Monday, July 17, 2017

Hotel Stripes Kuala Lumpur, Autograph Collection - Part 1 : Hotel & Room

Tak perlu meneka dalam kesamaran.

Kini aku bawakan, satu lagi hotel baru milik YTL yang di buka di ibukota Kuala Lumpur.

Hotel Stripes Kuala Lumpur, Autograph Collection. * sapa nak sign autograph? meh

Hotel Stripes Kuala Lumpur is proud to be a member of Autograph Collection Hotels, an evolving ensemble of strikingly independent hotels. Each destination has been selected for its quality, bold originality, rich character and uncommon details. From near to far, iconic to historic, the result is an array of properties that is nothing less than unique, nothing short of collectively exceptional.

As an Autograph Collection, Hotel Stripes Kuala Lumpur features a distinctive vibe and character with a different perspective on the local scene mixed with a bit of edgy style and adventure.

Dengan binaan yang agak unik dan tersendiri

Mengabungkan senireka klasik dan binaan modern

Di sebatang jalan yang di kenali sebagai Jalan Kamunting

Every Stripe tells a story

A story about your journey in life; your passions, dreams and every success.  

Memori Jalan Kamunting, Kuala Lumpur.

Jalan Kamunting is an urban district in downtown Kuala Lumpur. A main settlement for tin mining during the colonial era, the industry boomed in the mid-19th century, giving life to the development of the surrounding neighbourhood. Like most capital cities, Kuala Lumpur or KL, as it is known locally, drew people from different destinations, transforming the city into a melting pot of various cultures.

At the end of the 19th century, most of the neighbourhood, which had been constructed of wood and thatch, had been destroyed by a disastrous fire and flood. To prevent the reoccurrence of this destruction, the British colonial administration stipulated that the buildings were to be replaced with, far less flammable, bricks and tiles. This resulted in the area’s distinct eclectic shophouse architecture many with five foot ways, pedestrian walkways unique to the region.

Today, the neighbourhood of Jalan Kamunting includes the reincarnation of The Row, formally known as the Asian Heritage Row. Twenty-two 1940s shophouses featuring great restaurants, a dazzling nightlife, cafés, art galleries and creative businesses. A dynamic mix of old and new, this vibrant atmosphere which fuels the city defines STRIPES.

Restoran Yut Kee yang terkenal sejak dahulu lagi di Jalan Kamunting ni

Lokasi di tengah tengah kota

Warisan lama dan pembangunan baru berdiri seiring

Kunjungan aku ke sini adalah atas dasar dan feeling feeling duduk hotel baru. Aku dengan OR je dan tak bawak budak budak sebab awal awal aku dapat rasakan hotel ni not for family with young kids. Lagipun nak staycation romantika berdua duaan je. Baru la buleh bercakar cakaran, bersundal gurauan. Kan kan kan?

Awal awal lagi masa aku dapat tau wujudnya hotel ni macam pelik jugak sebab lokasi dia memang area yang aku tak pernah jejak walaupun tengah tengah KL. Tapi sebenarnya lokasi dia menarik sebab kira di tengah tengah kota tapi bukan di jalan utama so lalu lintas agak terkawal.

Sampai sampai je aku di bagitau parking tak de. Wajib ambik valet parking dan dia orang akan parkingkan kereta. Kena charge RM 10. Kira OK lah tu.

Tengok entrance dan lobby dia memang nampak menarik

Urusan check in cepat dan pantas walaupun ramai tetamu sama sama tiba. Ada kecoh kecoh sikit la tapi aku punya bilik dapat cepat jer.

Cuma lobby dia tak banyak kerusi. Kena berdiri lah menunggu... Reception desk pulak kecik... staff dia pun berlaga laga nak uruskan tetamu check in dan check out.

Lampu kat lobby. Vast !

Restoran kat lobby. Brasserie 25

Pass key. 

Boleh pulak staff tu bagitau bilik aku level lain tapi kad tak leh accesss. 

Dari lif tu je 3 kali aku pegi balik pegi balik bagitau dia lif tak leh access ke floor. Mamat tu pun macam dah bengang dan tak percaya, last sekali dia try sendiri hah baru padan muka !

Dia yang salah nak angin dengan aku pulak.

Level dan hotel floor plan

Laluan ke bilik

Bilik ada few types... Deluxe, Executive Deluxe, Studio dan Executive Studio.

184 bespoke guest rooms and suites are a unique blend of contemporary design and urban chic, reflecting the history and character of the neighbourhood.

Guest rooms feature custom furnishings, free Wi-Fi, HD TV, complimentary minibar, espresso coffee machine and all of the overnight essentials you might need.

Aku ambik bilik Deluxe sebab ada promo Operning Offer.

Jom masuk !

Deluxe Room - With modern flair and refreshing design.

Each room is fitted with the state-of-the-art technology. 

Revisit the neighbourhood heritage as black and white photography adorn the wall showcasing 1940s-50s of Jalan Kamunting.

Something aku suka pasal Hotel YTL ni, bedding dia memamg best !

Design pun menarik. Kaler pun sooting.. lebih kurang macam Majestic Hotel KL

Ada sofa bed. 3 orang pun boleh muat dalam room ni

Work desk

Complimentary gula gula setabung. 

Tapi aku tak suka sebab channel TV dia tak de TV3 !! Tak leh nak layan airmata tengok Cerekarama !!! Hiks....

Pen pun tak de. Pensel kokak ni jer dengan buku 25.... 

Ni best. Complimentary minibar dan wifi. Kopi tarik tu dia tak bagi lah.... Tapi ada coffeee maker mahal.

Pelik sikit sinki dia dalam ruang utama.. Bukan dalam ruang toilet pun... Gosok gigi boleh bersembang lak

Tapi toilet dia luas gak. Cuma ada standing shower

Towel banyak dan pemurah

Essentials by Mangoesteen..  Built in lak tu, tak leh nak curik !

Amenities lain

Tak best sangat selipar dia

Bathrobe

Kiranya hotel baru so semuanya masih baru ... OK lah. Dapat rasa luxurynya juga.

Tapi !!!!!

Ada yang tak sedap untuk orang orang macam aku ni.

This is a non smoking hotel

Dan lagi haru tak de tingkap !!!!


Maybe sebab bilik paling murah kot so view tak de. Semuanya di halang dek batu bata yang di susun. Ada sliding glass tapi tak leh bukak !!

Horror nak turun naik hisap rokok...

Kalau nampak dari luar macam ada tingkap kayu. Tapi jangan mudah tertipu.... !

Ada sekali malam tu dekat pukul 1 pagi, tetiba alarm bunyik !!!!! 

Aiyok....... Ha Ha.. Tak tau....

Siap bunyi annoucement kata ada asap. 2 kali lak tu dengan alarm tak berhenti berbunyi. Sudah !

Salah aku kah? Eh ! Jangan menuduh domba.

Kali ke 2 tu alarm bunyi lagi lama. Then aku ajak OR turun je lah. Kat lif tu dah macam gaya kecemasan je, siap sorang mamat ni lari selamatkan diri dan bawak paper beg shopping mewah mewah dia.

Time kat lobby, receptionist tu cakap bukan kebakaran pun, cuma maybe mungkin ada orang merokok dalam bilik je !

Mungkin !!! Dia kata mungkin !!!

Hish.. sapa ntah tu?

Eh bukan aku... kalau aku laa, aku siap tutup pintu bilik air, bukak shower dan ambik langkah langkah berjaga jaga. 

Hembus pun syahdu syahdu jer.. 

Fuuuuuuuh... Fuuuuhhh.....

* gelak jahat....

Last sekali lari gi makan maggie goreng kat kedai mamak kat depan tu.

Balik tu keadaan kembali tenang..... Alhamdulillah. Nasib tak terbakar uols... ! Ahaks..

The Stripes KL... personally bagi aku ada pro and cons dia. 

Bagi aku The Majestic KL lebih rasa feel luxurious dia. 

Tapi kalau nak merasa Hotel Stripes ni pun, dipersilakan cuba !  Nanti usha facilities dan view dari hotel ni.

HOTEL STRIPES KUALA LUMPUR ( A YTL Luxury Hotel )
AUTOGRAPH COLLECTION
25, Jalan Kamunting
50300 Kuala Lumpur
hsklresv@stripeskl.com

Telephone: +603 2038 0000

Website : Hotel Stripes KL
FB : Hotel Stripes Kuala Lumpur - Autograph Collection

bersambung................

3 comments :

  1. Ceh, boleh pulak dia bengang dgn customer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann? dia yang salah program kad tu pastu marahkan customer yang baik hati ni.

      Delete
    2. nasib baik customer ni tak mengamuk ! ( tapi customer ni hisap rokok dalam bilik sehingga penggera berbunyi riang ) hahahha

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...