Tuesday, November 14, 2017

Balkan 2017 : 07 - MONTENEGRO

Montenegro (yang bermaksud "The Black Mountain") adalah sebuah negara yang berdaulat di Eropah Tenggara. Ia mempunyai pantai di Laut Adriatik di sebelah barat daya dan bersempadan dengan Croatia di barat, Bosnia dan Herzegovina di barat laut, Serbia di timur laut, Kosovo di timur, dan Albania di tenggara. 

Ibu kota dan kota terbesarnya adalah Podgorica, sementara Cetinje dikenali sebagai Old Royal Capital (prijestonica). 

Sempadan Albania dan Montenegro

Kawasan pinggir pantai berdepan dengan Adriatic Sea

Industry pelancongan Montenegro sangat terkejsan dengan perang saudara Yugoslavia pada tahun 1990-an yang dulu. Namun kini, dengan kembalinya kestabilan di rantau ini sekotr pelancongan di Montenegro telah mula pulih, dan ramai pelancong sudah dari seluruh dunia kembali melawat negara yang pernah di kenali sebagai sebahagian daripada Federal Republic of Yugoslavia.

Pada tahun 2007, Montenegro kembali mencapai tahap puncak dalam industry pelancongan yang hampir menyamai jumlah pelancong yang datang sebelum era pra-perang. Banyak jalanraya telah dinaiktaraf dan hotel hotel dibina bagi menampung jumlah pelancong yang datang.

Fakta ringkas Montenegro :

Capital Podgorica
Government Republic
Currency Euro (EUR)
Area 13,812 sq km
Population 684,736 (July 2007 est.)
Language Montenegrin
Religion Orthodox Christian 74%, Muslim 17%

Merentasi Lake Shkoder menuju ke Ulcinj

Ulcinj ke Bar

Bar

* podgorica tak masuk dalam list asal aku, rasanya cuma satu je yang menarik di sini iaitu satu satunya Hard Rock Cafe di negara Balkan ni di buka di kota ini. Contemplating gak nak gi ke tidak, tapi bila kira kira macam cukup masa so aku berkeras dengan decision nak ke sana.

* aku naik mini bus dari Shkoder jam 8.30 pagi merentas sempadan dan sampai ke Ulcinj. (Sempadan Montenegro). Dari Ulcinj memula aku ingat nak ke Podgorica terus tapi terasa nak singgah kat tempat nama Bar. Ada masjid dan kawasan beachfornt kat situ. Sampai kat terminal bas nak pegi masjid tu rupanya jauh. Nak gi pantai pun jauh. Teksi macam mahal. Berkira kira, buang masa 2 jam gak aku kat situ pastu ambik bas terus ke Podgorica. 

* masa dalam bas dari Bar ke Podgorica aku telah di sapa oleh seorang pompuan ni. Memula aku layan gak lah, pastu banyak lak boraknya, siap nak ikut aku dan ajak aku kawin. Hahaha. Dia fikir aku orang kaya ! Orang dalam bas macam macam pandangan bilamana awek ni cuba cuba goda goda. Tapi lepas tu aku rasa awek tu mental ! Dia jadi macam tu sebab bf dia bunuh diri seminggu sebelum dia orang kawin. So hari hari dia akan naik bas yang sama sebab dia nak pegi ke acara pengkebumian bf dia tu. At the end of the story, aku lagi kesian tengok dia cedera dan luka berdarah sebab dia ala ala ting tong berdiri dan bus tetiba berhenti. Tergolek dog dia tersungkur.

* Masa kat Podgorica aku terserempak dengan dia. Abis berdarah dagu dan muka. Dia nampak aku tapi buat tak kenal. Podah ! Cepat betul dia lupa kat aku.... ! Buleh buat selamba tak kenal je. Hahaha... ( Kalau dia ikut aku yang lari )

* di Podgorica aku pegi HRC naik teksi je, lepak jap beli barang orang pesan dan duduk minum pastu jalan kaki ke bas stand dia sebelum ambik bas ke Budva. Budva ni pun tak de dalam list tapi aku fikir macam ada masa aku stop la kejap tengok. Tapi Budva bagi aku menarik gak lah.

* kalau nak beli merchandise HRC, tak perlu ke Podgorica sebab dalam old city Budva ada Rock Shop. Tak de restaurant lah cuma jual barang barang je. Soon, HRC Kotor akan di buka di dalam Old City Kotor.

* dan sebelum gelap, aku naik bas lagi dari Budva untuk ke Kotor. Di Kotor aku bermalam untuk satu malam.

* kat Kotor ni hotel yang ada agak mahal, terpaksa lah. Sampai dah malam pusing pusing dalam Old City cari nasi sebab lapar. Jumpa lah vegetable Risotto.. Nasi dengan tomato. Last aku jumpa nasi masa kat Athens hari tu ! 

* tidur dengan lena ( bilik mahal ) bangun pagi explore Kotor sekejap sebelum ke terminal bas dan ambik bas menuju ke Dubrovnik.

Berikut antara tempat tempat yang aku lawati di Montenegro ni.

01. PODGORICA

Podgorica adalah ibukota Montenegro. Selain itu, ia juga merupakan bandar terbesar di negara ini, yang mempunyai penduduk seramai 200,000 orang. Bandar ini terletak di kawasan tengah Montenegro, iaitu di dataran rendah Montenegrin yang terletak di antara Dinaric Alps dan Lake Scutari.

Kawasan Podgorica telah didiami secara berterusan sejak era Illyrian dan Rom, dan terus berkembang semasa pemerintahan Empayar Uthmaniyyah. Podgorica telah dibangunkan semula pada tahun 1878 dengan mengambil kira bentuk yang sama seperti bandar bandar Eropah yang lain. Bandar ini telah dirancang bukan untuk tujuan pelancongan malah sebagai hub moden. Walaupun tidak banyak tarikan, tetapi Podgorica tetap dikunjugi berikutan banyak gabungan cafe baru dan lama serta kehidupan malamnya yang lebih meriah. Lagipun pantai Bar dan Budva cuma kurang dari satu jam perjalanan dari Podgorica.

Lake Skadar dalam perjalanan ke Podgorica

Podgorica

Millennium bridge. di Podgorica   

Hard Rock Cafe, Podgorica

Kawasan restaurant dan cafe cafe di Podgorica

Bangunan

Latar belakang bandar Podgorica

Memang tak de apa yang menarik pun di Podgorica ni. Bangunan bangunan pun nampak usang dan macam tak sibuk mana.

02. BUDVA

Budva adalah sebuah resort pelancongan pantai di Montenegro. Ia sering dipanggil "Montenegrin Miami", kerana ia adalah resort pelancongan yang paling ramai dan paling popular di Montenegro, dengan pantai dan kehidupan malam yang meriah.

Budva

Budva terletak di bahagian tengah pantai Montenegrin, yang dipanggil "Budvanska Rivijera". Ia telah berkembang di sekitar semenanjung kecil, di mana Old City terletak. Ia adalah destinasi yang paling banyak dikunjungi di Montenegro, yang menarik kebanyakan pelancong tempatan, Russia, Serbia dan lain-lain Eropah Timur dengan Old City-nya, bar-bar serta kelab malam, malah pantai pantai yang kebanyakannya terdiri daripada batu-batu kecil. Dan walaupun ianya menjadi tumpuan pelancong kelas sederhana namun terdapat juga resort mewah di Budva ini seperti  Sveti Stefan dan Miločer.

Terdapat sebanyak 35 pantai di kawasan Budva, kebanyakannya batu dan pasir kecil (8 pantai ditandai dengan bendera biru).

Budva

Budva dan kawasan Old City

Budva Old City

Old City

Statue

Old City Budva

Clock tower

Budva

Pantai awam

Pantai

Laut di kawasan Budva

Bagi aku tarikan Budva ni cuma Old City dia tu je. Harapkan pantai, sedih tengok pantai batu batu macam tu pun dia orang berebut rebut nak berjemur. Kesian. Meh datang negara iols.. banyak pantai lawa lawa lagi dari pantai korang nih !

Tapi ambience di sekitar Budva ni menarik gak. Ada banyak kapal kapal layar, old city yang cantik. Banyak restoran dan butik menjual macam macam barangan.

 03. KOTOR

Kotor adalah sebuah bandar pesisir pantai di Montenegro dengan penduduk sekitar 13,500 orang. Ia terkenal dengan struktur zaman pertengahan dan di wartakan sebagai tapak warisan dunia UNESCO (termasuk gereja-gereja dan kubu-kubu) termasuklah persekitaran semulajadi yang menakjubkan di Teluk Kotor yang dikelilingi gunung gunung.

Gereja lama di atas bukit yang menjadi ikon dan landmark Kotor

Kotor terletak di hujung Boka Kotorska bay yang paling terpencil, di bahagian utara pantai Montenegro di Laut Adriatik. Kotor telah dibangunkan sekitar era Stari Grad (bahasa tempatan untuk "bandar lama"), 

Kotor juga unik kerana ia adalah satu-satunya bandar di pantai timur Laut Adriatik yang telah wujud dalam peta bersejarah. Old Kotor dibina seperti maze untuk tujuan perlindungan dan menjadikan orang yang berada di dalamnya mudah sesat walaupun memiliki peta. Namun beberapa bangunan penting seperti  12th century St. Tryphon Cathedral di dalam kawasan Old City Kotor ini boleh di jadikan panduan dan landmarks untuk memudahkan pencarian.

Old City Kotor

Aku sampai dah malam tapi masih meriah sebab banyak cafe dan restaurant kat belah dalam

Nasib tempat ni masuk free

Cari hotel penginapan sesat barat. Banyak sangat lorong kecik kecik signage pun besar tapak tangan je semua

Esok pagi baru boleh usha sekitar Kotor Bay ni. Banyak orang panjat atas bukit tu nampak view Kotor Bay ni dari atas

Memang tenang dan damai

Penempatan

Kotor Bay. Antara teluk yang dalam.

Kapal kapal pesiar

Usha lagi kawasan old city

Lorong lorong

Bangunan bangunan utama tapi sebab pagi hari orang tak bangun lagi

Bersiap siap untuk check out

Menapak ke bus station

Tenang dan mendamaikan. Nama je Kotor tapi tak de lah kotor mana.

Bye bye Kotor Bay

Fakta fakta menarik mengenai Montenegro : 

01. Montenegro mendapat namanya 'Black Mountain' bersempena dari dark forest yang meliputi kawasan tanahnya. 

02. Boka Bay adalah fjord paling selatan di dunia. Ia kelihatan sama, dengan puncak yang mengasyikkan di kelilingi pantai berbatu yang penuh dengan bandar-bandar tepi sungai yang cantik. Ditambah dengan kapal pesiar di perairan seolah olah anda berada di Norway.

03. Terdapat lebih 290 km panjang pantai yang belum tercemar di Montenegro ini. Dengan cuaca yang baik terutamanya untuk pelayaran dengan lebih 250 hari sinaran matahari memancar setahun serta angin Mediterranean yang terkawal.

04. Canyon Tara River (sepanjang 82 kilometer) adalah canyon paling dalam di Eropah iaitu sedalam 1300 meter. Canyon tersebut dilindungi sebagai sebahagian daripada Durmitor National Park dan merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO.

05. Katedral Saint Tripuna adalah 69 tahun lebih tua dari katedral Notre Dame di Paris.

06. Montenegro  pada tahun 1992, negara pertama di dunia telah menulis dalam perlembagaannya teks tentang perlindungan alam sekitar. Perlembagaan Montenegrin mendefinisikan negara sebagai "Negara Demokratik, Sosial dan Ekologi".

07. Di kampung Mitrovica terdapat pokok zaitun yang tertua di dunia. Lebih daripada 2000 tahun! Lebih daripada 100,000 pokok zaitun di bandar Bar berusia lebih daripada 1,000 tahun.

08. Tasik Skadar adalah lokasi pulau berbatu kecil bernama Grmožur. Dikenali kepada penduduk tempatan sebagai Montenegrin Alcatraz, ia adalah kubu yang pernah dijadikan penjara semasa pemerintahan Raja Nikola. Permukaan Tasik Skadar seluas 400 hingga 525 kilometer persegi  merupakan tasik terbesar di Eropah

09. Velika plaža di Ulcinj (12.5 km) adalah salah satu pantai  terpanjang di Eropah. Tempat ini bukan sahaja sesuai untuk berenang, juga boleh beriadah serta menunggang kuda, meluncur layang-layang, bola sepak pantai dan bola tampar.

10. Filem pertama yang memaparkan Brad Pitt sebagai pelakon utama difilemkan di Montenegro bertajuk Dark Of the sun pada tahun 1987. Landskap yang dramatik juga telah menjadikan Montenegro dikenali melalui skrin besar filem filem seperti Brothers Bloom, November Man and Casino Royale telah dishooting di negara ini.
  


Bagi aku Montenegro memang cantik especially coastline mereka. Budva dan Kotor memang unik dan tersendiri dan boleh di jadikan destinasi singgahan kalau kebetulan melalui kawasan ni.

Dari Kotor, aku merentas sempadan ke Croatia untuk ke lokasi seterusnya. Lokasi yang sekian lama dalam bucket list aku !



Candak perahu, candak perahu tuju ke hulu.
Candak berkias, candak berkias rasanya malu.
Umpama tepuk air di dulang jangan dipikat burung di hutan.
Burung biasa terbang di awan, makan di tangan.

Tanganlah kiri, tanganlah kiri mengisir rambut.
Tanganlah kanan, tanganlah kanan mengupas pinang.
Takkanlah sungguh seluang di laut dipukul ombak balik ke pantai
Bunga berladung berisi cincin si air mata.

Kompang berbunyi hai lagu gurindam.
Langkah digerak berzapin pekajang.
Hati dipanah hai rindunya dendam.
Angin disentuh rasa hati menghilang.

Hai aling-aling berdinding
Dinding dengan aling-aling kasturi
Angin melimpah tempat beradu
Gersik menikam seluruh badan
Layar kutiup rindu menderu
Hajat bergalas langit nan ringan

Bayangan (hai bayang) 
Terbayang (melayang)
Menunggu pelabuhan rindu
Berhati-hati menanti (di hati) 
Sekuntum kekasih mewangi…

5 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...