Tuesday, August 30, 2016

Jom Makan : Popilla - Mexican Cafe, D Pulze, Cyberjaya

Pernah tak korang tersalah pilih tempat makan sebab tergoda dengan iklan dan promosi berlebihan.

Datang nak makan benda lain, pastu terpana macam kena mandrem dengan iklan berwarna warni dan menu mengiurkan pastu akhirnya menyesal tak sudah ?

Pernah?

Mesti pernah punya kan?

Aku hari tu pusing pusing area Cyberjaya lepas abis meeting mencari tempat makan. Memula dia orang decided nak makan Ole Ole Bali kat d'Pulze di situ.

D'Pulze

Bangunan D'Pulze Mall Cyberjaya

Tapi bila masuk parking nampak promotion dan iklan satu kedai ni merata rata.

Tengok makanan memang mengiurkan. Sebulat suara kami semua bertukar  selera. No Bali Bali.. Let's go to Mexico !!!

Ya ariba. Mexicana.....................

* pusing pusing tali belati pastu simpul kaki pak guard Mall.

Dah parking dah decided tu, kunci segala keinginan. Ayuh melangkah menuju kedai yang di maksudkan.


Ayayaya.. Mexicana.

Terjebak tengok iklan macam tu lah. Nak masuk parking tu lagi bersepah sepah. Boleh mencabar selera.

Nama kedainya.. Popilla ala ala Popular. Popular ke?

Terletak di tingkat 2 F. Kena naik escalator atas sekali sampai jumpa U Bowl dan TGV.

Sebab misi bukan nak karok mahupun nak bowl atau tengok wayang, jadi semua semua godaaan sampingan tu di abaikan.

Dah jumpa kedai nya. Kecik jer

Pelanggan pun cuma sorang jer.

"Sure ke ni?"

Masing masing bertanya.

Tengok menu dulu.

Macam menarik

Di masak dan disediakan on the spot. Sure panas berapi !

Intai menu yang menarik

Adik ni pun pandai je memujuk rayu

Burger dan aneka makanan ala ala Mexicana

Sudahnya kami terpedaya dengan pujuk rayu dan rayuan gombal pekerja tu. So order la apa yang sedap.

Aku dengan sorang member order set lunch. Ada nasi dan ayam/beef dan side dishes.

Sorang lagi order apa benda ntah.

Dan kami menunggu.

Air sampai dulu. Option air nenas dan air orange

Hidangan untuk aku. Set harga RM 11.50 dengan air

Untuk member. Dia ambik daging

Sorang lagi ambik ni. Ala carte. RM 13.50

Kunyah kunyah. Makan makan. Saling berpandangan.

Pastu bersuara sesama sendiri.

"Rasanya kita dah kena chong ni"

Masing masing diam tanda bersetuju.

Kurang enak dan rasa tak semenggah macam dalam gambar.

Pilu. Sayu. Dalam kalbu.

Abiskan jugak la sekadar nak menghidupkan roh. Lagipun dah bayar.

Aku dulu pun pernah makan nasi Mexico ala ala Cajun. Tapi yang ni memang langsung tak rasa. Pendek kata.... hmmmm lupakan jer lah.

Tak de nak repeat. Penat je naik sampai atas sekali. Makanan pun simple sangat memang sesuai duduknya depan panggung wayang. Fast foodv untuk orang kudap kudapan lite lite sebelum tunggu waktu tengok wayang.

Tak mungkin akan Popilla.... 

Definately wont crave for more !

Sorry...

Tapi menu dia ada jugak la yang lain lain. Maybe yang lain sedap kot. Boleh la sapa nak cuba pastu bagitau aku.

Facebook :  Popilla Mexican Cafe

Tak berapa kena dengan tekak aku. Tak menyesal. Cuma sedikit kecewa.

Ayuh layan lagu Argentina sebagai tanda protes !



Tú sabes bien, que no lo imaginé
hay algo especial entre tu y yo
una amistad fue todo hasta ayer
y si hoy te pienso, siento fuego en mi corazón

Como explicar que me sucedió
si solo al verte se enciende mi mirada
y ya no puedo seguir viviendo así
por que tu amor lo llevo aquí dentro del alma

Hoy estoy decidido a robarte
la clave para conquistarte
no temas mi amor, no importa el que dirán
en esta historia es el amor quien vencerá

Hoy estoy decidido a robarte
la clave para enamorarte
es tiempo mia mor, no mires hacia atrás
es que ha llegado el momento de amarte

Como explicar que me sucedió
si solo al verte se enciende mi mirada
y ya no puedo seguir viviendo así
por que tu amor lo llevo aquí dentro del alma

Hoy estoy decidido a robarte
la clave para conquistarte
no temas mi amor, no importa el que dirán
en esta historia es el amor quien vencerá

Hoy estoy decidido a robarte
la clave para enamorarte
es tiempo mia mor, no mires hacia atrás
es que ha llegado el momento de amarte

12 comments :

  1. pernah makan sini. sedap jugak.. hehehe

    ReplyDelete
  2. penah makan popilla ni kat east coast mall... mmg faill... patut la tgk kedai kosong je xde org...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau x sedap tu tak lama la tu. nanti bungkus je lah

      Delete
  3. tgk makanan pon dh tau bukan mcm Mexicana tp lebih kepada kausudahkena hahaha...

    ReplyDelete
  4. pernah try sekali dkt the mines dulu....aiyarkkkk totilla dier nipis senipis bawang...isi dier pun secoett jerkkk....kes terpedaya laaa jugakk....kalau dpulze nie baik makan big bob burger...so yummyyyy

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...