Friday, August 5, 2016

Jom Inap : W Studio Resort Suites, Sunway Pyramid.

Apa nak buat kalau balik balik rumah tetiba rumah blackout?

Usha rumah jiran tetangga. Elok je meriah suasana !

Tak bayar bil ke? Tak mungkin ! Check check rupanya ada benda short, tu yang trip. Tolak tolak ke atas tak mau nya dia.

"Houston ! We've got a problem"

Cemana ni? Called electrician, then mamat tu muncul dan bagi konsultansi yang tak berapa best.

"Kena tukar barang, tapi kedai dah tutup ni ! Esok baru boleh beli dan tukar"
"Aa......................"

Kau pandang aku, aku pandang kau. Cari penyelesaian ! Kita tak boleh hidup dalam kegelapan macam ni. Kita mesti lakukan sesuatu. Walaupun hidup seribu tahun, kalau tak sembahyang apa gunanya?

* tetiba.

Nak gi menumpang rumah jiran tetangga? Malu ! Jarang beramah tamah. Tak rajin bertegur sapa. Gi umah sedara mara ? Jauh dan leceh la pulak. Esok keje dan bebudak sekolah.

Check check. OK set ! Tidur hotel jerh......................

Aku check check online tetiba terjumpa hotel ni. Lokasi dekat Suway. Nama hotel W. Aku silap baca, aku ingat ada W Hotel & Resorts ada bukak di Sunway. Rupanya aku tertipu.

Ni W lain ! Bukan W yang best tu.

Sudahnya.... angkut la barang barang, kita bermusafir di sana satu malam ! Tak nak cari hotel biasa biasa sebab fikir nak tumpang tidur kejap jer. Sementara menanti hari esok !


Sunway Pyramid


Ini lokasi tempatnya.

Sebenarnya bukan hotel pun, tapi more to apartment. Cheh. Menyesal aku. Patut la macam murah. Nak parking payah. Lobbynya tak ada. Dah sampai kena called dia then dia datang bagi kunci, baru boleh naik atas.

Tapi dah sebab terdesak. Belasah je lah.

Usha belah dalam dulu.

View dari verandah

OK lah not bad katil dia. Kena lah tidur berhimpit himpit. Nasib jugak ada sofa tepi tu.

Ada sedikit ruang. Tak de la sempit sangat

Ada kitchen sikit

Bilik air

Basic amenities

Rupa biliknya

Balcony.

View

Semalaman tidur tak berapa nak lena. Tapi berdengkur jugak tahap dewa.

Siang siang dah bangkit dan buat senaman regangkan pinggang ! Siap siap. Semua urusan berjalan seperti biasa.

Good morning !

Usha view sekitar

Kedai kedai. Tempat yang sangat jem ni sebenarnya

Kawasan berdekatan

Layan view skit

Nampak ada KFC ! Okey.. Macam menarik

Check out awal. Balik rumah, Buat arrangement semula dengan electrician dan voila ! Kembali bersinar. Kadang kadang benda benda macam ni menganggu urusan harian yang lain. Tapi redha lah. Memang boleh terjadi dan kena pada sesiapa je pun.

Cahaya kembali menyinari hidup kami ! Hidup kembali terang dan gemilang ! Hati jadi riang !

Details tempat aku tumpang menginap ni

W Studio
Resort Suites,
Persiaran Lagoon,
Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Malaysia
FB : Xstudioresortsuites

Tak berapa recommended. Tapi kalau terdesak OK jer. Aku terjerat dengan nama 'W' nya tuh.



Kala pertama kupandang
Pesona diwajahmu
Saat itu hatiku 'kan terpana
Tiada ragu lagi
Tiada bimbang lagi
Semuanya ingin kemiliki

Gelisah jiwaku ini
Dilanda bayanganmu
Kau mengkoyak dinding keangkuhanku
Kau ciptakan rindu
Kau buat hatiku
Terjerat tali cinta

Resah..........resah
Pun tiada menentu
Bila semalampun tiada bertemu
Mimpi..........mimpi
Ku terasa oh...sepi
Bila kau tiada
Tampakkan senyummu

4 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...