dan menjelang petang sikit, kat pool dah tak de orang

Masa yang di tunggu tunggu

Giliran aku lak berenang

Best. Tak de orang kacau dah. Satu pool tu aku punya

Tengah mandi nampak sunset sikit

Buat ubat pada tak de langsung

Senja di Koh Phangan yang tak berapa boleh di banggakan

Yang bestnya pool dia di buka sampai jam 11 malam.

Belah malam memang tak de orang mandi. So aku mandi la sampai lebam. 

Agak agak dah kecut apa semua, aku pun naik. Balik bilik mandi dan solat apa semua. Then masak maggie. Malam tu aku jamu makan maggie je sebab dah ada bawak. Tak rasa ada kedai halal di area Haad Rin ni kalau aku nak cari pun. Nak pegi kedai siang tadi macam agak jauh. Lagi nak bawak moto jauh jauh aku tak berani. Mata rabun.

Tapi aku bawak la spec sebab dah rancang memang nak sewa motosikal kat sini.

So malam tu sebab masih awal lagi aku keluar merayau sekali lagi di area Haad Rin ni.

Pusing pusing dulu tengok kedai


Pusing pusing. Ada few orang kat bar dan restoran je... 


Tak de yang menarik

Ingat nak cari FM.. Tapi tak jumpa. Or rather aku rasa memang tak de

Pusing pusing tengok keadaan malam. Tak berapa ramai orang berkeliaran

Tak Thailand la kalau tak jumpa Thai Pancake ni.

Aku memang terasa nak makan pancake dia ni sebab teringat sedap jugak masa makan kat Koh Lanta dulu tu. Padahal lebih kurang macam roti canai kita je pun. Tapi banana dan nuttle somewhow additive lah !

Hehehee

Tak lah cari, tapi terjumpa. Dan masa aku stop motosikal tu tanya rupa rupanya mamat ni Muslim !

Dia adalah mamat Rohingya dari Myanmar.

Sempat la borak borak dengan dia.

"Abang dari Malaysia?"

Dia tanya aku. Haaa. Pandai cakap Melayu sikit sikit.

Rupanya dia pernah kerja kat Gombak. Keje kat Malaysia jadi penebar roti canai kat kedai mamak few years sebelum dia berpindah ke Koh Phangan ni. 

Daripada dia aku dapat sumber yang tak de kedai halal di area Haad Rin ni. Dia pun cakap dia susah nak dapat makanan halal. Dia gi beli ayam seminggu sekali dekat Thong Sala sana dan masak sendiri. 

Lama gak la borak dengan dia. Dia kata dia tak nak balik Myanmar sebab takut. So dia settled down kat sini je. Dah kawin dengan orang Rohingya jugak. Dia dengan kawan dia bukak warung Thai Pancake ni. Member dia bukak warung kat area area tu jugak. 

Lepak borak, dapat pancake aku pun blah.

Pegi ke pantai Haad Rin Noi

Tapi memang sebab low seasoned. Tak de orang pun kat pantai malam malam

Ada la sorang dua dan boleh di bilang dengan jari

Tapi port port lepak macam ni memang ada dan di buka

Cuma tak ramai orang je lah.

So aku lepak makan pancake tepi pantai.

Ada dua tiga resto di bukak. Semua pasang muzik kuat kuat. Pening jugak. Yang belah sana pasang lagu Beyonce. Yang tengah pasang Taylor Swift. Yang hujung sana pasang lagu Noraniza Idris !

Okeh. Noraniza Idris tu aku chong jer...

Tapi jadi bingit pulak muzik bercampur campur. Masing masing nak lawan sapa paling kuat. Masalahnya yang tukang dengar macam aku ni terus rasa bercelaru jiwa.

Tak leh nak dok lama lama. Tanda tanda penuaan. Aku dah tak boleh layan muzik kuat kuat. Zaman party dan disco dansa mungkin dah tamat untuk aku.

Dah tak sesuai lagi.

Dah umur macam ni aku lebih rela memilih suasana yang hening dan sunyi untuk tenangkan hati.



Sunyi datang lagi
Menyusuri waktu mengusik hati ku
Tika tak berteman selalu ku di buru
Keheningan sepi

Sunyi membawa ku
Menyingkap kembali sejarah nan pedih
Ku cuba menutupi
Walau payah sekali
Kian lama kini bersemadi

Seringkali diriku kelemasan
Dan aku hilang kekuatan diri

Kisah silam penuh luka
Penuh pahit sengsara
Yang tinggal aku yang membalut 
Deritaku....

Sayu.. hening waktu
Sendiri menahan luka yang mendalam
Aku perlukan teman mengisi kekosongan
Tiada daya kini bersendiri....

Sudahnya aku ambik keputusan untuk balik je la tidur !!!

Sleepy Beauty kena tidur awal. Untuk kelansingan tubuh dan kecantikan wajah !

Piak ! Piak !

* lempang Sleeping Beauty yang tak sedar diri.

Balik resort. 

Aku siap cakap kat receptionist hotel aku kena check out awal pagi esok. Dia offer diri nak wake up call dan dia akan tapaukan breakfast untuk aku sebab aku tak sempat nak breakfast.

Breakfast starts at 7.30 pagi. Aku kena berangkat awal pagi sebab ferry aku pukul 7.20 pagi esok dari Thong Sala. 

Subuh subuh hari aku dah kena merempit esok !

Tidur lena di atas tilam yang empuk

Letak kepala je terus Sleeping Beauty hanyut.

Piak ! Piak !

* makan pelempang sekali lagi

bersambung.....................

8 comments :

  1. Baru anjing tu nak bermanja manja dengan kau, dah kena baling pasir. Hiks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku dah ckp dgn dia.

      "Hati I telah di miliki... dont try !!"

      dia tak percaya. dia ikut jugak. aku bengang lah. aku tak nak menduakan yang lain.

      hahahahah

      Delete
  2. Memang sepi yaaa kalau low season nih !!!

    Seronok pun ada ... and kalau dah tak ada orang pun, naik seraaammm gak hahahhahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawasan kawasan ni banyak resort dan rumah rumah orang so tak de la sunyi sgt.. kalau belah the other side of koh phangan tu lebih sunyi.. sesuai kalau nak mencari ketenangan jiwa..

      tapi boleh jadi tekanan jiwa jugak kalau sunyi sgt.. kan?

      Delete
  3. Replies
    1. kann? tapi kalau dah dpt tidur.. dah tak de pose pose beauty dah... tidur buas

      Delete
  4. sleeping beauty kena lempang...hahaha...
    tengok gambar pokok kelapa kena tiup angin waktu senja macam tu rasa seram plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. sleeping beauty selalu lupa diri.. ahaks..

      time tu mcm nak ribut.. tapi x jadi.. angin lalu jer.. tapi syok mandi kolam sorang2... kejap kejap gi kat bar hujung... borak dgn budak2 waiter kat situ

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...