Wednesday, June 22, 2016

KEMBARA IMAN 2016 : 14 - Madinah : Sokaifat Bani Saedah | Pasar Nabi | Masjid Ghamamah & 4 Masjid Khalifah Ar-Rasyidin

Di perrsekitaran kawasan luar dari Masjid al-Nabawi, tak berapa jauh pun dari gate nya, terdapat beberapa tempat bersejarah yang masih kekal di jaga.

Tempat tempat ini walaupun sudah berbeza fungsinya, tetapi masih diselia dengan rapi sebagai momentos silam yang sedikit sebanyak dapat mendekatkan kita dengan Rasulullah dan para sahabat baginda.

Salah satu tempatnya adalah Sokaifat Bani Saedah.

Sokaifat Bani Saedah

Sebab dekat dengan masjid Nabi maka tak susah nak datang melawat ke sini.

Tapi gate dia open certain time jer. Rasanya pagi je bukak. Kalau tak, boleh intai dari luar je lah. Thru pagar keliling.

Papan tanda Sokaifat Bani Saedah

Memang menarik tempat ni sebab di dalam kawasanya pokok pokok tumbuh dengan segar dan daun daun menghijau. Tidak seperti kawasan kawasan di luar yang lain. Di sini suasananya damai dan menenangkan.

Lagi tambah menarik adalah sejarah tempat ini yang berkait rapat ketika zaman Rasulullah lagi iaitu di sini lah dijadikan tempat bermesyuarat para sahabat selepas kewafatan nabi untuk melantik khalifah pertama iaitu Saidina Abu Bakar As Siddiq.

Di taman ini juga lah dahulunya ia adalah sebuah kampung yang mana Rasulullah sangat gemar menghabiskan masa baginda di sini.

Layan sikit gambar gambar di sekitar taman Sakarifat Bani Saedah ni.

Pokok pokok tumbuh segar

Terletak berdekatan dengan Masjid Nabawi ( belakang bangunan museum warna merah )

Menjadi tarikan dan kunjungan jemaah untuk datang ke sini

Pokok pokok

Tidak jauh dari Sokaifat Bani Saedah ini terdapat sebuah pasar yang telah wujud sejak zaman Rasulullah lagi dan kekal hingga sekarang.

Ia juga di kenali sebagai pasar nabi.

Pasar nabi

Salah satu yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW setelah hijrah ke Madinah yang kemudian membuat perubahan besar dalam penguasaan ekonomi adalah konsep bahawa bekerja adalah ibadah. Melalui konsep inilah kaum Muhajirin yang berhijrah mengikuti Rasulullah SAW tanpa membawa sebarang harta.

Digambarkan dalam sejarah bahawa setelah hijrahnya Rasulullah SAW dan para pengikutnya, bumi-bumi yang semula gersang pun kemudian terolah menjadi kebun-kebun yang subur dan taman-taman yang indah.  

Di suatu tempat yang berjarak hanya beberapa rumah arah barat laut dari Masjid Nabi – yang telah didirikan terlebih dahulu, Rasulullah mendirikan pasar dangan sabdanya 

“Ini pasarmu, tidak boleh dipersempit (dengan mendirikan bangunan dlsb. di dalamnya) dan tidak boleh ada pajak di dalamnya.” (HR. Ibn Majah).

Pasar di area terbuka ini sekitar 500 meter dan lebar lebih kurang 100 meter.

Lokasinya yang tidak jauh dari Masjid Nabi tetapi juga tidak terlalu dekat (selang beberapa rumah) juga memiliki nilai strategik yang sendiri.  

Pasar nabi yang kekal hingga kini

Kebanyakkannya menjual pakaian dan ada juga keperluan lain

Pasar di pinggir jalan bersebelahan dengan masjid.

So kalau dah sampai Madinah nanti boleh gi usha usha kawasan ni !

Tidak jauh dari pasar nabi ini terdapat 3 buah masjid yang terletak berdekatan antara satu sama yang lain dan juga tidak jauh dari Masjid al Nabawi itu sendiri.

Nampak tak ada 3 masjid? Kanan yang putih. Tengah yang nampak menara dengan kubah je warna kuning dan belah kiri yang ada banyak kubah tu.

Masjid masjid ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan juga telah wujud sejak zaman dahulu lagi.

Masjid pertama yang kita nak usha yang paling kiri iaitu, Masjid Al-Ghamamah.

Masjid Al-Ghamamah dari hadapan

Masjid ini dinamakan sebagai Ghamamah yang bermaksud 'awan mendung'. Diriwayatkan terdapat awan yang menghalangi sinar matahari ketika Nabi Muhammad sedang solat untuk meminta hujan di tempat ini. Sebaik saja Baginda selesai solat, maka hujan pun turun maka dengan sebab itu lah namanya di sebut Masjid Ghamamah,

Masjid ini juga disebut sebagai Masjid Id (Masjid hari raya) karena di lokasi tempat masjid ini berdiri merupakan tempat Nabi Muhammad S.A.W melaksanakan sholat hari raya di empat tahun terahir kehidupan baginda. Walaupun sekarang, masjid ini tidak digunakan lagi, tetapi bangunan masjid ini dibangun untuk mengenang beberapa peristiwa penting dimasa kehidupan Rosulullah S.A.W.

Masjid ini berbentuk persegi panjang. terdiri dari dua bahagian: pintu masuk dan tempat solat, pintu masuk berbentuk persegi panjang dengan panjang 26 meter dan lebar 4 meter serta memiliki 5 kubah berbentuk lingkaran.  

Jom masuk !

 
Sebenarnya tak buleh masuk ! Ada pak guard jaga dan dia pilih pilih orang jugak la dia bagi masuk.

Sebab aku berwajah manis mengoda kalbu, maka dia bagi aku masuk !

 Bahagian hadapan Masjid Ghamamah

Pintu masuk

Ukiran jiwa. Ewah tetiba Awie lak muncul

Bahagian dalam

Ada jugak orang solat dalam ni

Masjid Ghamamah dari arah sisi

Dari arah depan

Tidak jauh dari Masjid Ghamamah ini terdapat pula Masjid Abu Bakr as Siddiq.

Abu Bakar Ash-Shiddiq dilahirkan 2 tahun 1 bulan setelah kelahiran Nabi. Nama aslinya Abdullah bin Utsman Abu Quhafah,kemudian terkenal dengan sebutan Abu Bakar,sedangkan gelar Ash - Shiddiq diberikan oleh para sahabat kerana beliau sangat membenarkan Rasulullah.

Beliau adalah mertua Nabi, Nabi menikahi puteri beliau yng bernama 'Aisyah binti Abu Bakar.

Beliau wafat pada usia 63 tahun dan dimakamkan dekat makam Rasulullah,didalam lingkungan Masjid Nabawi di Madinah.

Masjid Abu Bakr as Siddiq di Madinah

Ada dua versi tentang latar belakang sejarah Masjid Abu Bakar, versi pertama menyebutkan bahawa di lokasi masjid ini, Khalifah Abu Bakar Siddiq semasa hidupnya pernah menyelenggarakan solat Hari Raya bersama RasullulLah dan Muslim terdahulu. Versi kedua menyebutkan bahawa dilokasi masjid ini dulunya merupakan rumah kediaman Abu Bakar Siddiq. R.A.

Masjid Abu Bakar Siddiq berbentuk segi empat. Panjang rusuknya sembilan meter. Dibangun dengan batu basal. Bahagian dalam dicat dengan wama putih. Jalan masuknya berada di dinding selatan. Di sebelah kanan dan kiri jalan masuk terdapat dua tingkap persegi panjang.

Saiz Masjid Abu Bakar Al Siddiq ini lebih kecil dari Masjid Ghammah


Kedai dan hotel penginapan di belah belakang

Sayangnya masjid ini tidak dibuka untuk kunjungan. Ada pak guard jaga dan pintunya berkunci. Tapi masa aku datang tu, ada dua tiga orang tak tau bangsa apa, dengan taksubnya, dapat pegang tombol pintu pun macam nak menjilat jilat ! 

Sebab tu lah orang tak bagi masuk, kalau boleh masuk ntah apa lagi dia orang ni percaya kan keramat lah apa lah.

 
Kubah Masjid Abu Bakar Al Siddiq yang di penuhi dengan burung merpati hinggap

Ni geng geng yang taksub tu. Siap meraung raung hantuk kepala kat pintu.

Masjid Abu Bakar Al Siddiq ... amtara 4 masjid tertua di kawasan ini

Burung merpati sedang makan

Dan terletak tidak jauh dari ke dua dua masjid tadi dan lebih dekat jaraknya dengan Masjid Nabawi ialah Masjid Ali bin Abi Talib.

Ali bin Abi Talib merupakan khalifah ke 4 dan juga merupakan sepupu Nabi iaitu anak kepada bapa saudara Nabi Muhammad iaitu  Abu Talib.

Usianya 32 tahun lebih muda dari Nabi dan beliau menjadi menantu Nabi Muhammad SAW setelah menikahi Fathimah. Beliau wafat pada usia 63 tahun setelah di bunuh oleh seorang Khawarij dan di makamkan di Kufa, Iraq.

Nampak size nya lebih besar malangnya masjid ini di pagar dengan tembok tinggi dan tidak dibenarkan masuk ke dalamnya.

Masjid ini berbentuk empat persegi panjang. Dari timur ke barat dan panjangnya 35 meter serta lebar sembilan meter. Terdiri dari satu serambi yang berakhir dari dua arah; timur dan barat dengan satu kamar kecil. 

Pintu nya di kunci rapat

Dan jadi tempat vandalism


Masjid Ali bin Abi Talib

Tidak jauh dari kelompok 3 masjid kecil ini terdapat juga Masjid Umar Ibn Al Khattab telah dibina pada 850 AH dan juga Masjid Uthman Ibn Affan yang terletak berdekatan dengan pasar kurma.

Umar bin Khattab merupakan khalifah ke 2 dan beliau 13 tahun lebih muda dari Nabi S.A.W. Seorang yang sangat tegas dalam kebenaran dan di gelar Al-Faruq iaitu 'tegas membezakan antara yang benar dan yang salah.

Beliau adalah mertua Nabi, Puteri beliau yang bernama Hafsah binti Umar dinikahi oleh Nabi.

Beliau wafat pada usia 63 tahun,akibat tikaman pedang seorang hamba sahaya yg bernama Abu Lu'luah dan di makamkan bersebelahan dengan makam Rasulullah di dalam lingkungan Masjid Nabawi di Madinah.

Masjid Uthman Ibn Affan

Uthman bin 'Affan usianya 5 tahun lebih muda daripada Nabi Muhammad S.A W dan merupakan seorang saudagar yang kaya raya serta banyak beramal sehingga digelar sebagai "Ghaniyyun Syakir" iaitu orang kaya yang banyak bersyukur.

Beliau adalah menantu Nabi dan menikahi Ruqayyah sehingga Rugayyah wafat, Uthman menikahi puteri Nabi yang bernama Ummi Kaltsum dan di gelar "Dzun Nurain" ertinya yang mempunyai dua cahaya mata. Uthman bin Affan wafat pada usianya 82 tahun akibat tikaman pedang oleh Humran bin Sudan. Beliau di makamkan di Jannatul Baqi' di Madinah.

Ke empat empat khalifah Al Rasydin merupakan Khalifah-khalifah yang terpimpin dan mereka adalah sahabat Nabi Muhammad S.A.W

Sememang tidak ada keistimewaan atau pun anjuran untuk jemaah solat di masjid masjid ini kerana masjid ini di bangunkan adalah bertujuan untuk mengenang khalifah khalifah dan juga sahabat sahabat nabi S,A,W

Masjid al-Nabawi 

“Tidaklah pelana itu diikat –yaitu tidak boleh bersengaja melakukan perjalanan (dalam rangka ibadah ke suatu tempat)- kecuali ke tiga masjid: Masjidil Haram, masjid Rasul –shallallahu ‘alaihi wa sallam- dan masjidil Aqsho” (HR. Bukhari 1189 dan Muslim no. 1397).

Nabi Muhammad S.A.W turut bersabda,

“Solat di masjidku (Masjid Nabawi) lebih baik dari 1000 sholat di masjid lainnya selain Masjidil Haram.” - (HR. Bukhari no. 1190 dan Muslim no. 1394, dari Abu Hurairah)

Dalam riwayat lain, Nabi Muhammad S.A.W turut bersabda,

“Soalat di masjidku (Masjid Nabawi) lebih utama daripada 1000 solat di masjid lainnya selain Masjidil al-Haram. Solat diMasjidil al-Haram lebih utama daripada 100.000 solat di masjid lainnya”  - (HR. Ahmad dan Ibnu Majah no. 1406, dari Jabir bin ‘Abdillah. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih)

Jadi... masjid masjid tu buleh setakat nak di lawati. Tapi jangan anggap ianya keramat ataupun boleh membantu mendapatkan hajat. Takut nanti jatuh syirik jadinya.

Masjid Nabawi cuma beberapa meter je dari masjid masjid ni. Jadi sebaiknya solat di sini. Moga moga mendapat 1000 kali pahala berganda dari masjid yang lainnya.

Tempat tenpat dan masjid masjid tua dan bersejarah di sekitar Masjid Nabawi ini berkait rapat dengan kehidupan Rasulullah S.A.W dengan empat orang khalifah al-rasyidin.

Jangan lupa ziarah kalau ada masa di sana nanti. Sama sama kita fikir dan renungkan nilai kasih sayang dan taat setia para sahabat kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.



Rasa cinta pasti ada
Pada makhluk yang bernyawa
Sejak lama sampai kini
Tetap suci dan abadi
Takkan hilang selamanya
Sampai datang akhir nanti
Takkan hilang selamanya
Sampai datang akhir nanti
Renungkanlah

Perasaan insan sama
Ingin cinta dan dicinta
Bukan ciptaan manusia
Tapi takdir yang kuasa
Janganlah engkau mungkiri
Segala yang tuhan beri

Rasa cinta pasti ada
Pada makluk yang bernyawa
Sejak lama sampai kini
Tetap suci dan abadi
Takkan hilang selamanya
Sampai datang akhir nanti
Takkan hilang selamanya
Sampai datang akhir nanti
Renungkanlah

Perasaan insan sama
Ingin cinta dan dicinta
Bukan ciptaan manusia
Tapi takdir yang kuasa
Janganlah engkau mungkiri
Segala yang tuhan beri

Rasa cinta pasti ada
Pada makluk yang bernyawa
Sejak lama sampai kini
Tetap suci dan abadi
Takkan hilang selamanya
Sampai datang akhir nanti
Takkan hilang selamanya
Sampai datang akhir nanti
Renungkanlah

bersambung..................

6 comments :

  1. Alhamdulillah, dapat jejak tinggalan Rasulullah & Khalifah

    ReplyDelete
  2. Gigih baca setiap perkataan setiap baris..perkongsian yang bagus semoga manfaat pada yang lain. Dan jadi bekalan kamu disana nanti ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...